31 : PERANG DINGIN

24.6K 595 27
                                    

POV AUREL

Baru sahaja mahu menarik selimut, tiba-tiba pintu bilik ada orang buka. Dracula tak cukup kasih sayang muncul.

"Sayang...abang minta maaf." Tutur Ethan dengan suara yang sangat romantik. Serak-serak basah. Sesi memujuk. Dia nampak aku masih belum tidur.

"Senang je kan. Buat salah minta maaf." Perli aku tanpa memandang wajahnya.

"Abang terlalu risaukan sayang. Sayang..." Panggil Ethan namun aku tidak mengendahkannya.

"Saya penat. Nak tidur." Aku menutup kepala dengan selimut.

Perlahan-lahan Ethan baring sebelah aku. Tidak lama kemudian, tangannya memeluk pinggang aku.

"Janganlah kacau orang nak tidur." Aku terus bangkit. Marah aku masih tak padam. Nak sangat perang dingin kan. Hati masih panas, main peluk-peluk pula.

"Maafkan abang sayang. Abang terlalu risaukan sayang. Tiga hari tak jumpa, boleh buat abang jadi gila tau." Ethan turut bangun dan bersila menghadap aku. Mukanya nampak sangat serabut. Aku tahu dia risaukan keselamatan aku.

Kalau hati bukan sedang marah, dah lama aku peluk dracula ni ketat-ketat. Rindu sangat-sangat.

"Maaf untuk apa? Bukan sepatutnya saya yang kena minta maaf sebab buat awak jadi macam orang gila sekarang. Huh? Buat awak marah. Call tak angkat. Whatsapp tak balas. Keluar tak minta izin."

"Sayang, sayang kena kawal emosi. Nanti effect pada baby kita." Ethan teragak-agak untuk mengusap perut aku.

"Apa awak rasa kalau saya datang jumpa awak dan tiba-tiba marah lepastu buang telefon awak? Tanpa dengar dulu penjelasan awak. Apa awak rasa? Telefon tu saya beli hasil titik peluh saya sendiri. Saya sanggup tak nak guna duit elaun masa praktikal demi nak beli telefon tu tapi awak dengan rasa megahnya buang telefon saya ke dalam laut macam tu sahaja. Awak tahu dalam tu banyak gambar-gambar family, kawan-kawan saya dan gambar kita dua. Awak tak tahu kan. Sebab tu senang sangat awak buang."

Airmata aku mula memainkan peranan. Sekarang ni mudah sangat nak menangis dan nak friendzone orang. Pelik betul.

"Sayang....please. Abang minta maaf sangat-sangat. Please..." Ethan memegang tangan aku. Aku masih membatukan diri. Aku pejamkan mata. Bukan tak nak maafkan dia tapi aku masih marah ni. Faham tak masih marah. Sedih telefon kesayangan lagi masih terbelengu.

"Kenapa mama ada kat sini?" Aku menukar topik. Soalan pun boleh tahan tahap bengap. Walaupun dah tahu masih tanya lagi.

Pelik juga tadi tiba-tiba mama ada dalam rumah ni. Dan bermulalah sesi minta maaf macam hari raya. Aku maafkan mama sebab apa yang berlaku ni bukan atas kehendak mama tapi semua berpunca dari Kasih. Motif dia buat semua tu untuk apa aku pun tak tahu.

"Mama datang nak jumpa sayang. Abang tak tahu macam mana dia tahu kita dah berkahwin sebab abang tak sempat nak explain. Semalam bila abang sampai, terus ajak datang sini cari sayang."

"Kasih?" Ya Kasih, perempuan kedua aku benci selepas burung hantu. Perempuan bertudung labuh. Seorang doktor.

"Abang dah ceraikan dia talak tiga. Mama dah ceritakan segalanya. Selama ni, Kasih memang buat cerita tak baik tentang sayang pada mama. Mama suka tengok penampilan dan cara sayang jaga mama tapi bila dah Kasih burukkan sayang. Mama tak nampak semua tu. Sebab tu bila dia dapat tahu yang sayang isteri abang, mama terus nak jumpa sayang."

Aku terkedu. Talak tiga? Ethan tak perlukan dia lagi ke? Macam mana dengan mama. Mama sayang sangat dengan Kasih.

"Mama dengan Kasih macam mana?"

"Mama maafkan Kasih. Dan mungkin akan ikut Kasih stay New York."

"Mama tak marah awak ceraikan Kasih?"

"Tak sayang. Abang ketua keluarga. Abang berhak buat keputusan. Mama dah tahu segalanya. Sebenarnya Kasih yang cadangkan dia kahwin dengan abang bukan kehendak mama. Semua tu bermula dengan plan Kasih."

"Habis sekarang nak buat apa?" Aku binggung.

Apa yang Ethan cerita langsung tiada senyuman di wajahku. Aku tak jangka ianya berakhir dengan pantas.

"Mama dah terima sayang. Mama sepatutnya discharge esok tapi sebab nak sangat jumpa sayang awal pagi tadi dah keluar." Ethan menarik tangan aku lalu mengucupnya.

"Dahlah nak tidur." Aku menarik tangan dari dipegang Ethan lalu merebahkan badan.

"Sayang...okay. Awal pagi esok kita pergi perlis." Pujuk Ethan.

"Tak nak. Penat." Aku menarik selimut lalu menutup muka dengan kasar. Kesimpulannya aku memang dah tawar hati. Dahlah mengidam teruk, dah sampai dan dah pun order ada atas meja. Hilang selera bila kena marah tak tentu pasal lepastu telefon pula kena humban dalam laut.

Kedengaran Ethan mengeluh berat sambil menepuk-nepuk bahu aku.

*****
POV AUREL

Selesai membersihkan diri, aku berjalan keluar bilik menuju ke dapur. Kelihatan mama didapur memasak nasi goreng kampung. Aroma baunya membuatkan aku tersenyum. Manakala Mak pula sedang menyediakan bahan untuk membuat popia mungkin.

"Selamat pagi semua..." Ucapku lalu menyalami tangan mak dan mama.

"Morning sayang. Duduk-duduk, jangan banyak bergerak nanti penat. Kesian bakal cucu kami." Ujar Mama dengan pantas menarik kerusi untuk aku.

"Ma...kenapa tiba-tiba masak nasi goreng kampung ni?" Tanya aku pelik.

"Suami Aurel mengidam nak makan semalam tapi tak sempat sebab mama beria sangat nak datang sini." Jawap mama sambil mengambil mangkuk besar dirak pinggang.

"Ohh mengidam." Aku mengangguk-angguk kepala.

*****
"Awak...nak pergi mana ni? Iskkk...." Aku membentak bila Ethan tiba-tiba menarik tangan yang sedang duduk di bawah pokok tempat istirehat.

"Masuk dalam kereta." Ethan membuka pintu kereta untuk aku. Terdiam seketika.

"Masuklah..." Pinta Ethan.

"Masalahnya nak pergi mana?" Aku masih tidak puas hati.

"Sayang, please masuk. Nak abang kiss depan mama dengan mak baru reti nak masuk?" Ethan mula mengugut. Serabut betullah.

Dan akhirnya aku mengalah dan masuk ke dalam kereta. Hampir 10 minit juga kami diluar kereta tadi.

"Awak...cakaplah nak pergi mana?" Tanya aku lagi bila kereta sudah bergerak.

"Pakai seatbelt tu dulu." Ujar Ethan yang sedang memandu. Baru aku sedar yang aku tak pakai seatbelt.

"Tak nak!" Bentak aku. Tunjuk protes.

"Sayang...pakai. Jpj saman abang tak kisah tapi nanti apa-apa benda buruk jadi macam mana?" Pujuk Ethan lembut.

Aku memeluk tubuh.

"Sayang..." Ethan memberhentikan kereta di bahu jalan. Tidak lama selepas itu, dia tolong pakaikan seatbelt untuk aku.

"Kan dah cakap tak nak tadi...."

Chup! Satu ciuman singgah dibibir. Aku terdiam. Dan menjeling tajam.

"Let's go..." Kata Ethan sambil tersenyum.

"Awak saja kan..."

"Sayang yang cari pasal."

Just You, Budak Lembab! [COMPLETED]Where stories live. Discover now