9 : NIKAH🎇🎉

31.7K 700 14
                                    

POV ETHAN

Aku buntu. Aku aku rasa serabut. Selepas satu masalah satu lagi timbul. Macam mana aku nak hadap semua ni? Aku tahu aku yang timbulkan tapi...

Aku meraup muka. Aurel, gadis yang terlalu naif. Lurus. Gelabah. Tak pernah nak fikir panjang. Macam mana aku nak berhadapan dengan dia. Aku faham perasaan dia. Aku perlu bertindak.

*****

Hari ini aku ada kelas dengan kelas Aurel. Macam mana keadaan dia? Semalam langsung tak masuk bilik. Aku tak tahu dia tidur kat mana. Pagi tadi turun sarapan pun tak terserempak dengan dia.

"Sir, paper saya dah edarkan." Ujar Faiz. Terhenti lamunan tadi. Aku tak sedar pun kedatangan mereka semua tadi. Ralit.

Aku mencari baris bahagian atas. Tiada. Hanya kawan-kawannya. Berani tak datang kelas aku. Ops dia ada baris paling depan. Keseorangan. Aik? Gaduh dengan aku, tapi kawan-kawan pun turut kena ke?

"Okay class. Paper yang kamu semua baru dapat itu adalah task report akhir kamu. Format dan cara untuk buat dah ada pada kertas tersebut. Siapa yang tak faham boleh jumpa saya secara personal. Ingat! report yang tak memenuhi kriteria yang saya nak akan di tolak serta merta. Class dismiss." Aku mengemas barang atas meja lalu keluar.
Aku nampak mata dia sembab. Aku nak pujuk dia macam mana? Perempuan-perempuan lain senang. Ajak shopping, bagi coklat, hadiahkan bunga, beli hang bag, beli heels dah settle tapi Aurel Fatiya ni lain. Along cakap dia tak suka semua benda tu. Along sendiri pun tak tahu nak pujuk dia selain daripada dia terpujuk sendiri. Hah! Kawan-kawan dia mesti tahu.

Ingatkan mereka tak nak jumpa aku, nasib baik nak. Tapi hanya nabila. Ziya dan Zara tak dapat datang. Katanya ada hal. Penting.

"So sir, kenapa nak jumpa saya? Tetiba pulak tu." Tanya Nabila.

"Awak dengan Aurel okay?"

"Hurmm entahlah. Pagi ni tiba-tiba bad mood. Tak nak cakap dengan kami. Dia buat dunia sendiri so kami memang tak nak kacau."

"Kenapa? Dengan sir pun dia macam tu ke?"

"Haah."

"Susahlah kalau macam ni."

"Saya bergaduh dengan dia semalam. Saya tak tahu nak pujuk macam mana sebab dia tak pernah merajuk sampai tahap macam ni."

"Ohh patutlah nampak kritikal. Sir pergi kedai toys. Ada patung iron man atau yang berkaitan iron man. Belilah satu untuk dia, kompem dia maafkan sir."

"Iron man? Tak ada benda lagi comel ke nak minat?"

"Dalam bilik dia ada rilakuma tak?"

"Ada. Banyak jugak patung tu."

"Ish dia dah mula buat collection. Memang tak ada dah yang comel sir. Iron man jawapnya. But, sir kena tengok collection iron man yang dalam bilik tu sebab dia takkan ambil kalau dia dah ada. Casing fon pun dah banyak."

"Habis tu saya nak bagi apa? Saya bukan tahu sangat pasal mainan budak-budak ni."

"Tulah saya pun tak tahu. Seorang aje yang tahu iaitu Zara. Tapi Zara tak ada kat sini. Nanti saya tanya Zara apa yang kena buat. Cuma sir kena sabar sikit sebab minggu ni Zara busy. Ziya nak kahwin. Maklumlah kembarkan kenalah tolong."

"Kahwin? Dengan siapa?"

"Aryan. Sir tak tahu ke? Sekarang ni Ziya, Zara dan Aurel on the way ke Penang. Saya malam nanti baru gerak."

"Aurel pun?"

Nabila mengangguk.

"Saya gerak dulu. Thanks." Ujarku lalu beredar. Kurang ajar punya budak. Tak mintak izin pun kat aku.

Aku mendail namanya. Tak diangkat. Buka whatsapp. Eh!

My budak👯
Sy g Penang. Lusa sy balik.

Share location.
Malam nanti aku gerak.

No! Sy tak perlukan awk.
Nanti geng Aryan tau pasal kita.
Take care.
Sy syg awk tau😘.
Sy rindukan awk😔.
Tp...👉👈
Awk dh ad burung hantu👻.

Aurel aku lg rindukan kau.
Esokkan Zara nikah kn...
Kau terus balik after nikah
atau aku jemput kau.

Awk mesti rindu sy
Tp
Awk tk syg sy dh
Sbb
Awk dh ad burung hantu.

Aurel...aku syg kau la budak
Aku taknak kau sebut pasal burung hantu lg.
Esok aku dtg jemput kau.

Send la emoji awk syg sy..

Aurel Fatiya aku sayang & cintakan kau
😘😘😘😚😚😚😗😗😗😙😙😙😉😉💏💏💏💜💜💜💚💚❤❤❤💗💗💗💕💕💕💖💖💖💞💞💞💘💘💘💋

Liar!

Fuhh! Penat-penat aku taip dan emoji yang sesuai. Dia balas satu je perkataan.
LIAR!

huh! Nampaknya tak boleh dipujuk cara whatsapp. Aku kena gerak penang jugak ni.

*****

POV AUREL

Yup! Aku memang sakit hati. Sakit segalanya. Aku tak boleh terima apa yang dia buat pada aku. Bak kata dia...biarlah perkara ni berlarutan

Ummi dengan abah banyak kali nasihat supaya jangan pergi. Kalau nak sangat pun ajak Ethan sekali. Memang taklah nak ajak dia. Sekarang kami tengah perang dingin. Berani dia cium perempuan lain. Sedangkan aku yang halal buat dia, tak pernah pun macam tu.

"Aurel, mak tengok kamu ni macam ada masalah? Kamu betul ka balik penang ni sebab Zara nak kahwin? Pasaipa kalut sampai tak dan nak habaq mak?" Ujar Puan Siti. Ibu angkat aku sejak dari kecil sampailah sekarang. Ibu susuan.

Dia ibu tunggal bersama dua orang anak. Seorang lelaki berumur 18 tahun dan sekarang sambung belajar di USM iaitu Ilham. Along yang support. Seorang yang bongsu berumur 15 tahun nama Ilya. Syukur, mereka dapat menerima aku seadanya.

"Aurel okay je mak. Esokkan Zara dah nak nikah. Apa yang salahnya. Lagipun lepas ni kami tak dapat jumpa dah. Dia ikut suami pergi Australia. Katanya nak buat pembedahan kat sana."

"Kalau macam tu tak pa. Mak risau ni. Ummi banyak kali tepon tanya pasai hang. Tanya pasai Ethan dah sampai ke belum."

"Mak cakap je mak tak tahu. Cakap Aurel sibuk kat rumah Zara. Pasal Ethan tu mak tak payah kisah. Dia bukan kisahkan sangat pasal Aurel."

"Ha mak dah agak. Hang mesti ada masalah."

"Mana ada. Aurel penat ni mak. Aurel tidur dulu." Aku pura-pura menguap lalu masuk bilik tidur. Mak ni boleh tahan tahap bebelannya daripada ummi. Baik mengelak. Nanti tak pasal-pasal membebel sampai ke pagi. Penat naik bas tadi tak hilang lagi.

*****

Akhirnya selesai hari pernikahan Ziya dan Aryan. Nampak sangat muka Aryan pucat. Kesian dia. Ziya pula nampak cantik sangat. Baju nikah dia pun cantik. Tak macam yang aku punya. Besar gelebeh. Nasib baik mak andam tu pandai cover. Kalau tak, tak tahu lah nak cakap rupa aku macam mana.

"Ziya, jaga Aryan leklok. Aryan kau kena kuat tau. Sekarang kau ada Ziya. Kau kena jaga dia sampai tua." Pesan aku sambil memeluk pinggang Ziya.

"Dahlah banyak pulak pesanan. Aku akan jaga dia macam aku jaga diri aku sendiri. Hampa semua jaga diri sekali. Zara, janji dengan aku hang mai jumpa aku nanti tau. Aku akan rindu hampa semua." Ujar Ziya. Menitis juga air matanya. Yelah, kali pertama berpisah dengan kembar. Kami berempat berpelukan.

Mesti pelikkan sebab Zara loghat utara tapi Ziya loghat KL. Ziya ni acah-acah nak jadi orang KL. Tapi rasanya lepas ni maybe dia acah-acah omputih pulak.

Just You, Budak Lembab! [COMPLETED]Where stories live. Discover now