Pov Ethan
Tiba-tiba Kasih menyandarkan kepalanya pada bahu aku. Aku terus menolak kepalanya. Aku bangun untuk melarikan diri daripada Kasih dan kebetulan Aurel dan Fatih aka Along sampai. Aku dapat melihat reaksi muka Fatih dan Aurel airmatanya mula bergenang.
"Sayang, sayang ni semua bukan yang sayang fikirkan." Aku terus pergi mendapatkan Aurel yang sedang menekup mulut menahan sebak.
"Ehh Doktor Kasih, kau tak ada jantan lain nak mengatal ke selain adik ipar aku?" Tiba-tiba Fatih bersuara.
"Kau siapa nak masuk campur?" Balas Kasih.
"Kau tu siapa! Aku yang single mingle ni tak nak pulak ushar." Fatih masih tak puas hati.
"Along! Please stop it. Mama sakit kat dalam tu." Aurel mencelah sambil tangannya mengenggam erat tangan aku.
"Serabutlah ada pompuan sok sok suci ni." Fatih meraup mukanya. Aku rasa yang sepatutnya rasa serabut tu ialah aku. Tapi dia pulak yang over. Sahabat itulah dia.
*****
Tengahari baru kami dapat masuk berjumpa mama. Fatih sudah lesap. Katanya ada hal penting kena settle. Mungkin meluat tengok muka Kasih.
"Mamaa...." Panggil aku dengan selembut yang mungkin bila mama sudah dapat membuka matanya.
Doktor cakap mama tiada apa yang kritikal hanya degupan jantungnya tidak stabil kerana terkejut. Ya Allah macam manalah aku nak berterus terang tentang aku, Aurel dan Kasih.
"Siapa benarkan perempuan ni masuk! Aku tak nak jumpa kau! Hipokrit! Kau pakai jubah bertutup semua tu kau ingat boleh tutup semua perangai jahat kau!" Tiba-tiba mama menengking. Aurel sudah menunduk mukanya. Mama ni boleh tahan maki hamun orang dalam keadaan sakit pun.
"Ma...mama tak sihat lagi. Jangan macam ni." Pujuk aku sambil mengenggam tangannya.
"Aku tak nak tengok muka perampas ada kat sini. Pergi kau dari sini." Mama memaling mukanya ke dinding.
"Ehh Aurel, mama suruh keluarkan. Awak tunggu apa lagi. Tak tahu malu!" Kasih mencelah sambil berpeluk tubuh.
Aku mendekati Aurel yang berdiri di hujung katil.
"Sayang jom. Abang hantar sayang balik." Pujuk aku dan Aurel hanya menurut.
*****
Dalam kereta, Aurel membisu. Menangis pun tidak. Aku dah rasa serba salah dari tadi."Sayang...sayang jangan ambil hati apa yang Kasih dan mama cakap. Jangan simpan okey?" Aku memujuknya tapi masih tiada reaksi.
"Abang hantar sayang ambil pakaian kemudian kita pergi bus station." Aurel memegang tangan aku. Airmatanya mula mengalir.
"Heyy, sayang...kita nak pergi mana?" Aku pelik.
"Tak. Bukan kita tapi sayang je. Sayang nak balik rumah mak kat penang."
"Ya Allah. Sayang takkan nak tinggalkan abang? Okey kalau sayang tak nak duduk rumah tu abang faham tapi bolehkan sementara waktu ni sayang stay kat rumah ummi abah."
"Ummi abah mana ada kat rumah. Baru minggu lepas diorang berangkat ke Makkah. Bulan depan baru balik."
"Abang lupa sayang tapi sayang..."
"Abang, tolong izinkan."
"Abang izinkan tapi dengan syarat abang yang hantar sayang dan ambil sayang nanti."
"Abang jauh..."
"Abang tak kisah."
"Nanti abang penat."
YOU ARE READING
Just You, Budak Lembab! [COMPLETED]
Romance"Betullah apa yang saya selalu fikir selama ni yang awak memang tak cintakan saya. Awak tak sayangkan saya pun. - Aurel Fatiya. "Yes! Kenapa? Kau rasa menyesal sekarang? Budak lembab!" - Ethan Danial. Peringatan : Under 18 kebawah tidak digalakkan...