22 : SAMPAI BILA

24.7K 575 6
                                    

Pov Aurel

"Aurel...kenapa ni? Semput semacam je." Tanya Kak Sal yang duduk sebelah meja aku.

Lembut je tanya tapi tak dapat menenangkan hati aku yang tengah panas mengeledak ni. Sebelum nak pergi kerja ingat ada orang nak hantar tapi tak. Pastu terpaksa naik grab. Bila sampai lift pulak rosak.

"Lift tak boleh guna. Saya dahlah lambat nak tumbprint. Terpaksalah guna tangga. Haihh tak guna punya company. Company besar2 macam ni pun ada masalah macam tu eh? Atau duit dah habis sebab bina bangunan sampai tingkat 7?" ujar aku benggang lalu mencampak beg sandang comel aku atas meja.

"Kan ada lift untuk staff sahaja. Kenapa tak guna yang tu?"

"kakak...guard tu tak bagi. Katanya ada big boss nak masuk. Perlu ke macam tu? Tak sistematik langsung."

"Haah lupa. Lift untuk orang atasan tu under services so diorang kena guna lift yang khas untuk pekerja. Ada lawatan dari luar negara pagi ni."

"hmmm...yelaa. Nak pergi toilet ni."

Masuk toilet, aku cuci muka dengan air sepuas puasnya. Nak lepaskan geram punya pasal. Nak sangat aku jumpa big boss tu. Dengar macam kerek je orangnya. Acah2 je kan padahal pelajar praktikal kat sini.

Sampai di meja, aku melabuhkan punggung atas kerusi. Keadaan pejabat agak lenggang kerana tinggal aku dengan kak sal yang sedang sarat mengandung sekarang. Yang lain turut terlibat dengan acara yang kak sal sebut tadi.

Deringan telefon membatalkan niat aku untuk mencari fail semalam dalam komputer.

"Sayang...dah sampai?" Suara Ethan kedengaran.

"Dah." Sebelum Ethan keluar rumah terlebih dahulu, dia ada pesan sampai tempat kerja beritahu dia. Sekarang mood merajuk, jangan harap.

"Heyy...abang minta maaf okay. Abang betul2 lambat tadi sebab tu abang tak boleh hantar sayang. Balik nanti abang ambik sayang."

"No thanks."

"Sayang...please jangan macam ni."

"Saya dah kejutkan awak tadi pastu siap saya buatkan breakfast untuk awak. Tapi awak cakap saya tak kejutkan awak awal and then breakfast yang saya buat tu awak tak sentuh langsung. Ada racun kot dalam bihun goreng tu."

"Im sorry babe. Abang janji tak buat lagi."

"Bye!." aku terus menutup panggilan. Cakap banyak nanti lagi banyak sakit hati.

Semalam ingat baru balik tu nak bermanja dengan isteri. Ehh tak, lepas je aku sampai rumah dan dia kiss aku. Terus dia keluar rumah pergi jumpa along. Aku dah cakap, baik kahwin je dengan along. Dasar gay!

*****

"Fay dan Aurel, big boss nak jumpa." tiba2 seorang perempuan yang segak dan cantik datang. Bagilah salam dulu. Gila!

Bila nama aku disebut, aku mula gelabah. Apa pulak salah aku ni. Aku bangun dan berjalan mengikut Fay dari belakang. Air muka Fay menjadi tegang. Kes apakah ini?

Sampai di depan bilik big boss, perempuan cantik tadi meminta kebenaran dulu untuk masuk kemudian kami berdua dibenarkan masuk.

"Thanks Amel" Ujar big boss dan perempuan cantik nama Amel ni beredar.

Wajah big boss aku tak nampak kerana terlindung pc yang besar dihadapannya.

"Perkara macam ni sepatutnya bukan saya yang settle kan tapi perkara ini sudah melampau. Sehingga boleh mencemarkan nama baik ED Legacy dan nama saya." Big boss mengalihkan pc dan sekarang kami bertentangan dengan dia cuma aku tak berani pandang. Memang tak berani.

Just You, Budak Lembab! [COMPLETED]Where stories live. Discover now