21 : TIDAK TERJANGKA

43.5K 566 11
                                    

Pov Aurel

Akhirnya aku diterima untuk praktikal disebuah syarikat yang namanya semakin melonjak naik dipasaran. Memang lama sangat dah teringin nak merasa kerja sini. Rata-rata yang cakap syarikat ni bagus dan seronok. Apa yang seronok tak tahulah.

Tak sabar nak bagitahu Ethan tapi apakan daya dia outstation. Minggu depan hari pertama aku masuk baru dia balik. Seminggu outstation. Dua hari selepas majlis kami, Ethan terus bergegas pergi Melbourne. Dahsyat jadi pensyarah ni...busy ya amaatt.

"eh ummi, tak ikut abah dengan along makan durian?" tanya aku bila ummi melabuh punggung atas sofa dihadapan aku.

"Malaslah. Tu surat apa adik?"

"Haa ummi ni surat dari ED Legacy. Diorang dah terima adik praktikal sana."

"Alhamdulillah. Danial tahu tak?" Ucap syukur ummi sambil mengambil surat dari tangan aku.

"Belum. Malas la nak call atau whatsapp apa semua tu. Langsung tak berjawap tak berbalas. Sibuk sangat kot sampai lupa kita kat sini."

"adik...tak baik cakap macam tu. Ummi tak suka adik buat macam ni. Macam mana hati Danial tu nak tenang kalau isteri dia kat rumah ni tak tenangkan diri. Dia pergi kerja cari rezeki."

"Sorry ummi. Adik nak pergi shopping jap lagi dengan Nabila. Ummi nak ikut?" aku tukar topik. Pandai tak?

"Belikan ummi pewangi bunga lavendar. Dah habis yang kat bilik solat tu."

"okay ummi."

"jangan lupa bagitahu Danial..."

Aku hanya mengangguk dan senyum. Walaupun aku degil, sejak kejadian sebelum majlis kami berlansung tu, aku dah nekad. Aku nak pergi taman belakang rumah pun aku akan bagitahu Ethan.

***
Pov Aurel

"hello sayang...sayang abang dah sampai ni tapi abang terus pergi office tau. Ada meeting."

"abanggg...busy nya. Baru harini call."

"jumpa malam ni kat rumah. Assalamualaikum."

Tit!

Telefon diputuskan. Aku mengeluh. Mencebik. Geram!

Aura positif please!

Aku memandang bangunan yang gah dihadapan aku sekarang. Masyaallah. Cantik betul rekabentuk luarannya. Sebelum kaki melangkah, aku menarik nafas sedalam yang mungkin untuk hilangkan rasa lega dan selesa.

"good morning. Saya student praktikal yang akan praktikal disini mulai hari ini." Aku memberitahu pada staff reception yang bernama anis.

"good morning miss. Supervisor atas nama siapa ya?"

"Syed Fatih."

"sekejap ya."

Staff yang bernama Anis tadi terus menekan interkom.

"Mari, saya tunjukkan"

Aku mengikutnya dari belakang. Nasib baik tak berlagak.

Sampai tingkat 4 kami menuju ke sebuah bilik pejabat.

"Assalamualaikum. Encik Syed. Ni pelajar praktikal tadi."

Syed Fatih sedang tekun menaip terus memandang kami. Ya Allah handsomenya. Indah ciptaan tuhan. Syed Falih senyum dan mengisyaratkan Anis untuk minta keluar.

"Aurel Fatiya? Cantik nama secantik orangnya. Sila duduk."

Aku mengangguk lalu menarik kerusi.

" Saya syed fatih dan awak boleh panggil saya fatih. Kebanyakkan staf sini panggil syed. Mana2 yang selesa bagi awak. Dalam bangunan ni ada 7 tingkat. Tingkat paling atas adalah office big boss dan yang acah2 bos. Dan awak bekerja atau praktikal di tingkat 4. Big boss sentiasa busy. Kadang2 sampai seminggu atau sebulan dia tak masuk office. Hanya datang sekejap. Tapi satu je awak takkan terserempak atau terjumpa dia. Kecuali jodoh. Siapa tahu kan. Saya dah bekerja disini sebagai penyelia grafik media sudah 2 tahun. Saya hanya jumpa dia 2 kali tahun ni."

"ohhh...big boss tu garang sangat ke?"

"entah la nak cakap macam mana, yang penting kebajikan staff dia sentiasa ambil berat. Sakit kepala sikit dia lepaskan kita balik rumah. Pergi je klinik tingkat 3. Pernah tau jadi kat sorang mamat ni. Dia acah2 sakit kepala padahal alasan sebab report dia tak siap dan big boss perlukan report tu untuk dibawa meeting keesokkan hari. Disebabkan hanya mamat tu sorang sahaja pakar dalam apa entah. Big boss ambil keputusan untuk menyiapkan report tu sampai balik rumah lewat. Untuk pengetahuan awak, big boss tu dah kahwin tau. Kesian isteri dia. Big boss kita ni sentiasa berusaha. Demi nak naikkan gaji kami tahun ni, minggu lepas dia terpaksa pergi melbourne. Padahal tu adalah minggu dia pergi honeymoon. Sepatutnya dia hanya hantar orang tapi semua tarik takut failed."

Aku hanya mendengar. Tapi ayat last tu macam tak kena. Kenapa sama dengan Ethan Danial aku? Isk mungkin sama hari kot. Takkan kami dua je yang buat majlis resepsi minggu lepas.

"Tu serba sedikit tentang big boss. Jom saya tunjuk office awak bekerja."

Aku mengangguk lalu kami menuju tempat yang syed fatih ni cakap.

"okay dalam office ni ada 5 orang sahaja staff termasuk awak 6 orang. Awak akan bekerja dalam satu team nanti. Apa2 yang awak kena buat saya dah sediakan atas meja. Tak faham boleh tanya saya terus."

Kaget sekejap. Cantiknya deco dalaman office ni. Macam international.

"Guys, our practical student Aurel Fatiya."

Syed Fatih memperkenalkan aku pada yang lain dan disambut baik.

"haii" sapa aku.

Aku melabuhkan punggung yang ditempatkan khas untuk aku. Hmmm...bestnya.

"Aurel Fatiya...kau praktikal kat sini. Jangan nak acah2 kau permenant ya. Ada brochure kena siapkan hari ni. Tu ada atas meja detail. Tolong siapkan pagi esok aku kena submit kat pihak atasan."

Aku mengangguk. Nama di badges card dia ialah Siti Fatimah. Kunonya nama tapi berlagak ya amat. Huh!

Siti Fatimah duduk semula ditempatnya. Hujung sekali.

"Eh Fay...tu kau kena buatlah. Dia baru lagi. Nanti silap siapa yang susah." sorang pulak bersuara. Namanya ialah Kezia. Dinding depan meja ada tertulis.

Aku mengerut dahi. Aku bab2 design boleh tapi nak ikut format tu yang aku failed.

"aku ada hal. Petang baru masuk mana sempat nak buat."

"Hal apa? Benda ni dari minggu lepas lagi. Janganlah buat." nampak muka kecewa kezia bila si siti fatimah tu buat tak endah dengan kerjanya.

"personal."

*****
Disebabkan Ethan dah balik jadi aku pun terus balik ke rumah kami dari tempat kerja tadi. Tak sabar nak jumpa.

"Assalamualaikum!" aku memberi salam bila kereta Ethan ada di garaj.

"sayang...." tiba-tiba Ethan keluar dengan sejambak bunga rose dan kepala stitch.

"abang...maigadd rindunya." aku terus memeluknya bila dia mendepa tangannya sambil tersenyum.

"abang pun rindu sayang. I'm sorry because always ignore your whatsapp and call."

"and sorry sebab tak pernah call sayang masa abang kat sana."

Aku memuncungkan bibir. Bagus tahu pun mengaku salah.

Ethan meletak kepala patung stitch dengan bunga tadi atas sofa lalu mencium bibir aku.

Kali ni ciuman agak berbeza aku rasa. Mungkin dia terlalu rindu aku kot. Hiks. Perasan jap.

Aku membalas ciumannya.

Just You, Budak Lembab! [COMPLETED]Where stories live. Discover now