23 : MUNGKIN

23.7K 622 10
                                    

Pov Aurel

"Aurel Fatiya...sampai bila nak ignore abang macam ni? Dah seminggu tau..." Ujar Ethan sambil menghidang makanan. Selama seminggu juga dia yang masak, dia yang kemas, dia sediakan sarapan dan segalanya. Aku hanya membatukan diri. Dia ajak makan aku makan. Selama seminggu jugak kami tak bersama. Bermakna sudah 2 minggu. Lamakan aku merajuk. Makan hati sebenarnya yang lebih tepat.

"Makan ni. Jap lagi abang ada meeting. Sayang nak ikut?"

Aku mengeleng kepala.

"Kita pergi shopping. Beli kasut yang sayang nak haritu."

Aku geleng jugak.

"kalau macam tu kita pergi honeymoon. Abang ikut sayang mana sayang nak pergi."

Aku terus menyuap makanan walaupun mulut tak muat. Suap selagi rasa nak suap.

"Sayang...." Ethan memegang tangan aku. Kuat.

Aku terhenti menyuap makanan dan memandangnya. Tajam.

"Sayang please. Abang rindukan sayang. Jangan buat abang macam ni sayang."

Aku tak tahu Ethan merayu ni yang sudah ke berapa. Memang ada rasa kesian tapi aku tak boleh. Apa yang dia buat kat aku tu terlalu dalam untuk aku terima.

"Tolong jangan buat macam ni lagi. Ni bukan Ethan Danial yang saya kenal." Aku menarik tangan daripada dipegang Ethan. Aku tak suka Ethan Danial sekarang yang suka merayu. Aku lagi suka Ethan Danial yang ego macam dracula tak cukup kasih sayang.

"Sayang...please forgive me."

"Saya dah lambat ni." Aku mengambil beg tapi Ethan menghalang.

"Ethan Danial...bagi saya masa dan ruang."

"Abang dah bagi sayang masa dua minggu. Tak cukup lagi? Hah?"

Riak wajah Ethan berubah. Ya Ethan yang aku kenal sudah kembali.

"Aku bukan tak nak bagi tahu kau. Tapi masa tak mengizinkan aku. Banyak benda aku kena handle kena settle. Aku cuba selesaikan satu-satu. Kau ingat senang nak jadi lecturer lepas tu dapat pulak student macam kau yang selalu buat perangai. Dalam masa yang sama aku kena settle problem kat office setiap hari. Sekejap pergi office sekejap pergi kelas. Dengan keadaan mama yang langsung tak ada perubahan pastu persiapan majlis kita lagi. Semua tu aku kena hadap sorang-sorang. Daripada 100% hanya 1% sahaja kau kenal aku macam mana. Kita bersama tak sampai 2 bulan Aurel Fatiya so please jangan jadi budak sangat. Tolong aku. Tolong faham keadaan aku. ED legacy sekarang tengah mengalami kerugian yang sangat banyak di Europe. Jangan buat perangai please...i begging you dear."

Ethan mengenggam tangan aku. Aku dapat rasakan sesuatu yang Ethan sangat perlukan aku tapi dalam masa yang sama aku jadi beban dia. Dah tahu perangai aku tak matang macam budak-budak. Kenapa terima cadangan along. Ya Allah!

Aku masih terpaku. Bermakna semua masalah ni memang berpunca daripada aku yang macam budak-budak. Apa yang aku kena buat kalau macam tu?

"Masuk kereta sekarang." Ethan mengambil briefcase lalu meninggalkan aku. Dengan kadar segera aku berlari keanakan mengejar Ethan dari belakang.

Masuk je dalam kereta, keadaan dalam kereta senyap. Sudah dua minggu aku tak naik Audi merah ni. Asyik naik grab. Maklumlah orang berduit.

Ethan pulak fokus memandu. Selalu kalau dalam kereta tangan automatik main telefon atau bermain dengan tangan Ethan tapi kali ni aku membatukan diri.

Sampai di tempat letak kereta khas untuk Ethan Danial. Ethan membuka pintu kereta untuk aku. Riaksi mukanya yang tegang masih sama. Aku terkocoh-kocoh keluar dari kereta. Nasib baik pakai kasut sneakers. Kalau tumit tinggi mesti kaki terpeleot tadi.

Just You, Budak Lembab! [COMPLETED]Where stories live. Discover now