POV ETHAN
Keadaan dalam kereta senyap. Hanya kedengaran suara dalam corong radio. Aku pun naik pelik kenapa Aurel tiba-tiba senyap. Selalu ada aje cerita yang dia nak kongsi dengan aku.
"Aurel Fatiya, kenapa?" Tanya aku. Risau jugak kalau-kalau dia ada terasa hati dengan aku.
"Nothing" jawapnya sepatah. Aku terus memberhenti kereta tepi jalan.
"Kita takkan pergi lunch kalau kau terus moody macam ni."
"Awak sayang saya tak?"
Dia punya soalan cepumas tu, aduuuuiii.
"Kalau aku tak sayang kau, kau nak buat apa?"
"Awak awak tak sayang saya dah ke?" anak matanya mula berair. Aku paling benci tengok dia mengeluarkan air mata sebab yang tak munasabah langsung.
"Apa salah saya? Awak cakap awak nak saya sorang aje tapi sekarang awak tak sayangkan saya. Macam mana ni?" Aurel mula panik. Gelabah.
Aku memberhentikan kereta di bahu jalan.
"Look. Kenapa aku ajak kau lunch sekali hari ni? Sebab aku nak dating dengan kau. Kenapa aku nak dating dengan kau? Sebab kita tak pernah dating lagi. Aku nak spend time dengan kau setelah sekian lama. Aku sayang kau. Aku perlukan kau. Aku tak nak dengar kata-kata mengarut kau tu, jangan nangis." Aku mengesat air matanya lalu mencium dahinya.
Kali kedua selepas akad nikah. Terukkan aku.
"Janji?"
"Janji" aku mencium bibirnya yang kemerahan itu. Lama.
"Dah jom pergi dating" Ujar aku lalu meneruskan perjalanan. Aurel memegang pipinya, kemerahan. Menahan malu.
"Awak, ada orang cakapkan lelaki kalau drive tangan sebelah nampak macho. Awak tak nak buat ke?" Dia mula dah. Tak tahu apa yang dia nak.
"Aku kena buat ke?" Dia mengangguk laju. Haihh ikut ajalah. Kang ada jalan raya ni banjir. Elok naik kereta, tak pasal-pasal naik bot...
Aku meletak tangan kiri di tengah antara kami dan Aurel mula memegang tangan aku.
"Nak pegang tangan awak." Aurel mengesel-gesel tangan aku pada pipinya. Lembut. Macam anak kucing pun ada dia ni. Patutlah berkias bagai, rupanya nak pegang tangan aku.
"Kau suka sangat tangan aku kenapa? Muka aku ni punyalah ramai yang berebut, kau suka tangan je?"
"Hehehe seronoknya pergi dating"
"Oit kita tak pergi dating lagi lah. On the way nak pergi dating. Seronok bendanya."
"Okay-okay. Seronok pegang tangan awak"
"Aurel, aku nak drive ni. Kau jangan macam-macam. Elok nak pergi dating last-last pergi buat anak"
"Buat anak?" Matanya membulat membesar.
Terkejut.
"Kita dah nak sampai ni, make sure barang jangan tertinggal satu pun." Aku mengubah topik. Dia menjeling tajam.
****
"Kau nak makan apa?" Tanya aku sambil membelek-belek menu di tangan.
"Saya ikut awak."
"Betul ni?"
Aurel mengangguk laju.
Setelah mengambil order, pelayan lelaki itu beredar.
"Macam mana persediaan FYP group kau? Dengar cerita korang nak buat aplikasi. Bukan senang tu"
"Awakkan ada. Boleh tolong nanti. Kami dah mula tunjuk 50% . Penyelia pun suka"
![](https://img.wattpad.com/cover/111721115-288-k794366.jpg)
YOU ARE READING
Just You, Budak Lembab! [COMPLETED]
Romansa"Betullah apa yang saya selalu fikir selama ni yang awak memang tak cintakan saya. Awak tak sayangkan saya pun. - Aurel Fatiya. "Yes! Kenapa? Kau rasa menyesal sekarang? Budak lembab!" - Ethan Danial. Peringatan : Under 18 kebawah tidak digalakkan...