BAB 2

543 18 0
                                    


Bab 2

Haih penatnya, baru pukul 9. Ada 20 katen je lagi nak siap. Lepas sehari aku, Shafiqah dan Zamir stay back smpai malam, baru aku tahu penatnya nak buat kerja ni. Padahal keluarkan stock, kira stock dan susun stock aje. Memang la nampak senang tahu tak dalam 1 katen tu ada berapa kotak kasut? Haaa aku malas nak buat kalkulus matematik dekat sini. Yang penting belambak!

"Aliya, you penat ke? Nampak pucat je?" kata Zamir dgan nada bimbang.

"I okay je" aku mengusap muka ku. Lemas la dgan kotak kiri dan kanan.

"Hmm betul?" Zamir mahu kepastian.

Aku cuma mengangguk je.

Baru je 30 minit berlalu. Aku tak habis-habis tgok jam. Mcm tak sabar nak balik sebab katil, kucing kesayangan aku Wuf , dan bilik air sudah menyeru namaku! Tak sabar nak balik jumpa Wuf, nak gomol-gomol dia. Lepastu jumpa katil aku yang empuk tu. Kalau dapat mandi air panas pun seronok juga!

Mesti korang pelikkan kenapa nama kucing aku Wuf? Aku ada kawan cina nama dia June Xiou. Dia ada bela anak anjing. Dia bagi nama anjing dia, Meow. So aku bagi lah nama kucing aku Wuf. Sebab unik. Lagipun, aku memang bersahabat baik dengan June waktu sekolah dulu, cumanya sekarang June dekat London sambung belajar. Bukanlah aku nak samakan kucing aku dengan anjing cuma sebelum bagi nama dia Wuf , aku ingat nak letak Moo ke, Twit twit ke, Bzz ke, tak jadi lah. Sebab tak kena dgan muka kucing aku yang monyok macam kena gilis dengan lori. Maklumlah kucing 100% persians.

"Kau kenapa Yaya?" sergah si Shafiqah.

Lantas aku terkejut dan terjatuh pen yang aku pegang!

"Piqah kau ni tak ada kerja lain ke?!" aku marah.

"Ada... Ni ha belambak ni, buta? Kau tu yang tak ada kerja lain, termenung macam hilang anak! Kerja kau tak siap lagi la timah oiiii..." bebel Shafiqah.

Aku buat pekak je. Kacau je aku nak berilusi tentang kucing aku. Hish!

Dah pukul 10 amalam pun.. Tapi kerja masih belambak. Tinggal 9 katen. Kenapa semalam boleh je habiskan 20 katen? Ke semalam sebab ada yang lain membantu? Harini tak ada pula budak-budak department lain membantu. Aku lupa sudah. Tak apa lah esok last. In Shaa Allah boleh siap.

Apabila aku nak chaw aku tak kata apa pun dengan Shafiqah dan Zamir aku cuma minta izin nak balik, lantas laju je aku angkat handbag aku dan blah mcm tu je. Kenapa dgan aku ek? Badmood tetiba. Zamir mengejar aku.

"Aliya! Tunggu Aliya!" Zamir jerit macam jauh sangat je aku dengan dia. Padahal... Sebatu pun tak sampai.

Aku mengeluh dan berhentikan langkah.

"Apa dia Zamir? I penat la" jawab aku malas.

"You kenapa ni? Macam takde mood je?"

Ye memang aku tak ada mood! Aku nak balik! Aku nak tidur! Aku penat!!!!! Aku jerit dalam hati. Alangkah bagusnya aku dapat jerit macam tu depan Zamir sekarang. Tapi dia kawan aku. Hati manusia, kena jaga.

"I letih je mir, dont worry" jawab aku rigkas.

Zamir memandang aku pelik.

"Let me drive you home?" dia terus rampas kunci kereta aku di gengaman aku.

" Eh tak payah la, i can drive by myself!" aku tinggikan nada suara aku sedikit.

"No, dah malam ni. You pun letih kan you cakap? Just let me drive you tonight."

Alaaaa tak kan berdua je kot dgan mamat ni? Dah pukul 11 malam pula tu, kalau pukul 11 pagi tak apa lah. Rayu hatiku. Aku pandang kiri dan kanan. Hmm macam mana ni?

Ku Ingin Kau TahuWhere stories live. Discover now