BAB 18

199 14 1
                                    

    "Dah nak dekat seminggu abah dekat hospital... Bosannya takde abah kan kak?" Jawab adikku Najwa atau panggilan manja wawa gitu.

"Nak buat macam mana wa, abah perlukan serious attention kat hospital tu abah kan dah makin pulih? Kita tunggu ajela arahan dari dokter kalau dia bagi abah balik kita bawa abah balik sama2 ok?" Aku membelek majalah yg aku baca tadi sambil bersembang dengan wawa.

Selalunya harini aku kerja, tapi sengaja aku memilih hari rabu ni untuk bercuti. Harini aku berasa tak sedap hati sangat yang lain macam. Tapi aku abaikan sahaja perasaan itu. Dan biasalah, hari cuti aku, akan diisi dengan masa lapang yang tak beberapa berguna iaitu tengok tv, dengar lagu, buka laptop tengok korean drama yang aku suka dan lepak bersama keluarga kesayangan. Beza dia harini di rumah hanya ada aku dan wawa. Abang adi dan umi berada di hospital menjaga abah.

"Kak ya, akak rasa wawa patut pindah ke sekolah harian biasa tak?" Tanya wawa selamba.

Aku yang eloknya tengah baca majalah tadi terus berhenti dan pandang ke arah wawa yg sedang mengalihkan pandangan dia ke arah tv seperti tak nak bertemu mata dengan aku.

"Kenapa wawa tanya mcm tu?"

"Saja , wawa rasa bosan lah duduk mrsm kak ya. Dah la tak dapat jumpa abah umi, abang adi and kak ya selalu bila abah sakit macam ni wawa pun tak dapat nak spent time dengan abah"

Aku makin memandang wawa pelik. Kenapa dah budak ni?

"Takkan sebab tu je kot? Kak ya faham, tapi wawa tak rasa ke nanti umi dan abah yang akan bantah cadangan wawa tu?"

"Itulah tu kak yaya, wawa runsing sangat, wawa sedih la bila wawa lah orang yang terakhir dapat tahu segala berita tentang keluarga kita" wawa menahan sebak.

"Lagipun wawa rasa sunyi sangat duduk mrsm tu walaupun ada kawan ramai" sambung wawa lagi.

"Mungkin ada betulnya juga apa yg wawa cakap. Tapi akak rasa keputusan wawa ni mendadak. Kalau nak bagitau abah atau umi wawa kena bincang dengan dorang elok2 ok?"

Ye for some reason, aku setuju dengan wawa dan kesian, tapi dalam masa yang sama aku juga tak setuju. Memang dari dulu wawa yang tak mahu ke mrsm tapi dia juga lah yang tiba-tiba setuju untuk ke mrsm dengan alasan kawannya ramai ke mrsm yang sama juga.

"Kak ya nanti back up lah wawa boleh?" Wawa memegang legan aku sambil membuat muka comel yang bagi aku tak beberapa comel.

"Ehh no no no no kak ya tak mau masuk campur tu hal wawa, wawa settle sendiri ok?"

"Alah kak ya! Tolong laaaaaa......" Wawa membuat mukanya yg makin comel dengan mata bulatnya lagi.

"Ahhh tengok lah mcm mana! Pandai wawa ye tah mentang akak selalu back up wawa amek kesempatan aje kan budak ni?!" Aku ketuk kepala wawa perlahan dengan majalah yg aku pegang tadi.

"Adoi! Ye lah akak je super women wawa... Hehe"

Aku menjeling dia tajam. Nakal punya budak!

Kami berdua senyum nipis.

"Kak ya, kenapa harini wawa rasa lemah je ye?"

"Kan ? Akak pun wawa. Kita lerih sgat buat apa je? Pelik kan?"

Wawa mengangguk.

*Ding dong* *ding dong* *ding dong* *ding dong*

"Kak ya cuba tengok siapa"

Aku tanpa memikir apa2 terus memakai hoodie yang memang tersedia ada di ruang tamu bersamaan tudung sarung aku. Terus aku keluar dengan berpakaian begitu.

Sabar lah! Jerit hati aku. Nak tekan loceng rumah banyak kali tu kenapa tak faham betul.

Sebelum aku membuka pintu aku berasa tak sedap hati...

"Assalamualaikum" sapa si dia. Siapa lagi kalau Aliff Ridzuan.

"Waalaikumusalam. Ye kenapa?"

"Yaya, awak.. awak kena cepat segera datang ke hospital,abah awak..."

Aku tersentak. Kenapa? Kenapa dengan abah?!?!

"Kenapa?! Abah kenapa?!!"

"I'll explain later in the car awak siap2 sekarang dan panggil wawa sekali!"

Aku terus bergesa ke dalam rumah dan menukar pakaian yang serba boleh selepas memberitahu wawa tentang abah.

Kami berdua bersiap sepantas kilat dan masuk ke dalam kereta Aliff Ridzuan dengan perasaan yang takut dan lemah.. dalam pada itu aku terus terus berdoa dalam hati semoga abah tak apa2. Sambil aku berdoa, air mata aku automatik jatuh dengan deras.

"Abang aliff, abah kenapa?!" Tanya wawa yg juga resah sama seperti aku.

"Sabar ye wawa dan yaya... Abang aliff pun baru dapat tahu dari abang adi yang abah sekarang dekat ward icu abang juga diberitahu tiba2 uncle tenat dan abang kena ambil kamu berdua" jawab Aliff Ridzuan tenang. Tapi dalam hati, dia juga resah.

"Ya allah abah....." Wawa menangis semahunya di belakang aku. Aku yang tak dapat berkata apa2 hanya menunduk dan terus berdoa dalam hati sambil menangis.

Aliff Ridzuan memecut laju bila membawa keretanya. Dia tahu dia perlu membawa dua puteri kesayangan uncle sebelum terlambat.

Tiba di hospital, aku dan wawa terus lari ke ward icu yg dah diberitahu oleh abang adi tadi.

Air mata aku dan wawa tak dapat nak di berhentikan. Aku masih memutuskan untuk berdiam diri sampai lah aku datang ke arah abang adi dan umi. Aku memeluk mereka berdua kuat. Lagi2 umi. Umi sepertinya tidak berhenti nangis juga seperti kami.

Aliff Ridzuan juga sampai ke tempat icu dan bersalaman dengan abang adi tanda memberi semangat.

Aku umi dan wawa teguh menunggu dokter untuk keluar dari wad icu untuk memberitahu yang abah baik2 sahaja sambil memegang tangan umi. Abang adi dan Aliff Ridzuan hanya berdiri menunggu dokter tanpa berbicara dengan harapan dan doa diselit dalam hati masing2.

"Sabar umi.. banyakkan doa umi.." pujuk aku untuk umi. Aku tahu umi paling tak kuat antara kami. Air mata kami terus jatuh bergilir.

Setelah 2 jam menunggu, dokter akhirnya keluar dari ward icu dengan muka yang aku tak dapat nak teka.

Abang adi yang terus ke arah dokter bersama Aliff untuk tahu keadaan abah. Aku umi dan wawa hanya berada dibelakang mereka untuk mengharap berita gembira.

"Maaf adi, saya tak dapat nak bantu..." Kata dokter.

Luluh. Perkataan yang paling aku tak nak dengar dari mulut dokter. Umi rebah. Aku juga rebah. Aku makin tidak sangka dengan apa yang aku dengar. Aku terus menerus nangis teresak tanpa memikir sesiapa kecuali abah. Wawa hanya nangis semahunya sambil memeluk abang adi.

Sekuat abang adi, dia juga telah mengugurkan air matanya.

Aliff ridzuan juga terkejut mendengar berita itu dan tak mampu berbuat apa2 selain mendoakan untuk keluarga mereka kuat menghadapi ujian.

Kami anak beranak berlari menghampiri abah yang tiada lagi senyumannya di bibir, tiada lagi tawanya kedengaran, tiada lagi suaranya yang gembira melihat kami anak beranak.

"Abah... Yaya datang ni" aku hanya mampu berkata dalam hati. Aku tak mampu mengeluarkan suara buat masa ini. Yang aku tahu hanya menangis semahunya.

"Abang.... umi sedih, kenapa abang tinggalkan umi? Umi tak kuat abang.. umi lemah ... Ya allah...." Itu yang keluar dari mulut umi sambil memeluk abah yang hanya terdampar kaku di atas katil hospital dengan mengharap abah akan memeluknya semula seperti selalu.

Kami tiga adik beradik hanya melihat umi dengan perasaan pilu...

"Umi..." Abang adi mengusap belakang umi untuk menenangkannya.

"Kak ya.... Abah dah takde... Abah.... Wawa sayang abah abah... Kenapa abah.... Wawa rindu abah..." Wawa memegang tangan abah yang masih panas.

Aku hanya menangis dan menangis semahunya hingga aku tak dapat berbicara apa2 sambil memeluk abang adi.

Aliff ridzuan yang berda di luar icu hanya dengar rintihan kami sambil air mata jantanya juga gugur. Sungguh keluarga ini begitu tabah menghadapi ujian. Ya allah kau kuatkan lah semangat mereka. Tempatkan lah uncle dengan orang2 yang beriman.

Dari Allah kami datang.. kepada Allah lah kami kembali .

Ku Ingin Kau TahuWhere stories live. Discover now