BAB 6

378 17 0
                                    

   "Jom!" Zamir lantas membuka tali pinggang keledar dan keluar dari perut kereta Ixora miliknya. Aku pun hanya menurut sahaja dan buat benda sama. Pelik aku, Zamir ni dah la tinggal seorang sahaja di KL , keluarganya semua tinggal di Nogori. Adik beradiknya juga tak ramai pun. Tapi beli kereta macam nak bawa satu desa dah kenapa? Ada lah juga aku bertanya dengan Zamir di dalam kereta tadi.

"Zamir, kenapa you beli kereta besar? Wahal you sorang je pakai kan?"

"Yup, I saja beli kereta besar-besar. Because this car is my future. I beli siap-siap untuk famili yang akan I bina satu hari nanti" Zamir menerangkan sambil tersenyum.

Aku cuma angguk je. Sambil tu sempat juga memuji Zamir dalam hati. Bagus juga dia ni, awal-awal dah buat persiapan untuk masa depan. Bagus, ada lah juga ciri-ciri idaman wanita kan? Walaupun kereta itu masih dibayar loan dia masih mampu membayar nya mengikut waktu yang ditetapkan.

Setelah keluar dari perut kereta aku menuju ke lif bersama Zamir. Aku lantas mengeluarkan telefon bimbit aku dan tekan-tekan. Apa aku tekan dan tengok pun aku tak tahu. Bosan! Yela dari tadi kita orang senyap je. Nothing much to say, plus a little bit awkward sebab aku berdua je dengan Zamir. Mana lah aku selesa hmm..

Sebaik sahaja pintu lif terbuka aku dan Zamir melangkah masuk serentak sampai Zamir melanggar bahu aku. Sengaja ke? Apa aku gemuk sangat ek? Aku jeling Zamir tajam. Dia cuma ketawa perlahan. Sampai sahaja di tingkat 1 kami terus munuju ke Parkson dan pergi ke department kasut.

Aku memandang sekeliling. Sunyi je Parkson Subang Parade ni. Patut la boss suruh kita orang ambil stok kat sini. Belambak lagi stok disini. Lepas je kami berjumpa dengan staff di sana, kami terus punggah-punggah stock yang telah di senaraikan dari troli ke kereta Zamir. Dalam 5 kali juga lah kami ulang-alik. Penat der. Nasib baik la kereta Zamir muat, kalau kereta aku hmm alamatnya memang sampai ke bumbung kereta lah aku susun. Habis sahaja punggah stok, aku dan Zamir terus ke Gloria Jean's Coffee untuk merehatakan tulang-tulang yang dah patah sebentar tadi. Aku menikmati kopi yang dari tadinya panas je. Bila nak sejuk entah. Zamir ni pun bosan lah tak terasa nak ajak sembang ke dia ni? Dari tadi senyap tak nak cakap. Bisu ke apa entah. Kalau kat tempat kerja kemain mulut dia macam bunyi kompang.

"Zamir, are you okay? Sejak bila suka bagi I silent treatment ni? Senyap memanjang, bosan la" aku pandang tepat ke arah dia. Dia cuma mengeluh dan pandang aku semula. Apahal mengeluh? Aku ada buat salah ke?

"Aliya, there is something disturbing my head since this lately"

Okay aku dah cuak. Jangan cakap dia gila sudah!

"What is it?" tanya aku.

"Hmm , tapi janji dengan I, you wont be mad okay? And I nak you still accept me for what I am" Zamir pandang tepat ke aku.

Dasyat. Jantung aku dah dup dap dup dap ting tong dah ni.

"Okay, In Shaa Allah, just shoot it"

"Well um, actually...... its been awhile.. i like you Yaya"

Terbeliak mata aku! Aku terus letak cawan kopi yang aku pegang dari tadi. Weh aku mimpi ke?? Boleh tak aku nak celup jari aku dalam kopi yang panas ni? Supaya aku sedar yang aku masih di realiti!

"Aliya, I know this sounds crazy , but I memang dah lama suka dekat you. I always wanted to steal a time and just to be with you like now. I tak sambung belajar pun because of you. I want to be with you always. I'm sorry yaya. I tahu I tak patut ada perasaan mcm ni antara kita, tapi I tak boleh nak pendam dan simpan seorang-seorang. Atleast now you dah tahu, tu pun dah buat I rasa lega"

Aku cuma diam. Batu, kayu, cendawan, pokok, duri, daun, ranting semua aku dah jadi dari tadi. Aku pandang bawah je. Tak berani nak pandang muka dia. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Cepat sangat la aku rasa. Tapi apa yang cepat? Aku kenal dia dari kami umur form 5 lagi. I know him well and so do he. Aku nak cakap apa ni? Ya allah berikanlah aku kekuatan...

"Yaya.. I faham kalau you tak nak cakap dengan I sekarang. Tapi i really does like you, I want you to be my girl and forever will be. Instead i...." Zamir menghentikan kata-katanya, aku cuma pandang dan menunggu ayat sambungannya. Instead i what? What Zamir?! Aku menjerit di hati.

'Ah tak mungkin aku akan bagitahu dia yang aku ada niat nak kahwin dengan dia. Its too early Zamir. Jangan buat dia benci kau. Tak salah kau dengan dia just kenal-kenal dulu walupun aku dah lama kenal dia. No Zamir no' kata Zamir dalam hati sambil memejam matanya. Lantas dia membuka matanya dan berkata "Nothing".

Aku menghembus nafas lega. Ingat dia nak cakap yang dia dah jumpa abah masuk minang n ada niat nak kahwin dengan aku! Oh noooo nasib baik tak. Aku penjam mata. Cair, pedih, sakit. Entah la mana satu yang aku rasa. Mampu ke aku bercinta ngan kawan baik aku sendiri yang aku kenal dari tingkatan 5 ? Nak masuk berapa tahun entah aku kenal dia.

"Yaya, can you just answer me?"

Aku gagahkan kepala aku untuk memandang Zamir.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya untuk mencari kekuatan. Lalu aku hembus macam aku pikul 1000 beban di bahu.

"A..Zamir...entah la. I dont know what to say anymore doh. I tak tahu pun selama ni you... Emmmm. I tak tahu nak ckp apa ni Im speechless. I tak boleh nak bagi jawapan sekarang but I hargai perasaan you tu. Cuma I nak minta maaf awal-awal kalau I tak boleh balas balik apa yang you rasa terhadap I. Perasaan orang tak boleh dipaksa Zamir. I harap you faham" aku menundukkan kepala aku, tenung kopi yang dah sejuk. Hm..

Zamir mengeluh.

"Its okay sunshine, take your time. I akan selalu tunggu you okay? I faham and I takkan paksa. But we still be friends right?" Zamir pandang aku risau macam takut betul aku kata 'no'. Aku mengigit bibir. Cairnya dia panggil aku sunshine. Maknanya selama ni betul lah aku yang dipanggil sunshine olehnya. Shine sgat ke aku ni? Huhu

"Pftt, ofcourse we are! Still friends and I akan cuba tolak tepi perasaan yang you ada dekat I selama ni and we will act like usual okay?" aku senyum paksa.

"Yeah.. But I akan selalu tunggu jawapan you no matter how long it takes" Zamir pun senyum. Aku dapat lihat dari sudut senyumannya itu, dia seperti terpaksa. Seksanya perasaan dia sekarang ni tuhan je tahu.

"Um dah la jom balik, dah mahgrib dah ni" aku tukar topik. Lama-lama dengan topik ni boleh gila aku.

"Eh? Tadi you kata nak shopping bagai?"

"Err.. Tak jadi lah Zamir, so tired already. Need a lot of rest for my broken bones"

Lantas aku bangun dan mencapai handbag disebelah kerusi yang aku duduk tadi dan berganjak.

"Baru nak dating" Zamir berkata perlahan selepas aku berganjak. Tapi aku masih menangkap suara Zamir cakap begitu. Nak je aku hempuk dia dengan handbag aku.

"I heard that" aku menjerit sedikit tanpa menoleh ke belakang dan aku jalan dengan laju, biar dia kena tinggal! Eh tapi...... Aku pun tumpang kereta dia kalau aku tinggalkan dia aku nak naik apa?? Eee tak boleh tak boleh! Aku pun menoleh ke belakang secara tiba-tiba aku hampir terlanggar badan sasa Zamir sehingga membuatakan badan aku kurang keseimbangan dan aku hampir sahaja terjatuh di lantai. Zamir lantas menarik lengan aku. Dekat muka aku kepadanya. Ah sudah! Rapatnya! Aku tenung Zamir kejap, dan dia pun tenung aku. Eish, tak boleh jadi ni, takkan la aku nak berlakon sinetron percuma dekat tengah-tengah shopping mall Subang Parade ni? aku lantas menarik lengan aku dan berkata sorry ke Zamir. Tapi Zamir cuma balas

"Takpe, lain kali brek tunjuk lah signal dulu eh?"

MALU! Almari ada almari? Weh dasar shopping mall tak ada almari! Cuba kalau majoriti pengunjung ke sini pemalu macam aku yang sikit-sikit nak nyorok dalam almari? Tak ke nianya? Aku nak aje pergi kaunter informasi dan isi borang pendapat dan letakkan dalam suggestion box mereka. Eeee !!! Aku terus jalan menuju ke lif.

Reaksi Zamir? SENGIH SAMPAI KE TELINGA. SUKA LAH TU!

Ku Ingin Kau TahuWhere stories live. Discover now