BAB 11

335 16 0
                                    

   "Morning ibu! Masak apa untuk breakfast ni? Sedap bau" kata Aliff Ridzuan kepada ibunya Datin Sri Khadijah.

"Lah anak ibu ni, ibu masak biasa aje. Yang kamu ni excited semacam kenapa angah? Dah ada menantu baru untuk ibu?" balas Datin Sri Khadijah sambal tersengih manja.

Ibu ni, excited salah, sedih salah ni lah soalan yang akan ditanya oleh ibu dan ayahnya setiap hari yang harus dihadapinya! bosan aku! Dengus Aliff Ridzuan geram!

"Ibu, orang excited pun salah ke? Tak habis-habis dengan menantu baru bosan lah angah dengar. Apa menantu ibu yang sorang tu tak wujud? Kesian suami along" kata Aliff Ridzuan mengingatakan tentang satu-satunya kakak yang dia ada Kak Alin. Kakaknya yang kini sudah 4 tahun mendirikan rumah tangga , mereka juga dah lama tinggal di rumah mereka sendiri di Damansara bersama suami tersayang, Abang Yusof.

Aku bukan marah apa. Mampu ke aku kahwin lagi setelah aku ditinggal oleh bekas isteri lama aku, Dahlia? Terimbau kembali waktu-waktu zaman kuliah yang sudah dua tahun aku tinggalkan.

"You, please lah terima I, I janji we will make this through together. I boleh tanggung semua makan minum dan keperluan you. Even untuk future kita nanti trust me" kata Aliff Ridzuan kepada Dahlia, teman istimewa perempuannya waktu di kampus yang berada di Amsterdam.

"I know niat you baik sayang. Tapi I tak boleh terima sebab family I tak suka dengan you" ajuk Dahlia.

"Tapi it doesn't stop me to loving you. You are my fate" Aliff Ridzuan masih je tidak mahu mengalah dengan gadis yang berada di hadapannya ini. Lawa orangnya. Rambutnya lurus, pakaian? Tidak usah cerita lah, mana-mana lelaki tengok pun pasti akan terliur juga. Tidak sangka aku akan berjumpa dengan orang Malaysia di kampus Amsterdam ni. Walaupun Dahlia mengambil lain course dengan aku, kami sempat juga berkenalan apabila kami tak sengaja bertembung untuk mendaftarkan diri. Dahlia, dah la lawa, comel , mengada orangnya, anak orang yang berada. Tapi bukan semua tu yang dipandang oleh Aliff Ridzuan. Apa yang istimewa terhadap perempuan ini? Dia mampu membuat aku lupa dengan segala masalah aku selama aku di Amsterdam. Dia selalu membantu aku menyiapkan assingment. Matanya yang sedia kala bewarna coklat cair menambahkan lagi perasaan suka kepada Dahlia. Tak kurang juga dengan Dahlia yang sering membantu aku dari segi kewangan. Bukan aku tidak mampu, aku lebih dari mampu, cuma kadang Dahlia yang sering menawarkan duitnya ke aku. Sudah banyak kali aku menolak, tapi, dia tetap sahaja berdegil memberi aku wang, katanya dia jarang berbelanja di sini dengan terpaksa, aku pun menerima sahaja lah pemberian dia. Tetapi apabila aku mahu bernganjak kepada a whole new step untuk mengahwini gadis di hadapannya waktu itu, mula lah dia memberi aku alasan yang mungkin bagi aku di waktu ini logik juga.

Cinta aku kepada Dahlia seperti cinta terhalang pada waktu itu. Ibu bapa mereka menghalang Dahlia kahwin kerana mereka masih muda. Baru umur 22 tahun. Gila betul apa yang aku pikirkan waktu itu. Kisah antara kami seperti drama melayu yang cliché. Tapi aku yakin dengan kata hati aku bahawa Dahlia ialah satu-satunya wanita yang mampu buat aku bahagia. Mungkin logik juga yang perasaan suka di tolong oleh perempuan mampu membuatakan hati nurani lelaki tu sering bedebar. Mungkin juga dengan kemeseraan Dahlia membuatkan aku selesa Bersama dia. Apakah dia sorang sahaja lelaki yang merasa seperti ini atau semua lelaki lumrahnya sebegitu?

Aku tidak pasti apa yang aku rasa waktu aku dapat tahu bahawa ibu bapa Dahlia merestui hubungan kami selepas empat bulan memaksa Dahlia memujuk orang tuanya. Tidak sangka dengan aku memaksa Dahlia, akhirnya berjaya juga. Walaupun aku tahu sangat yang ibu bapa Dahlia pernah membencinya sebab terlalu tergesa membuat keputusan. Dan bagi ibu bapa Dahlia aku seperti tanah yang pantas dipinjak, yalah aku cuma anak orang biasa sahaja kerana pada waktu itu, ibu bapa aku belum mendapat pangkat lagi. Yang pasti, ibu bapa aku sedang mengusahakan syarikat mereka dan Alhamdulillah syarikat mereka sedang di ambang kejayaan. Mungkin aku terlalu memaksa? Keegoan lelaki aku pada umur yang begitu muda ini sangat drastik. Mungkin masih dalam proses kematangan. Sebab itu ego aku tinggi kadang-kadang. Tapi bila dengan Dahlia? Aku menjadi lemah. Dahlia selalu menggoda aku dengan pandangannya. Dengan lenggok badanya. Dan paling aku suka cara dia berpakaian. Bagi aku pada waktu itu ada lah kebiasaan sepasang mata yang aku ada semenjak aku belajar di Amsterdam. Melihat perempuan pakai seksi sini sana. Dah menjadi sebati di hidup dah pun. Aku menjadi gila bayang kepada Dahlia sejak dia banyak membantu aku di Amsterdam. Kadang tu kami berada di satu hostel berduaan untuk menyiapkan assingment. Waktu itu, kami tertidur sambal memnbuat assignment masing-masing. Walaupun aku cuma tidur di sebelah Dahlia dan tidak berbuat apa-apa. Aku seperti tidak tenang selepas kejadian itu. Sebab itu juga lah aku mengajak Dahlia kahwin. Aku seolah-olah yakin kepada diri sendiri yang aku mampu tanggung anak dara orang. Gila bukan?

Ku Ingin Kau TahuWhere stories live. Discover now