BAB 8

348 18 0
                                    

"Encik Aliff, Tan Sri akan adakan mesyuarat tentang tapak yang akan dibina dekat Taiping sekejap lagi dalam pukul 5 macam tu." Kata Alia pembantu peribadi Aliff Ridzuan. Alia memandang Aliff Ridzuan lama. Mengharap Aliff Ridzuan pergi ke mesyuarat itu. Boleh lah dia melihat muka Aliff Ridzuan lebih lama lagi. Alia yang sudah bekerja di sana selama 2 tahun setengah itu memendam rasa suka terhadap majikannya sepanjang dia kerja disana. Siapa je tak suka kepada anak teruna Tan Sri Khalid ni? Badannya sasa. Orangnya penyanyang pelawak juga kadang. Cukup pakej la kiranya! Alia memuji majikannya dalam hati.

"Aliiaaaaaaaaa???????" tanya Aliff Ridzuan apabila dia melihat Alia senyum seorang diri.

Alia tersentak apabila dipanggil oleh majikannya itu.

"Ye encik? Maaf"

"Tak apalah. Awak nanti tolong bagitau Tan Sri saya tak dapat datang mesyuarat tu ye. Saya nak jumpa client di luar"

"Tapi encik, perjumpaan client di luar tak ada pula dalam jadual encik" Alia membantah.

Aliff Ridzuan memandang Alia pelik. Membantah pula minah ni siapa boss? Tanya Aliff Ridzuan dalam hati. Begitu stress dia harini sebab terlalu banyak bekerja. Aku perlukan rehat. Memandangkan Adi sudah mengajaknya keluar, Aliff Ridzuan pun setuju sahaja. Jadi dia terpaksa menipu Alia untuk mengelak mesyuarat yang ayahnya buat.

Aliff Ridzuan mengangkat keningnya tanda jangan melawan ke arah Alia. Alia yang begitu mengerti dan dia cuma mengangguk sahaja. Tak berani dia melawan majikannya itu. Namun dalam hati alia dah remuk sangat. Lantas dia berlalu pergi.

Aliff memandang gerak langkah Alia sehinggalah Alia menutup daun pintu. Dia lantas mengusap mukanya. Letih betul harini, banyak sangat kerja sampai tak ada masa nak rehat. Sedang dia tenung skrin laptopnya, telefon Aliff Ridzuan berbunyi. dia melihat di skrin telefon dan memandang pelik, ayah?

"Assalamualaikum yah"

"Waalaikumusalam, Aliff, kamu kenapa tak pergi ke mesyuarat yang ayah buat? itu projek besar kita yang tak boleh kita lepaskan" Tan Sri Khalid lantas menembak anaknya dengan soalan bertalu-talu sebaik sahaja anaknya mengangkat panggilan darinya.

Cepatnya ayah tahu? seloroh Aliff Ridzuan dalam hati.

"Ayah orang ada client nak jumpa di luar" tipu Aliff Ridzuan.

"Client mana pula?"

Aliff Ridzuan terkedu tak tahu nak jawab client mana.

"Aliff kamu jangan tipu ayah, because I know you well. Kamu nak jumpa kawan kamu kan?" tepat sekali tekaan ayahnya. Begini lah selalu kalau Aliff Ridzuan menipu ayahnya pasti ayahnya akan bau juga!

"Hehe ayah, maafkan anakda, anakda cuma perlukan rehat sekejap sahaja ayah. Lagipun kan mesyuarat tu ayah dah ada jadi wakil, jadi serupa je Aliff tak pergi. Maaflah yah, anakda mu ini betul-betul letih sejak kebelakangan ini. Entah lah kenapa" Aliff Ridzuan menggunakan ayat baku dia supaya dapat menyejukkan hati Tan Sri Khalid.

"Hesh kamu ni, itulah sibuk sangat buat kerja yang bukan kerja kamu tu kenapa? Pekerja-pekerja kita kan ramai Aliff? kenapa tak suruh mereka je? kamu ni pun satu, sibuk sangat pun tak boleh juga, bila nak kahwin?"

Aduhhh ayahnya sudah memulakan ceramah percuma dia, tambahan lagi dengan solan cepumas yang dia bagi hampir setiap hari Aliff Ridzuan kena hadap. Tidak di pejabat, di rumah pun dia kena. Lagi-lagi di rumah, ibu pasti akan soalkan benda yang sama.

"Ayah.. we talked about this many times right? kenapa semua benda ayah nak campur dengan soal kahwin ? nnti ada jodoh nnti Aliff kahwin la.." Aliff mengeluh, dah la letih, penat segala ayahnya boleh menanyakan soalan cepumas itu.

Ku Ingin Kau TahuWhere stories live. Discover now