"bro...." Piqah memeluk aku erat sebaik sahaja dia tiba di rumah aku.
Malam yg sunyi dan sepi pada harini di hadiri ramai tetamu. Family belah abah, family belah umi, sedara mara, kawan rapat abah, semua datang pada masa yang sama untuk abah. Tapi kali ni mereka semua datang dengan perasaan yang pilu. Terkejut mendengar berita abah sudah pergi meninggal kami semua.
Aku membalas pelukkan piqah tanpa berkata apa. Air mata aku dah kering. Aku tak larat lagi nak nangis. Piqah memeluk aku lama. Seperti memberi seluruh tenaga untuk diberi kepada aku. Aku hanya membalas pelukkan itu tanpa berbicara.
"Bro... Takziah... Kau kena kuat... Demi abah kau..."
Aku melepaskan pelukkan piqah tadi dan menghadap mukanya. Sungguh apa yg aku mahukan sekarang adalah nangis semahunya. Aku sangka kan aku dah tak boleh nangis lagi, tapi aku kalah. Aku kalah dengan ayat piqah.
"Piqah... Abah... Dah tak ada.... Aku tak kuat....." Air mata aku jatuh deras yg amat kali ni. Akhirnya aku bersuara juga untuk malam ni. Dari ke hospital hingga ke rumah aku tidak berbicara dengan sesiapa selain umi, abang adi dan wawa tapi tu pun aku hanya bercakap sepatah dua.
Piqah yang tak tahu nak buat apa terus memluk aku semula. Kesian dengan ujian yg kawan rapatnya dapat ni. Sungguh Allah itu maha mengetahui dan maha berkuasa.
Tetamu yg datang ke rumah kami tidak putus2 untuk membaca yassin kepada abah. Ada tetamu yg juga nangis dan sebak. Aku melihat tetamu2 yang datang dari ruangan dapur. Sayang sekali aku tak dapat join semua membacakan tahlil untuk abah atas sebab2 yang semua perempuan tahu.
Ramai tetamu yg sepertinya aku kenal. Kawan rapat aku, Piqah dan Zamir juga datang. Kawan2 abang adi termasuklah Aliff Ridzuan datang bersama keluarganya. Aliff Ridzuan masih gigih berada di samping keluarga kami. Dia lah yang teman abang adi uruskan segala benda dari hospital, ke tanah perkuburan dan skrng ke tahlil. Sampaikan dia juga sempat mandi di rumah kami dan pakai baju melayu abang adi.
Aku yang berada di dapur menghidangkan dan susun apa yang patut untuk tetamu. Sungguh, hati aku sangat hiba mengingatkan abah yang pergi secara tiba2.
Mesti semua pelikkan kenapa suddenly abah pergi mcm tu je? Waktu aku dan wawa berada di rumah umi memang diberitahu oleh dokter yang abah punya darah abah rendah. Jadinya umi dan abg adi teman lah abah di hospital sepanjang hari tu. Aku juga diberitahu sebelum kejadian abah masuk wad icu, abah elok je, masih kental bersembang dengan umi dan abg adi. Tiba-tiba abah rasa sakit dan pening. Tanpa membuang masa, umi dan abg adi terus memanggil dokter dan abah dimasukkan ke dalam wad icu. Itulah yang diberitahu abang adi kepada aku dan wawa tadi.
Masing-masing dalam keluarga aku merasa kehilangan yang amat sangat. Mana tak nya semua rapat dengan abah. Sampai kan umi tanya kami adik beradik waktu di tanah perkuburan.
"Anak-anak umi, umi dah jadi isteri dan ibu yang baikkan untuk abah?" Bergelinang air mata kami bila umi tanya sebegitu.
Abang adi pula nampak tenang menguruskan jenazah abah. Dia juga yang mandikan abah, menolong kafankan abah sehinggalah membawa abah ke liang lahat. Tapi dalam hati abang adi, kami semua tahu begitu luluhnya hati dia walaupun dia tak tunjuk.
Keadaan aku pulak masih sama. Aku memutuskan untuk berdiam. Nangis...nangis... Dan nangis sahaja. Aku sampaikan tidak tahu nak berbicara apa. Aku masih terkejut dengan pemergian abah.
Keadaam wawa pula yang paling sedih aku rasa. Dah la dia jarang sangat berjumpa dengan kami sekeluarga. Tahu2 bila abah dah meninggal, lagi luluh hati wawa. Tapi aku tahu wawa tak akan menyesal dengan pemergian abah, sepanjang wawa balik dari mrsm, wawa lah paling banyak spent time dengan abah. Tapi tipulah kalau dia masih tak rasa puas.
YOU ARE READING
Ku Ingin Kau Tahu
RomanceSinopsis Nur Amiera Aliya berumur 19 tahun, berasal dari keluarga yang begitu sederhana. Nama yang penuh makna, tetapi perangai hampeh. Dia juga membesar dengan dua adik beradiknya yang sangat menyayanginya dan dicintai oleh kedua ibu bapanya. Aliya...