"umi apa ni umi... Kenapa kita kat sini.........." Mengeluh aku panjang ke umi. Yelah mana tak mengeluh! Tiba2 aku dipaksa datang ke rumah mamat gila tu. Dah la tu satu keluarga aku kena pergi!
"Ish jgan nak mengeluh la kamu ni yaya! Apa salahnya datang ke rumah mereka. Dah mereka ajak kita kena datang tak ingat ke waktu abah meninggal siapa yg banyak tolong kita?"
Aku terdiam. Memanglah mamat tu yg tolong tapi........ Huaaaaaa. Jerit dalam hati aku.
Selesai abang adi memakir kereta, kami berempat semua turun dari kereta dan berjalan ke arah pintu rumah mamat tu.
*Pap*
*Aduh! Sakit la!" Jerit aku kecil. Abang Adi memukul aku dengan sengaja.
"Ha tahu pun sakit jgan nak banyak bunyi org dah ajak tu kita pergi je lah nak bising je kerja kamu ni yaya" kata abang adi sambil memberi jelingan tanjam.
Ni semua sebab abang adi. Aku teringat waktu abang adi tiba2 membuka bicara waktu kami berempat makan malam.
"Ehem... Umi... Tadi Aliff ada call Adi. Dia menjemput kami semua datang ke rumah dia untuk makan2 sikit"
Umi memandang abang Adi pelik. Aku dan wawa lagi lah pelik.
"Makan2? Ada kenduri ke adi?"
"Eh tak, bukan kenduri, macam makan2 biasa je. Dorang ajak keluarga kita pergi sana. Katanya datin sri tu saja nak menjemput"
"Alhamdulillah... Baik datin sri tu kan? Bila kita nak perginya?"
"Ikut umi lah mereka tak kisah pun"
"Kiteorg pun kena pergi ke abang adi?" Tanya wawa.
"Ha ah semua kena pergi sbb dia ajak kita sekeluarga" abang adi senyum ke arah wawa.
"Takleh, Yaya busy. Kerja" jawab aku ringkas pula sambil menyuap makanan yg umi masak di dalam mulut.
"Kita pergi waktu yaya free lah?" Jawab umi.
"Yaya tak amek cuti minggu ni"
"Minggu depan?"
Erk. Mati aku, apa alasan lagi yg aku nak bagi ni...
"Eh? Bukan yaya bagitau kat tempat yaya dah ada permanent baru ke? Takkan lah yaya takleh amek cuti?" Tanya abang adi.
Hmm. Mati lah aku.. menyesal aku bagitau abang adi tentang fatin si permanent baru tu!
"Cuti jela kak yaya...." Jawab wawa selamba.
Aku cubit lembut peha wawa yang duduk di sebelah aku.
"Tengoklah macam mana............" Ngeluh aku.
Dan.... Disini lah aku berada. Dari perjalanan nak ke sini aku tak habis2 bebel. Smpai lah nak ke pintu rumah mamat tu. Rumah dia besar sangat.. aku pelik betul rumah besar2 ni. Nak pergi mana rumah besar2 ni? Sunyi!
"Yaya, behave k?" Tegas abang adi.
"Tahulah yaya. Ingat yaya ni kucing ke?" Jeling aku ke abang adi.
Wawa dan umi hanya senyum sinis je ke arah kami berdua.
Setelah memberi salam, kami disambut baik oleh keluarga Aliff. Lagi2 Datin sri. Seronok betul dia menyambut kami semua. Siap peluk2 lagi dengan umi. Kemain....
Aku menyalam datin sri sambil memberikan senyuman manis, begitu juga wawa. Aku juga memberi senyuman dan tundukkan kepala aku sedikit ke tan sri tanda hormat. Tapi senyuman aku mati sampai sahaja pandangan aku ke arah...... Siapa lagi kalau bukan mamat tu.
YOU ARE READING
Ku Ingin Kau Tahu
RomanceSinopsis Nur Amiera Aliya berumur 19 tahun, berasal dari keluarga yang begitu sederhana. Nama yang penuh makna, tetapi perangai hampeh. Dia juga membesar dengan dua adik beradiknya yang sangat menyayanginya dan dicintai oleh kedua ibu bapanya. Aliya...