BAB 16
"bye piqah, tak sangka dah hari terakhir dah kau kat sini kan? Aku akan merinduimu cinta!!" Shafiqah dah pun menghabiskan hari-hari terakhirnya bekerja dengan kami smeua. Aku, biasalah dengan drama air mata yang tak habis-habis. Saja je kenakan bff aku sorang ni.
"ahh tak payah nak buat drama lagi ek. Nanti ada hari aku jenguk la kau dengan Zamir kat sini ok? Korang kerja elok-elok eh dengar cakap bang Khai. Mengamuk kang orang tua tu"
"baik boss" aku dan Zamir balas serentak.
"thanks ah korang belanja makan lepas ni takde siapa dah nak belanja aku makan huaaaaa" Piqah memulakan air mata drama dia pulak.
Aku dan Zamir hanya mampu menjeling sesama sendiri. Tetibe je minah ni meroyan, patutnya kita lah yang meroyan betul tak?
"ah dah lah kau, nanti kau dah kerja sana, gaji masyuk, kau lah belanja kiteorg pulak" kata Zamir selamba.
"yee jangan risau, aku akan belanja korang punya lah confirm!"
Kami bertiga hanya senyum je lepas Piqah cakap macam tu.
"haaa, korang dua ekor ni apa cerita?" tanya Piqah memecahkan kesunyian.
"hah? Apa cerita apa?" aku blur kejap.
"korang berdua lah. Kemain sakan aku tengok mesra-mesra sejak kebelakangan ni? Kalau dah suka sama suka tu, together jelah.... Tak payah tangguh"
"ey, apa kau merepek ni? Mana ada kiteorg mesra! Kan Zamir?" aku memandang Zamir tajam supaya dia tidak meyokong kata-kata Piqah.
"entah kau ni Pikachu. Celah mana tah kiteorg mesra?" Zamir terus dapat menangkap tindakan Yaya.
"eleh, sudah lah korang. Belakon dengan aku konon, aku tumbuk biji mata korang tahu lah kan? Tak payah nak acah dengan aku" kata piqah mengugut.
"kau kalau nak tumbuk, tumbuk Zamir sorang je, aku jangan, I am the victim in this case" bela diri aku sambil gelak jahat.
"tak payah disuruh lah, memang aku akan tumbuk dua dua ekor sekali" Piqah pula yang ingin menang.
"dah la ada-ada je korang berdua ni. Jom lah balik. Dah malam. Aku hantar korang berdua balik jom"
Kami bertiga pun langsung ke parkir kereta dan berlangsung pergi. Seperti biasa, jika kami bertiga satu kereta dan Zamir yang drive, selalunya dia akan hantar Piqah dulu. Maklumlah rumah Piqah sampai dulu baru rumah aku.
Selepas menghantar Piqah ke rumah, Zamir terus mengambil peluang untuk bersembang dengan aku. Yela dari tadi aku dan Piqah je asyik bersembang dalam kereta Zamir.
"so... how was today? You seronok tak?" tanya Zamir lembut.
"haruslah seronok! Thanks Zamir belanja kiteorg berdua. Im surely going to pay you back okay?"
"eh.. tak payah, its my pleasure. Tapi kalau you nak bayar balik make sure kita pergi makan berdua ajelah lepas ni, sound good?"
"eww no...hahaha gurau.. ofcourse lah boleh you kan kawan I takat nak belanja balik apa lah sangat"
Aku senyum biasa menandakan aku memang ikhlas nak belanja dia esok lusa atau lain hari.
"so.... You still anggap I kawan you jela ni ?" Zamir bertanya kosong.
"hah? Apa maksud you?" aku dan otak blur aku masih tak boleh dipisahkan.
"yah.. maksud I kita still in terms of 'kawan' biasa jeke bagi you after all this things happen?"
YOU ARE READING
Ku Ingin Kau Tahu
RomanceSinopsis Nur Amiera Aliya berumur 19 tahun, berasal dari keluarga yang begitu sederhana. Nama yang penuh makna, tetapi perangai hampeh. Dia juga membesar dengan dua adik beradiknya yang sangat menyayanginya dan dicintai oleh kedua ibu bapanya. Aliya...