BAB 12

347 16 0
                                    

 Di awal pagi lagi Aliya sudah memandu keretanya ke bengkel. Dia amat berharap agar keretanya tidak rosak di tengah jalan. Kereta Honda Aircord miliknya bukan boleh jangka sangat.

"Fuhh terima kasih kerana bekerjasama" Aliya ketuk-ketuk perlahan bumbung keretanya sebaik sahaja sampai di bengkel Peter. Servis pak cik cina tua dalam lingkuan 50-an itu sangat digemari oleh Aliya. Uncle Peter juga salah satu rakan baik abah. itu yang Uncle Peter sangat friendly and senang nak tawar-menawar.

"Ahmoi , what happen lagi with your car ah?" tegur Uncle Peter yang baru sahaja keluar dari ofisnya. Uncle Peter tahu benar selok belok kereta Aliya. Maklumlah dah jadi pelanggan tetap. Kadang Abang Adi pun hantar keretanya ke sini. Slang cina Uncle Peter itu juga sudah sebati dengan pendengaran Aliya.

"Aiyoo uncle, this car bikin masalah lagi lah uncle. And this time I tak tahu problem ni. can you check for me?"

"Of course lah uncle will check for you, its my job what..."

"Okay uncle, you check lah, sebab this few days the car tak nak start as what it used to be lah uncle"

"Ya kah? Okey okey uncle check dulu, you duduk dulu ah.."

"Okay Uncle Peter!"

Sebaik sahaja Uncle Peter berkata sebegitu, aku berganjak dari tempat yang aku berdiri tadi untuk memberi ruang kepada Uncle Peter membaiki kereta aku. Aku mencari ruang duduk yang disediakan khas untuk pelanggan Uncle Peter dalam bengkel itu. Aku duduk dan lantas memasang earphone aku untuk mendengar lagu sambil surf internet di telefon aku. Agak lama juga lah aku menunggu Uncle Peter cari masalah kereta aku. Aku melihatnnya kejap ke tempat memandu menekan brek dan minyak. Kejap kedepan untuk melihat enjin dan segala bagai yang di dalam but depan kereta itu. Sedang leka aku melihat Uncle Peter, tiba-tiba je aku melihat sebuah kereta bmw sedang memasuki perkarangan bengkel Uncle Peter dan berhenti di belakang kereta aku. Manusia yang berada di dalam itu langsung hon ke arah uncle peter. Terkejut beruk aku dan Uncle Peter dibuatnya. "Eee apa jelah orang tu, no manners betul!" jerit aku kecil sambil mengurut dada yang terkejut tadi. Aku lantas menarik earphone aku dan simpan di dalam beg kecil aku. Aku menuggu je masa tengok manusia yang di dalam kereta itu keluar. Uncle peter cuma tenung je pintu kereta bmw putih itu dari jauh.

Sebaik sahaja orang yang di dalam kereta itu keluar... Aku terlopong! This guy.......... What is he doing at here????? Menyampahnya!!!! Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan aku ke arah lain dan buat-buat main telefon. Entah apa entah yang aku tekan! Aku menangkap juga perbualan antara dia dan Uncle Peter.

"Uncle, my break lampu kereta dekat belakang is not working lah. Cuba you tengok" kata Aliff Ridzuan. Sambil-sambil itu dia mengalihkan pandangan ke sekunjur tubuh yang sangat dia kenali di ruang menunggu bengkel Uncle Peter. Dari dalam kereta lagi dia dah nampak Aliya. Seronoknya dia kerana tak sabar membuli gadis itu.

"Ohh ya kah? Okay okay i check for you. You duduk dulu ah" kata Uncle Peter .

"Okay uncle"

Aliff Ridzuan melangkah ke arah gadis yang bertudung maroon itu. Sangat kena dgan kulitnya , walaupun pakaiannya simple, berseluar trek dan t-shirt lengan panjang, tetap sahaja cantik di matanya. puji Aliff Ridzuan dalam hati. Sampai sahaja di sebelah gadis itu, Aliff Ridzuan melabuhkan punggungnya di sebelah kerusi Aliya.

'Kenapa dia mcm tak perasan aje kehadiran aku?' kata hati Aliff Ridzuan.

Apahal entah mamat ni duduk sebelah aku?! Semak la! Chill Yaya, chill. Kau buat-buat je tak kenal dia, tak nampak dia dan dia tak wujud. Act normal! Aku terus tekan ke home screen telefon bimbit aku dan mencari game yang sering aku main. Apa lagi kalau bukan Flappy Bird? Game yang sangat famouse pada abad ini. Game yang boleh membuatkan orang bengang tanpa sebab.

Ku Ingin Kau TahuWhere stories live. Discover now