BAB 10

340 26 1
                                    


"Yaya, bangkit lah" kejut Abang Adi keras. Di goncangnya Aliya tetapi tetap sahaja tidak bangun. Adi tidak mengalah dan terus menerus menampar pelahan pipi adiknya itu. "Pengsan ke budak ni??"

Aku sedang dibuai mimpi yang mulanya aku dengan Shafiqah mahu ke satu lorong entah di mana. Aku cuma mendengar Piqah bercerita entah pasal siapa dan apa. Aku hilang fokus pendengaran apabila aku tiba-tiba sahaja melihat susuk tubuh yang sasa sedang memandang ke arah aku di hujung lorong yang tidak beberapa jauh dari aku dan Shafiqah. Aku menundukkan wajah aku tapi hati meronta-ronta mahu memandangnya. Lalu aku gagahkan juga untuk memandang lelaki yang begitu kacak orangnya dengan kaca mata hitam. Begitu kacak sekali. Dia sedang berada di atas motor untuk menghidupkan enjin motornya. Sambil itu lelaki itu juga melihat ke arahku yang semakin menghampiri. Makin dekat... Makin dekat... Lelaki itu tiba-tiba senyum melorot ke tepi tepat ke arah ku. Aku yakin walaupun aku tidak nampak anak matanya di balik cermin mata hitam itu, tapi aku dapat merasa seolah-olah pandangan dia menusuk ke hati ku. Oh cairnya... Handsomenya mak aihhhh. Setelah lelaki itu berjaya menghidupkan enjin, dia lantas berlalu pergi dan jalan di hadapanku dan Shafiqah. Mata lelaki itu seperti tidak lengkang dari memandang aku. Aku begitu yakin. Aku melihat dia semakin jauh ke arah belakang ku sehinggalah aku tidak nampak langsung bayangan dia. Aku terpukau betul dengan pandangan dan senyuman dia tadi. Kenapa handsome sgat....... Piqah pula? Cuma bercerita entah dah bab keberapa aku terlepas. Aku melihat Piqah tiba-tiba senyap dan memanggil aku berulang-ulang kali. Disuruhnya aku bangkit. Aik? Apa yang bangkit? Dia nak kata aku cuma berangan ke tadi? Aku hanya tidak mampu berkata apa-apa dari tadi sehingga lah Piqah menampar pelahan pipi aku. Ish rimas !! Aku merasa seperti Piqah menampar aku lembut tapi begitu laju. Semakin dia menampar selagi itu aku dapat rasakan kesakitannya.

"Yaya!!"

Aku lantas membuka mata aku setelah aku mendengar suara Piqah macam suara Abang Adi. Aku mengesat-ngesat mataku dan aku mengambil masa dalam seminit juga untuk tersedar yang aku masih di kereta mamat tu! Aku menguap besar dan mengeliat sambil itu aku melihat sekunjur tubuh di hadapan kaki aku. Abang. Dan dibelakang tubuhnya aku melihat rumah kami. Lah dah smpai rumah rupanya. Abang memandang aku tajam tak puas hati. Aku cepat-cepat bangun dan membetulkan sikit tudung aku yang dah pusing 30 darjah. Nasib baik tiada sehelai rambut pun yang terkeluar. Maklumlah aku memakai anak tudung yang begitu secure. Aku mencari kelibat mamat gila tu. Dia tiada di dalam kereta mahupun di luar kereta. Aku lantas menggambil beg tangan aku dan keluar dari perut kereta. Abang yang menyandar sambil berlipat tangan memandang aku tajam. Aku cuma mengangkat kening aku dan sambil-sambil itu menutup pintu kereta. Alahai jangan lah abang memebebel waktu aku tengah mamai... Mata pun masih sepet, ambil masa juga nak terbeliak mata ni.

"Seronok tidur???? Abang kejut macam nak gegar dunia tak reti nak bangun?? Suka kan tidur lepas mahgrib? Lepas ni comfirm tak boleh tidur! Dah jom!" Abang Adi menggamit lenganku dan tarik aku ke dalam rumah. Aku cuma menurut sahaja. Sebaik sahaja sampai di muka pintu aku melihat mamat tu sedang bersembang elok dengan umi di depan dapur. Tanpa sedar aku melihat abang sudah berganjak ke arah mereka. Aku? Cuma selamba ke dapur menggambil cawan dan mengisi dengan air sejuk kerana tekak aku berasa amat kering selepas tidur tadi. Aku juga dapat tangkap beberapa pasang mata memandang gerak geri aku. Tapi aku buat tak tahu aje sebab yalah masih mamai. Aku cepat-cepat meneguk air yang tadinya aku isi itu dengan rakus. Setelah itu aku ke singki dan membasuh cawan tersebut lantas aku meletakkan ke atas tray pinggan mangkuk yang elok disediakan di tepi singki.

Sambil-sambil itu aku dapat menangkap umi dan mamat itu bertukar salam dan mamat itu mengucapkan terima kasih atas meminjamkan tandas rumah kami untuk dia. Oh pinjam tandas.. Otak aku menangkap cepat. Dia lantas melulu keluar bersama abang dan umi yang menemankan dia sehingga di muka pintu. Aku cepat-cepat berlalu pergi dari dapur dan menuju ke tangga. Mahu naik bersihkan diri. Naik rimas aku dengan pakaian kerja yang aku pakai hampir 10 jam. Abang menutup daun pintu dan terus menaiki anak tangga setelah memberitahu umi mahu sambung buat assigmentnya. Langkah aku mati setelah umi tiba-tiba menegur aku dan memandang aku tajam.

Ku Ingin Kau TahuWhere stories live. Discover now