BAB 3

469 14 0
                                    

Bab 3

Alhamdulillah, kerja yang Encik Khairul bagi aku, Zamir dan Shafiqah telah pun selesai. Tak tahu macam mana nak cakap leganya kerja tu dah beres. Lepas kerja tu selasai keesokkan harinya aku datang kerja mcm biasa. Sama la ke hari yang berikutnya. Kali ni aku pulang ke rumah dengan semangat berkobar-kobar maklumlah abang aku sudah pun balik ke rumah sebab dia cuti semester. Lepas aku ambil abang haritu, banyak benda yang kami kongsi bila lepak bersama. Sampai tak ingat rumah dah! Habis mengamuk umi dan abah bebel berjela-jela ! Kami pun tadah ajelah telinga. Yelah, jumpa pukul 1 ptg, tapi balik pukul 12 malam, tak gila?! Haih kelakar bila ingat balik. Aku senyum je sambil jalan ke hadapan pintu rumah, teringat-ingat yang abang dah janji nak main UNO dengan aku balik nanti. Yeay seronoknya!! Sampai sahaja di hadapan pintu masuk rumah,aku berhenti. Aik kasut siapa ni? Casual semacam aje kasut ni. Ada tetamu ke? Tak kan kasut abang? Ke umi bawak calon suami? Hehehe sempat je aku berpikiran mcm tu. Kalau dalam tu orang tua, menangis lah kau yaya! Alah lantak lah masuk aje la, rumah kau pun, buat selamba je k!

"Assalamualaikum" aku memberi salam.

"Waalaikumusalam" serentak abah, umi, abang dan tetamu itu menjawab salam aku. Aku hanya pandang sekilas je kat tetamu rumah aku tu. Nampak muda. Dia pandang aku lama, aku senyum je. Tapi dia? masih buat muka macam aku ni papan kedana berdiri depan dia. Hmm sombong!

"Haa bagus la Yaya dah balik, pergi buatakan air untuk tetamu kita ni Yaya" kata umi.

Ehhh apa umi ni tak nampak ke org baru balik kerja????? Hish dah dia tetamu suruh la dia buat sendiri! Umi mesti sengaja nak suruh aku buat air. Umi tahu kelemahan aku! Aku fail buat kopi dan teh! Dengar je macam senang tapi aku masih fail. Kesian kan? Tapi salah aku juga sebab aku pernah berkata dekat umi pada suatu hari dulu yang sebenarnya aku dah reti buat kopi atau teh. Itupun terpaksa aku tipu sebab umi yang begitu memaksa belajar buat benda alah tu! Aku mencari suara yang gelak dalam diam tadi. Tak ada lah diam mana, masih boleh dengar juga bunyinya. Abang! Memang dia la perosak bangsa! Aduhh.

"Yaya, apa tercengat kat situ? Pergi buat air sayang" Abah pulak berkata. Aik? abah pun tahu kelemahan aku? tak, tak mungkin dia tahu. dia pura-pura tahu aje ni. Eee apahal semua orang ni? Tak boleh jadi ni aku kena bela diri aku!

"Abah, orang kan baru balik dari kerja, penatlah!" aku memberontak.

"Apa salahnya buat air je? Ni kan tetamu kita?" umi dah mula dah..

"Dah tu kalau tetamu pun takkan Yaya yang kena buat? Yaya bukan bini dia pun " jawap aku bersahaja.

"Astaghfirullahalazim Yaya, siapa ajar cakap mcm tu? Nanti karang jadi bini dia betul-betul, baru lah kamu tahu! Sudah kamu pergi buat air kebetulan kawan abang ni pun baru je sampai" umi beristighfar, sambil itu dia mengaminkan kata-katanya tadi. Sebaik sahaja Aliff Ridzuan masuk ke rumah ini, dia amat berkenan betul dengan Aliff Ridzuan.

Hmm salah aku kali ni. mesti umi malu ada anak macam aku. Yaya, behave!

"Yaya, Yaya buat je lah, tak salah pun, alang-alang tu buat sekali untuk kami semua, kami ada hal nak sembang ni" abang menyelit.

"Aunty, tak apa la, saya tak nak air pun, lagipun kan saya jumpa Adi untuk tanya khabar je. Saya kejap je ni" tetamu itu bersuara. nak juga menyelit? tanya aku dalam otak. Aku tenung je tetamu tu, seolah memberi reaksi "konon baik la?"

"see umi, dia tak nak air" Aku senyum dekat umi. Senyum kerang busuk katanya.

"Ah sudah , Yaya buat je air okay? tak payah banyak cakap" Abah senyum dekat aku. Ha, yang ni aku panggil senyum perli kuasa maharajalela. Kali ni kata aku, bukan katanya yang entah siapa kata tu. Lantas aku terus ke ruang makan dan letak handbag aku atas meja tanpa menghiraukan mereka. Tapi sebelum tu aku memberhentikan langkah aku dan patah balik menuju ke tetamu kami tu..

Ku Ingin Kau TahuWhere stories live. Discover now