BAB 5

437 19 1
                                    

   Sampai sahaja di tempat parkir kereta, aku melulu keluar dan mengunci kereta honda airccord aku. Sedang asyik membetulkan tudung yang dililit kemas di kepala, aku dapat melihat ada bayangan yang menuju ke aku melalui cermin kereta yang aku lihat. Aku menoleh ke belakang dan aku tidak juga terkejut dgan kehadiran lelaki itu. Zamir lantas mendekati aku dengan berpakaian seragam kerja sama dengan aku. Bergaya semacam je si Zamir ni. Semakin dekat dia menuju ke aku, begitu debar juga la jantung aku ni buat lari pecut. Dah kenapa? Tetapi kenapa nampak lain ek si Zamir ni? Apa yang lain? Setelah Zamir mendekatinya, baru aku perasan, rambutnya yang dah pendek dan pacak. Handsome la pula. Aku puji tanpa sedar.

"Hey, morning sunshine!" Zamir memulakan bicara. Begitu lah selalunya kalau berjumpa dengan Zamir pada waktu pagi. Dia pasti akan memanggil aku sunshine. Entah la kenapa. Sama ada sunshine tu untuk waktu pagi yang indah ni, ataupun aku yang sunshine dia? Kalau betul aku,aku terasa terharu kejap.

"Assalamualaikum yo wassup" aku memerlinya.

Kami berdua senyum bersahaja. Dia memandang aku. Aku memandangnya semula.

"Well hello? Are we going to stare each other till the moon rise?" aku mematikan lamunan Zamir. Dia cuma senyum melorot ketepi. Aish! Tu la kelemahan aku sebenarnya. Tak boleh tgok lelaki senyum ketepi sikit nnti cair beribu-ribu batu!

"Why not?" Zamir memandang tepat ke arah aku. Aku punya lah berdebar, aku membuat muka selamba je.

"Okay tenung lah sorang-sorang I malas nak layan you, bye" aku terus berganjak dari situ dan menuju ke staff entrance. Aku dapat menangkap yang Zamir sedang mengejar aku dari belakang. Akhirnya dia disebelah sisi aku dan kami memasuki staff entance bersama. Selesai punchcard, kami terus letak beg di loker masing-masing. Kami menuju pulak ke security check. Lepas dari itu sahaja, kami menuju ke department kami. Memang sepanjang aku dan Zamir berjalan, dia asyik tenung aku je, aku pula gelabah tak tentu pasal. Tapi aku masih berlagak cool.

Sampai sahaja di department, aku menuju ke store dan Zamir pun ikut je. Apahal entah mamat ni? Dari tadi aku mcm terasa bawak haiwan peliharaan yang suka ikut ke mana sahaja tuan dia pergi. Tak ke gila? Aku memberhentikan langkah dan memukul bahu Zamir.

"Zamir, can you stop following me?" aku membuat muka tidak puas hati.

"Owh! Siapa nak ikut you? I memang nak masuk store pun" Zamir mengaduh kesakitan. Sambil itu dia mengusap bahunya. Sakit sangat ke? Aku pukul perlahan je. Aku terus menjelingnya.

"Stop la tenung orang macam tu" aku berkata sambil memalingkan wajahku ke arah kotak kasut yang bersepah. Aku perlu kemas.

"You cantik sangat la"

Aku terkejut beruk! Apa salah ke aku dengar tadi? Aku terkaku sambil memegang kotak kasut. Nak jatuh dah rasa. Ya allah betul ke apa yang aku dengar? Aku telan air liur yang terasa kelat di tekak. Aku memandangnya.

"You cakap apa tadi?" aku buat muka blurr.

"You, nampak, cantik" kata Zamir satu per satu.

"Oh really? I know it already. I memang cantik setiap hari. So dont worry" aku gelak sambil menyusun kotak kasut yang bersepah tadi. Dia pun ketawa je sambil menyandar di rak kasut. Sedang asyik menyusun kasut aku terdengar suara riuh di luar store yang kedengaran seperti menuju ke dalam store. Sebaik sahaja pintu store terbuka, aku melihat Shafiqah dan boss sedang rancak bersembang. Zamir yang tadinya hanya bersandar di rak sambil bermain dengan telefon bimbitnya, terus dia buat-buat mengira kotak kasut sebaik sahaja boss dan Piqah masuk. Dasar penipu! Tahu pun cuak..

"Eh Piqah, abang, selamat pagi" aku menegur mereka. Shafiqah ni lain mcm aje mesra dia dengan boss. Pandang aku pelik.

"Pagi" mereka balas serentak.

Ku Ingin Kau TahuWhere stories live. Discover now