BAB 7

350 18 2
                                    

Aduhhh mana piqah ni! Angkat lah angkat lah angkat lah. Hmm aku ke hulu ke hilir menanti Shafiqah mengangkat telefonnya. Sejak aku balik dari rumah bersama Zamir lagi aku dah menelefonnya. Tak angkat-angkat juga, buat apa la minah ni????

Aku kejap berdiri kejap duduk di birai katil kejap gigit jari kejap kopek bibir. Pengotor sangatakah aku?

"Helo" Shafiqah menjawab.

AKHIRNYA!

"Weh Piqah, kau pergi mana hah? Aku call kau bertalu-talu sampai nak dekat sejam dah aku call kau. Kau pergi mana hah? Kau ni, suka lah macam ni!" aku tembak telinga Shafiqah dengan suara yang separuh marah dan mengamuk. Entah lah macam mana bunyinya.

"Oi oi bro, chill bro. Awat hang ni? Dah kena sampuk ke? Aku baru balik kerja lah sakai, kau lupa ke?? Aku pun atas motor tadi hish dasar mental breakdown lah kau Yaya!"

Ini lah Shafiqah, kalau kita yang marah, nanti dia marah balik. Tak nak kalah dan nak menang aje. Stress aku dibuatnya. Nasib baik aku dah biasa dengan perangai kawan aku sorang ni.

"Ha ah la.. Wa lupa der. Sorry okay? Aku sebenarnya tengah nak perlukan kau sangat-sangat tadi sampai tak pikir apa dah. Sorry tau der..." aku mengalah, buat suara kiut. Hoho mohon la si Piqah ni lembut hatinya. Tak guna pun bertekak dengan dia, memang sampai esok tak habis.

"Ya lah bro, ha, kau apesal?"

"Piqah kau tahu..."

"Tak, tahu"

Ish piqah ni suka macam ni! Aku marah dalam hati.

"Ee dengar jelah!" marah aku.

"Hahaha okay-okay"

"Hmm babe.. Kau tahu tak, si Zamir tuu gila lah bro!!"

"Awat? Dia buat apa je??"

"Bro... Dia lamar aku jadi girlpren dia bro. And he is serious!"

"What?!?"

"Yeah.. What..." aku bersuara sedih je.

"Kau biaq betul??"

"Yelah takkan aku nak tipu?"

"Aku dah agak dah! Dia memang syok kat kau! Sebab cara dia layan kau dengan aku memang totally diffrent! And i can see that!" Kata Piqah semangat yang berkobar, terpekik-pekik dibuatnya.

"Oi rilek lah, kau jerit-jerit pahal?" aku ketawa sedikit.

"Tak ada lah, aku memang dah agak dah, so macam mana dia confess?"

Berlalu 2 jam selepas itu, barulah aku habis telefon dengan Shafiqah. Memang, memang kalau cerita dengan dia dari matahari sampai ke planet bumi baru cun. Setelah menekan butang merah, aku ketawa seorang diri. Macam-macam yang diceritakan oleh aku dan Shafiqah. Memang tak sangka yang sebenarnya Zamir sanggup suruh Piqah menemaninya potong rambut hanya untuk menarik pehatian seseorang. Dan tak sangka juga seseorang itu aku. Zamir pernah lah juga tanya Shafiqah kesukaan aku apa. Konon nak bagi hadiah hari jadi wahal, hari jadi aku bulan 10 nanti. Memang MR.Suka-prepare-advance lah si Zamir ni. Buat hati aku cair je. Cair ke? Hm tu satu hal lagi. Soal hati dan perasaan aku ni susah nak di katakan. Tapi Shafiqah ada cakap, "why not bagi dia peluang kan? Kita tengok how far it will go. Kalau kekal, kahwin je terus" Itu lah kata Piqah yang kononnya jadi dokter cinta aku sejak dua jam yang lalu. Shafiqah cakap juga, walauapapun, aku tak boleh buat dia menunggu, nanti kang dia mengharap je susah juga. Kalau tolak permintaan dia? Mesti dia kecewa. So keputusan baik, aku kena terima dia seadanya. Tapi aku tak nak terlalu mengharap. Biar lah Allah yang menentukan segalanya. Aku cuma merancang. Kalau betul dia untuk aku, kekalkan lah kalau bukan, aku terima jelah apa yang ditentukan oleh aku.

Ku Ingin Kau TahuWhere stories live. Discover now