Aku memandang ke luar tingkap dengan hati yang panas. Aku tak betah bila duduk disini berdua dengan mamat tu! Lagu di radio tidak mampu membuat aku tenang. pemandangan di luar tingkap membuatakan aku bertambah tidak tenang. Aku memikirkan bahawa aku perlu cepat-cepat membeli kereta baru. Tapi dimana harus aku cari duit banyak tu? Itulah dulu kereta Honda Aircordnya pun dibeli second hand oleh abah dan umi. Kononnya aku sudah mendapat lesen dan aku perlukan kereta sangat-sangat untuk ke universiti suata hari nanti. Tapi tidak juga aku memasuki universiti sehingga sekarang. Umi dan abah membantah pada awalnya tapi apabila mereka melihat aku mogok dan memberontak lalu dibelikan juga kereta second hand. Sebab itu lah kereta aku tu selalu rosak. Kali ni menjadi-jadi pula rosak dia! Hmmmmm balasan dari tuhan mungkin?
"Okay dah sampai" kata Aliff Ridzuan sambil memandang ke arah Amiera Aliya. Geli hatinya bila melihat Aliya mencuka sepanjang jalan dari memasuki kereta miliknya tadi.
Tanpa melenggahkan masa, aku keluar dari perut kereta tanpa memandang ke arah mamat tu. Aku pun tak sedar umi sedang menyiram pokok di luar rumah. Umi pantas mendapatakan aku dan melihat ke dalam kereta bmw putih itu gerangan siapa yang menghantar Aliya pulang. Takkan lah abang? Ini bukan kereta abang ni kata umi di dalam hati.
"Eh, Aliff!" Umi dengan nada teruja. Apa yang diterujakan sangat pun aku tak tahu! Aliya langsung bergegas masuk ke dalam rumah dan meninggalkan umi dan Aliff Ridzuan bersendirian di luar. Aliya sudah malas nak memandang mamat tu!
"Ya aunty" Aliff Ridzuan menurunkan lagi tingkap keretanya yang sedia terbuka separuh sejak dari tadi.
Aliff Ridzuan memberikan senyuman kepada Hjh Maria Alissa. Lantas mereka bertukar senyuman.
"Macam mana boleh hantar Aliya?" Tanya umi pelik. Mahu bertanya ke anaknya sendiri, umi malas setelah melihat muka masam anaknya dan tanpa berkata apa-apa kepadanya, anaknya itu terus masuk ke dalam rumah.
"Maafkan saya aunty, tadi kebetulan kami di bengkel yang sama, lepastu kereta Yaya broke down pula kena tahan seminggu , sebab tu saya yang menghantarnya ke sini" jelas Aliff Ridzuan.
"Oh lah yeke? Tak apa, aunty faham terima kasih lah ya Aliff, tak nak masuk dulu ke? Aunty ada buat cucur udang dekat dalam" jemput umi.
"Tak usah lah aunty, saya dah lambat ni untuk ke kerja, lain hari ya aunty? Maaf" kata Aliff Ridzuan.
"Yalah, aunty faham, maafkan lah anak aunty tu ya kalau dia ada buat perangai tadi? Biasa lah Aliya tu susahkan Aliff je" Hjh Maria Alisa meminta maaf bagi pihak anaknya.
"eh taka da lah aunty, perkara kecil je anak aunty behave harini, terima kasih jemput saya"
Behave lah sangat........ kata hati Aliff tanpa sedar memberi senyuman di bibir.
"Ya, baiklah, lain hari nanti, rajin-rajin lah datang ke rumah aunty ya"
"Okay aunty, terima kasih sekali lagi, assalamualaikum"
"Waalaikumusalam"
Aliff Ridzuan langsung memecut laju dari rumah Amiera Aliya. Berkecil hatikah dia apabila Aliya langsung tidak mengucap terima kasih tadi? Hmm tak apalah pujuk hati Aliff Ridzuan.
Hjh Maria Alissa melihat kereta Aliff Ridzuan yang berlalu pergi. Dia langsung masuk ke rumah dan mendapatakan Amiera Aliya yang sedang memakan cucur udang bersama abah. Hjh Maria senyum sendiri.
"Yaya" tegur umi sambil memegang bahu anaknya itu.
Amiera Aliya terkejut apabila ditegur oleh uminya. Lalu dia tersedak dan abah senyum sambil menggelengkan kepalanya. Cepat melatah betul anak abah ni kata hati sang ayah.
Umi terus duduk bersebelahan Amiera Aliya dan memandang wajah abah dengan penuh makna. Abah mengangkat keningnya tanda kenapa umi pandang abah. Umi memulakan bicara.
"Abang, abang teka lah tadi siapa yang hantar anak dara kita ni"
Abah menelan sisa baki cucur udang yang ada di mulutnya dan bertanya "siapa?"
"Tu... Kawan Adi yang haritu datang tu.."
"Aliff?"
"Ya.." Hjh Maria Alissa mengalihkan pandangannya ke arah Amiera Aliya di sebelahnya. Amiera Aliya cuma buat muka selamba sahaja. Hjh Maria Alissa memandang suaminya semula.
"Abang abang, abang tak rasa pelik ke tiba-tiba je diorang terjumpa dekat bengkel si Peter tu. Macam berjodoh sahaja kan mereka ni?" Umi terus senyum lebar.
"Ish umi.. abah.. Apa ni kutuk orang depan-depan ni?? Jodoh apa ke benda pula umi ni? merepek lah" lantas Amiera Aliya minum air kerana tekaknya rasa perit tiba-tiba bila umi dan abah membincangkan isu dia dan mamat tu! Jodoh apa pula?? Merepek!
"Yelah.. Kira jodoh lah tu Yaya. Kamu berjumpa semula orang yang pernah terjumpa. Betul lah apa umi cakap tu" Abah membela umi.
"Ye.. Yaya tahu, tapi kalau maksud jodoh yang umi cakap tadi maknanya lain, sama juga abah"
"Macam lah dia tahu sangat maksud jodoh yang umi maksudkan" celah umi.
"Entah Yaya ni.. Kamu ingat maksud jodoh yang umi cakap tu jodoh kamu nak kahwin dengan Aliff tu ya?" Abah tergelak kecil. Umi pun turut sama.
"Err.. Tak, mana ada" Amiera Aliya terkedu. Habistu kalau bukan tu maksud umi, takkan lah maksud yang abah cakap tadi??
"Alah apa salahnya kalau Yaya berpikiran macam tu, bagus lah kalau macam tu. Umi dan abah setuju sangat kalau si Aliff tu jadi menantu kita kan bang?" Umi mencuit lengan anaknya. Abah laju mengangguk sambil meneguk kopi. Sengaja dia dan abah mengenakan Amiera Aliya.
Apalah umi dan abah ni............. Rayu hati Amiera Aliya.
"Umi, abah, ke situ pulak. Tak ada maknanya lah orang nak kahwin dengan dia. Minta dijauhkan lah okay? Yaya tak suka! Benci dengan dia"
"Kenapa pula dibencinya anak orang tu Yaya? Dia tak buat apa-apa pun kena benci? Pelik-pelik jelah anak abah ni" tanya abah.
"Alah biarlah Yaya nak benci dia ke apa ke. Yang penting dia tu sangatlah menyakitakan hati orang"
"Hmm benci lah banyak-banyak Yaya, sebab nanti... Kamu yang jatuh cinta dengan dia! Apa orang tua-tua cakap bang? Jangan dibenci orang sangat, nanti dia yang kahwin dengan kita kan bang?" Umi ketawa sambil melihat wajah mencuka anaknya begitu juga abah.
"Umi.. Abah......" Rengek Amiera Aliya. Aku terus pergi ke singki dan membasuh tangan aku. Aku belari anak ke tangga dan naik atas untuk masuk ke bilik aku. sebelum tu aku sempat menangkap umi dan abah ketawa dan abah berkata "tengok lah anak awak tu, usik sikit merajuk, malu lah tu! Moga-moga dia ikut jejak kita lah ye umi? Kahwin muda" umi cepat-cepat mengangguk kepalanya tanda setuju dengan abah.
"I heard that abah and umi!!!" Jerit Aliya dari tangga. Umi dan abah terus ketawa semula apabila mendengar teriakan anak mereka. Lucu sangat apabila mereka dapat mengenakan Aliya.
Kenapa lah semua orang suka kena kan aku ? kira kena buli tahu tak? Tak dengan family, dengan orang luar pun jadi kena buli! Apa aku ni senang ke kena buli? Tanya aku sambal baring di atas katil setelah membuka tudung dan menukar baju rumah.
Haihh hati.. sabar saja lah ye.... Tanpa sedar aku terlelap sebentar sehingga waktu zohor.
YOU ARE READING
Ku Ingin Kau Tahu
RomanceSinopsis Nur Amiera Aliya berumur 19 tahun, berasal dari keluarga yang begitu sederhana. Nama yang penuh makna, tetapi perangai hampeh. Dia juga membesar dengan dua adik beradiknya yang sangat menyayanginya dan dicintai oleh kedua ibu bapanya. Aliya...