BAB 17

260 15 0
                                    

          Keesokkan harinya, aku dan umi pergi ke hospital semula dengan membawa segala baju dan masakan rumah oleh air tanga umi hanya untuk abah. Abah baru dapat makan sekali dari makanan hospital, dah merungut tak sedap. Mana lah makanan hospital yang sedap kan? aku tersenyum sendiri apabila membawa kereta untuk ke hospital bersama umi. Abang Adi pula? dia akan gerak sendiri ke hospital selepas mengambil Najwa Alisha, adik kami dari asrama dia. kebetulan dia pun dah hari terakhir dah dalam asrama tu. Maklumlah, dah cuti sekolah, makin seronok lah wawa nanti!

Tiba sahaja umi dan aku ke ward abah, kami melihat abah nyenyak je tidur. mungkin dah terlalu banyak ubat diberi oleh dokter sebab itu juga kot abah senang mengantuk. Kesian abah, lesu sahaja muka dia.

Umi seperti biasa tidak mahu menggangu abah tidur, umi terus duduk di sebelah abah. Umi melihat abah dengan tenungan yang risau sambil mengengam tangan abah. Aku faham dengan reaksi umi, umi terlalu sayang ke abah sampai umi sendiri tak makan dari semalam. Mujur, apabila abang Adi memujuk umi, umi mahu makan sedikit. Semalaman pun aku tidur dengan umi. Aku juga risaukan umi kalau dia tak cukup tidur. Nasib baik umi tidur dengan lena semalam.

"Umi... umi pergi lah solat sunat.. tenangkan diri umi, berdoa lah banyak-banyak umi.. semoga Allah makbulkan doa umi.. umi jangan risau, yaya jagakan abah okay?" kata aku sambil mengusap belakang umi.

"itulah tu, terima kasih anak umi.. jagakan abah kejap ye umi solat jap"

"okay umi" kami bertukar senyuman dan umi terus keluar untuk ke surau. Ikutkan hati nak sangat solat sunat sekali dengan umi. Tapi diri ini sedang datang bulan jadi aku hanya mampu jagakan abah ajela.

Aku memegang tangan abah dan mengusap lembut tangannya dengan secara perlahan. Tapi tak sangka, abah terjaga bila aku buat macam tu. Peliknya, dengan umi, abah tak terjaga, dengan aku je abah terjaga. mungkin tangan aku kasar agaknya.

"eh abah...abah bangun dah?" tanpa membuang masa, aku terus salam tangan abah.

"hmm.. mana umi?"

"Umi pergi solat sunat kejap, kenapa? abah rindu umi ek?"

"yelah abah rindu kamu semua, abah rasa bosan duduk sini" abah merungut lagi. Tak peliklah kalau abah merungut, tengoklah anak dia juga. Kuat merungut ikut bapak rupanya.

Sempat lagi aku terpikir macam tu. aku tergelak kecil.

"alah abah ni baru berapa hari duduk sini. seminggu pun tak sampai tau"

aku dan abah ketawa kecil.

"Assalamualaikum" tiba-tiba ada gerangan yang bagi salam sambil menghampiri kami berdua. Yang peliknya bukan umi. Bukan dokter. Bukan jururawat.

Ye, mamat yang ditunggu-tunggu semua orang tu lah yang sampai. aku terus matikan ketawa aku dan memandang ke arah Aliff Ridzuan yang semakin dekat menghampiri sambil memegang buah tangan.

"waalaikumusalam lahh Aliff rupanya.." kata abah sambil senyum lebar. Apa yang seronok sangat pun aku tak tahu. Manakala aku pula, hanya senyum biasa. Yela, aku mana pernah senyum-senyum dengan mamat ni. Tak ada masa lah pulak nak senyum dekat dia.

"Ye uncle, saya dapat dengar uncle masuk hospital dari Adi, jadi saya jenguk lah uncle and.. ni untuk uncle dan keluarga"

"terima kasih ye Aliff.. susah aje ha letak je situ" abah menunjukkan ke meja sebelah katilnya. Aliff Ridzuan tanpa membuang masa meletakkannya segera.

"sama sama uncle.. aunty dan Adi kemana uncle?" tanya Aliff Ridzuan.

"oh.. aunty ke surau kejap solat sunat katanya, Adi pulak ambil anak bongsu uncle dari asrama dia.. haa adik Yaya dan Adi lah. Kamu tak pernah jumpa lagi kan?"

Ku Ingin Kau TahuWhere stories live. Discover now