BAB 14

373 13 2
                                    

"Selamat pagi encik" tegur Alia pembantu peribadi Aliff Ridzuan. Aliff Ridzuan segera memasuk ke biliknya, dia menghempas beg bimbitnya di atas meja dan dia mengambil kedudukan menghadap cermin biliknya yang menunjukan bandar Kuala Lumpur.

Senyuman Alia terus mati apabila melihat wajah masam bossnya sejak kebelakangan ni. Orang tegur pun tak pandang? Dah kenapa dia tiba-tiba berubah sejak hari selasa lepas? Hmm macam tak ada yang kena je. Lalu Alia segera mengambil buku nota yang sering menjadi peneman dia sepanjang dia bekerja di syarikat Tan Sri Khalid. Dia membetulkan skirtnya dan blouse yang dipakainya sedikit. Apabila dia merasa puas dan cantik dia terus melangkah ke bilik Aliff Ridzuan. Setelah memberi beberapa ketukkan dan dibenarkan masuk oleh Aliff Ridzuan, Alia segera menghampiri kerusi di hadapan meja Aliff Ridzuan untuk mengambil tempat tanpa dipelawa.

"Encik, hari ni schedule encik tak banyak sangat sebab banyak client yang cancel meeting harini. Cuma harini encik Aliff perlu menghadiri meeting dengan client kita yang datang dari Sweden, lepastu encik kena turun di tingkat 5 bahagian HR kita untuk pantau keadaan di sana dan uruskan beberapa dokumen yang perlu ditanda tangani oleh encik. Haa yang tu arahan Tan Sri sendiri sebab tan sri nak encik sering-sering lah pantau department bawahan encik yang lain. Berkenalan dengan mereka memandangkan banyak pekerja baru masuk. Semua schedule encik akan berjalan lepas lunch ye" jelas Alia panjang lebar. Penat juga explain dekat boss dia.

Aliff Ridzuan masih memandang ke arah tingkap biliknya. Dia menghiraukan Alia P.Anya membebel dari tadi. Entah apa yang dikata oleh Alia. Dia buat endah tak endah je. Apa yang dipikirnya sekarang dia mahu membuat projek untuk membangunkan pusat anak yatim qasidah. Dia amat tersentuh hati apabila dia melihat dengan mata kepala dia sendiri betapa gigihnya cikgu pusat yatim tersebut meminta derma berhampiran syarikatnya. Dia tiba-tiba teringat perbualan antara cikgu yang berumur dalam lingkungan 50-an itu.

"Assalamualaikum maaf encik, saya mahu meminta derma untuk rumah anak yatim qasidah. Di sana kami kekurangan barang keperluan untuk menjaga dan mendidik anak-anak yatim piatu, kalau tidak keberatan, encik bolehlah menderma dengan seikhlasan hati encik walaupun sedijit. In shaa allah hidup encik diberkati oleh Allah dan Allah melimpah rezeki kepada encik" kata Cikgu Ita penuh bersungguh apabila dia dapat mematikan langkah lelaki berkot kelabu dan berkemeja hitam itu.

"Kak, kak ambil duit ni, dan simpan kad call saya. Jangan minta derma lagi ya kak, saya akan cuba bantu rumah anak yatim ni semampu saya. Akak boleh bagi alamat rumah anak yatim akak tak?" Kata Aliff Ridzuan yakin. Cikgu Ita langsung memberi kertas yang tertera rumah anak yatim mereka sambil berdoa dalam hati supaya Allah merahmati lelaki yang berada di depannya. Sungguh Cikgu Ita tidak pernah mendapat duit sebanyak Aliff Ridzuan bagi. Setelah Aliff Ridzuan menghulurkan 7 keping not RM50.

itulah yang menganggu pikiran Aliff Ridzuan.

Alia tidak selesa apabila majikannya terusan berdiam tanpa membalas kata-katanya tadi.

Alia terus bangun dan pergi ke sebelah Aliff Ridzuan dan mengusik bahunya sambil berkata "Enci...." belum sahaja Alia menghabiskan perkataannya, Aliff Ridzuan sudah terkejut dan memusingkan kerusinya hingga terlanggar kaki Alia. Alia pula hampir terjatuh dan sempat Aliff Ridzuan menyambutnya. mereka bertentang mata seketika dan Alif Ridzuan cepat-cepat membetulkan keadaan mereka dan berkata "awak ni kenapa hah?"

Alia membetulkan pergerakannya selepas Aliff Ridzuan membetulkan keadaan mereka.

"Encik tu la kenapa? saya dari tadi bercakap, encik tak hiraukan pun"

"Saya dengarlah awak ingat saya pekak lagi ke" tipu Aliff Ridzuan sambil memandang ke arah jari kaki Alia yang sudah berdarah akibat dilanggar oleh kerusi Aliff Ridzuan

Ku Ingin Kau TahuWhere stories live. Discover now