Dah nak masuk seminggu aku cuti kerja setelah pemergian abah. Kami sekeluarga ambil masa untuk tenangkan jiwa yang pilu itu. Ikutkan hati, bagilah berapa minggu ke.. bulan ke.. tahun ke.. sekali memori bersama abah datang, aku akan rebah. Nak masuk seminggu berturut2 juga aku menangis setiap hari. Rumah kini rasa sangat sunyi. Selalunya kalau aku bangun pagi nak ke kerja, aku akan disambut abah tak dari dapur, di ruangan tamu. Sayang sekali, kali ni, takkan ada dah semua tu. Malah takkan ada juga abah yang menelefon aku tanya dimana aku berada kalau aku balik lewat dari waktu kerja yang sepatutnya. Takde lagi abah yang nak pesan suruh makan nanti gastrik aku datang. Takde dah semua tu.
Aku membawa kereta aku ke tempat kerja dengan hati yg berat nak tinggalkan rumah. Kesian umi dan wawa. Aku teringat setiap kali esoknya aku bangun pagi, akan aku lihat mata umi dan mata wawa bengkak dan sembab. Tak kurangnya juga aku. Seminggu yg berlalu bagaikan angin je. Kami sekeluarga banyak mendiamkan diri. Abang adi je jadi penyeri rumah. Kadang dia yg bangun pagi dahulu masak breakfast untuk kami bertiga. Aku tak pelik kalau abang adi berlagak tenang. Dalam pada seminggu itu juga aku pernah melihat abang adi menangis di ruangan tamu pada waktu malam. Aku yg hendak turun minum air terus matikan langkah. Dan tak pelik juga kalau aku cakap aku turut ikut abang adi nangis di tepi tangga. Cumanya abang adi tak perasan je. Umi dan wawa juga sejak akhir ni tidur bersama, katanya tak tenang tidur seorang nanti mesti teringat kat abah.
Begitulah seminggu yg berlalu. Rasa macam setahun. Lambat je berjalan.
Aku sampai ke tempat parkir staff dan sebelum aku keluar kereta, aku mengesat air mata aku yang aku bawa sepanjang perjalanan dari rumah ke tempat kerja. Aku tenang kan sikit diri ni. Bila aku dah berpuas hati, aku keluar kereta dan terus ke department. Banyak aku lihat brand company yang aku kerja ni menambah kasut baru untuk di display kan. Stor pun dah lain sikit. Macam dah lama sangat je aku tinggal tempat ni.
Aku meletakkan beg dan segala barang peribadi aku di ruangan stor yg selamat. Nasib lah aku harini, dah lah shift pagi sorang2.. piqah dah tak ada... Zamir pulak dia dpat shift petang.. nampaknya aku sorang harini. Customer pun tak ramai lagi. Sunyi sgat harini.
Aku ke luar stor untuk memulakan kerja mengemas, membersihkan kasut2 dari terkena habuk dengan menggunakan bulu ayam. Tiba-tiba aku terlihat ada staff baru yang aku tak pernah lihat lagi sebelumnya bersama abang khai berjalan arah aku. Aku bersedia untuk menegur abng khai. Maklumlah dah lama tk tegur abang khai.
"Assalamualikum bang khai" aku menyapa perlahan.
"Haaa waalaikumsalam Yaya. Awak macam mana harini ? Ok dah ke?"
"Hm, macam tu je la bang" aku senyum sebaris.
"Yaya, btw, kenalkan ni fatin namanya dia... Permanent baru.. dekat department kita.." abang khai menerangkan dekat aku satu persatu.
Aku membuat muka terkejut. Permanent baru? Bukan ke permanent dah cukup di sini???
"Permanent baru abang khai? Bukan kita dah cukup ke permanent kat sini?"
"Yup.. mmg dah cukup, tapi piqah kan baru shj berhenti, jadinya fatin lah mengganti tempat dia. abg khai harap korang boleh bekerjasama ya?"
Aku pelik sangat dgan abg khai ni. Haritu kata kalau ada dua permanent sahaja dah memadai. Takde piqah pun takpe. Ni apa kes pulak? Ah, malas lah aku nak pikir. Aku masih jiwa kacau lagi ni. Aku hanya bertukar senyuman sahaja dengan permanent "baru" itu.
"So, you yaya ye?" Tanya Fatin setelah abang khai berlalu pergi.
"Yup, you fatin?"
"Yup, jadi apa perlu i buat je kat sini?" Tanya Fatin dengan gaya mcm sombong.
YOU ARE READING
Ku Ingin Kau Tahu
RomanceSinopsis Nur Amiera Aliya berumur 19 tahun, berasal dari keluarga yang begitu sederhana. Nama yang penuh makna, tetapi perangai hampeh. Dia juga membesar dengan dua adik beradiknya yang sangat menyayanginya dan dicintai oleh kedua ibu bapanya. Aliya...