BAB 9

371 22 0
                                    

Aku duduk diam saat Abang Adi dan rakan-rakannya sedang rancak bersembang. Makin lama aku makin rasa bosan sebab sepanjang aku duduk sini dengan abang dan dua rakannya, aku main game di telefon bimbit pintar aku. Aku leka dengan apa yang mereka sembang sehinggakan bateri phone aku mati secara tiba-tiba. Hmm sebab tu aku dah berhenti main game di phone aku lepas bermain beberapa game seperti Angry Birds dan Candy Crush. Kadang aku terjerit kecil apabila main game tersebut lagi-lagi bila kalah. Kadang aku mengeluh dan kadang aku berhenti main kejap dan sambung semula. Sekarang, bosan tak ke sudah! Phone tak ada, nak dengar lagu pun tak ada! Aku yang duduk sebelah abang dan menghadap mamat tu cuma tenung air yang ada di hadapan aku. Lifelessnya hidup aku kerana hanya mampu tenung cawan. Mamat tu dan kawan abang yang satu lagi aku hiraukan walaupun aku selalu merasa ada mata-mata yang memandang aku.

Setelah urusan aku selesai dengan Zamir tadi, aku jadi bersalah tapi yakin dengan jawapan aku. Zamir tadi pun cuma bagi aku silent treatment tak ke sudah. Mungkin dia tidak dapat menerima aku yang menanggapnya sebagai tidak lebih daripada kawan buat masa ni. Tapi dia? Syok sendiri I can say. Kelakar lah pula bila aku ingatakan balik yang Zamir tetap berdegil untuk menganggap aku sebagai teman istimewannya. Aku biarkan sahaja sebab aku tak mampu nak berlawan. Aku tak ada mood. Lepas sahaja makanan aku dan Zamir habis, aku cuma meminta pergi dan memohon maaf kepada Zamir. Aku tahu dia marah juga dengan kejadian yang sepatutnya dia yang menghantar aku balik, tapi dengan kehadiran abang, semua dan bertukar ke 180 darjah. Nasib baik Zamir tak kisah. Tak apa lah yang penting aku masih cuba menerima dia dalam hidup aku. Aku cuba.

Hmm sekarang? Aku tersangkut dengan tiga jejaka dalam satu meja. Tak logik sungguh. Aku hampir lupa tentang hidung mamat gila itu. Aku mengangkat kepala dan memandang mamat tu dihadapan aku. Aku dapat menangkap dia juga memandang aku. Pantas dia mengalihkan pandang ke sisi dia untuk menangkap balik cerita Daniyal yang entah dah bab keberapa mereka bercerita.

Tenung perempuan di hadapannya, hampir dia leka dgan dunia realiti! Subhanallah indah ciptaan mu puji Aliff Ridzuan di hati.

Aku mengangkat kening pelik sambil mataku melilau ke hidungnya. Macam senget je? Hahaha okay gurau, kan bagus kalau senget betul-betul. Aku lihat hidungnya makin okay berbanding dari haritu berdarah teruk. Ada juga kesan lebam di hidung tu. Walaupun nak masuk dua tiga minggu juga la tak jumpa dia. Aku terus mengalihkan pandangan aku ke abang. Tiba-tiba je mereka semua senyap di meja makan. Dah habis cerita ke? Lama betul lah diorang ni lepak. Bukan sembang apa pun! Sembang kosong je aku dengar dari tadi. Mungkin inikah yang dinamanya lelaki? Kalau tak pasal bola, pasal kerja, pasal bini, pasal anak, pasal dunia, pasal politik, pasal siapa meninggal semalam pun mereka cerita! Cepat betul mereka mendapat informasi. Entah sahih entah tidak. Aku makin panas punggung bila masing-masing senyap macam batu.

"Abang, dah sudah? Jom balik, Yaya bosan ni" aku main cakap je.

"Ha tu lah jom lah geng nak dekat mahgrib ni"

Abang Adi berdiri lalu ke kaunter bayaran untuk membuat pembayaran. Tak betah aku lama-lama senyap macam tadi! Aku menunduk sikit sambil itu mata aku memandang ke dua ekor manusia yang berada di depan aku. Dua dua sedang memandang aku.. Aduhhh malu lah aku macam ni! Aku terus memandang belakang. Aku mencari kelibat abang dan apabila aku melihat abang, dia masih beratur untuk membuat pembayaran. Lagi dua orang baru gilirannya. Haih tak selesa lah weh ditenung macam ni.

"Yaya sekarang study ke?" kata Daniyal yang tiba-tiba je mahu membuka topik.

Aku terus memandang ke arah kawan abang yang satu itu.

"Err... Tak. masih bekerja, kerja sambilan je"

"Oh yeke kerja apa?"

Lah kawan abang ni tanya soalan mcm tu aku malu lah takkan nak jawab aku cuma permanent kedai kasut aje??? Jatuh saham beb.

Ku Ingin Kau TahuWhere stories live. Discover now