BAB 15

332 21 1
                                    

"Yaya, aku nak berhenti kerja lah" Shafiqah memulakan perbualannya selepas mereka sudah habis makan di medan selera tempat kerja mereka.

"Kenapa weh?!" terkejut Aliya dibuatnya setelah kawan baiknya mengkhabarkan berita tersebut. Tiad angina tiada ribut, tiba-tiba je budak ni

"tah la, aku sebenarnya dah dpat kerja dekat IoI Mall.."

"dah tu?!"

"dah tu aku nak kerja sana lah!"

"alah weh kenapa bro?! kau dah tak suka aku ke?" tanya aku risau.

"tak, aku suka aje, tapi aku dapat tawaran gaji masyuk kat sana...."

"pastu?"

"ish kau ni! pastu aku nak lah kerja sana!"

"pastu kau nak tinggal kan aku dengan si zamir sorang-sorang ke?" ajuk aku sedih.

"tak lah.. tapi nak buat macam mana bro...."

"alahh weh jangan lah.... Kenapa kau nak tinggalkan aku?" makin sedih aku rasa.

"bro, dunia sekarang is all about money. Aku rasa peluang ni je aku ada untuk tambah income aku bro. aku minta maaf dan harap kau faham" jelas shafiqah panjang.

"true... Ok ok macam ni, kau amek lah gaji aku separuh gaji zamir separuh. Agak-agak dapat lebih tak dari tawaran yang kau dapat tu?"

"kau ni gila ke? Tak payah mengada! Aku dah hantar surat resignation dah pun kat Abang Khairul kita tu"

"HAAHHHHHH?? Kau biar betul lah shafiqah!" jerit ku terkejut.

"ye betul!"

"kenapa kau tak bagitau aku awal-awal? Aku sedih!!"

"ye sebab tu aku hantar surat resignation dulu aku tahu nanti kau overeact macam ni!"

"tapi mana boleh kau tinggal kan aku bro!"

"kau ni dah kenapa? Aku pergi IOI Mall je pun! Bukan negara orang!"

"yeee... tapi kau still menjauh dari aku " aku berdrama sebentar dengan sahabat baik aku. Mana tahu dia ubah pikiran ke kan?

"ahhh ni lah aku tak nak bagitau kau dulu! Drama lebih! Dah dah takyah sedih, ada time nanti aku jenguk-jenguk lah kau dengan zamir kat sini ok?"

"huaaaaaa kau kejam... bila kau blah dari sini?"

"seminggu je lagi pastu aku chaw ah..."

"habis bang Khai tak cakap apa-apa ke?"

"telinga aku dah naik nanah dengar dia marah pujuk aku semua. Tambah kau lagi silap hari bulan aku pekak agaknya"

Aku hanya murungkan bibir ku apabila mendengar cerita Shafiqah.

"ishh kau ni dah la dah la tayah sedih, aku kan ada kat sini lagi seminggu? Chill lah dah dah jom gerak, waktu lunch nak habis dah ni jom jom!" Shafiqah menarik lengan Aliya dan berlalu pergi ke department mereka.

"Haaaa dah balik pun dua ekor ni" kata Zamir apabila aku dan Shafiqah tiba di stor.

Aku tidak berkata apa-apa cuma mampu buat muka murung dan mengambil tempat duduk di atas kotak besar. Yelah sedih sebab kawan baik nak berhenti kerja dah kan.

"ha you ni kenapa Aliya? Murung je? Siapa buat you sedih? Meh I tumbuk muka dia" kata Zamir konon protective lah tu.

"betul you nak tumbuk orang tu?" tanya aku selamba.

"yup, demi you I sanggup tumbuk sesiapa sahaja"

"yakin? Kalau macam tu, manusia tu.. tu hah yang buat I murung" kata aku sambil menunding jari ke arah Shafiqah yang sedang susun rak kasut yang agak berterabur.

Shafiqah memandang mereka berdua sambil tersengih sinis.

"haa, berani ke mamat tu nak tumbuk aku? Meh sini kita tengok siapa yang tumbang dulu. Aku ni pun dah lama tak tumbuk orang ni"

"eh eh tak tak. Chill lah Pikachu, aku gurau. Aku lupa nak mention yang dengan kau je aku tak berani. Hehe" gentar zamir dibuatnya.

"so aliya? Kenapa murung?" tanya zamir semula.

"piqah... nak berhenti kerja dah...." Aku berkata sambil membuat mulut mucung. Sedih betul aku rasa. Entah kenapa yelah mana taknya, aku dan shafiqah ni dari dulu berkepit, jarang-jarang berpisah. Kali ni bila berpisah rasa macam sedih sangat.

"hah? Kau nak berhenti kerja piqah??!!!!!" jerit zamir.

Shafiqah yang eloknya mengemas terus berhenti.

"ye, aku nak berhenti dah kenapa? Kau tak suka ke? Nak nangis berdrama macam minah ni juga?" tanya shafiqah tenang.

"eh tak tak, aku lelaki sado, takde nya nak nangis berdrama. Cuma nak tahu je kenapa kau nak berhenti?"

"tanya lah aliya tu. Aku penat lah nak cerita seribu kali. Nanti aku nak kene menjawab lagi dekat orang lain. Sorry eh? byeeee" sambil sengih, shafiqah terus berlalu keluar stor untuk menjaga department pula.

Tinggal zamir berdua sahaja dengan Aliya di dalam stor.

"so? What happened?" tanya zamir.

"she got a better job with a better salary"

"ah.. I see, then what is the big deal sampai you kena sedih?"

"zamir.. dia kan kawan baik I, I mana lah selalu sangat menjauh dengan dia. Bila tahu dia nak berhenti ni I rasa sunyi dah" jawab aku sedih. Begitu clingy-nya aku dengan piqah. 

"lah, I kan ada? Nak sunyi amenda?" zamir berkata sambil keningnya terangkat. Poyo. Itu je mampu aku cakap.

"you lain zamir, piqah lain... faham?" sinis jawapan aku.

"okay I gurau je dah lah tak apa, jangan sedih dah, lepas ni kita hargai je masa yang tinggal ni dengan shafiqah. Lepas je dia pindah kerja, I bawak you jumpa dia everytime anywhere you nak jumpa dia okay?"

"wahhh kawan I sorang ni so gentle sampai nak muntah rasa"

Kami berdua pun hanya tersengih dan berlalu pergi dari stor. Kerja tetap kerja, perasaan semua kena lah letak tepi betul?
_______________________________________

Hey guys, sorry kalau ada yang lama menunggu. Dah hujung2 semester ni sis makin busy. Tapi takpe, janji lepas habis je busy ni, sis akan sambung write up and cuba berikan yang terbaik untuk korang. Terima kasih for 1.22k readers and 40++ votes. And terima kasih juga ada yang bagi komen positif so far alhamdulillah. Korang punya support are highly appreciated :') Maaf atas kelewatan dan kurang ataupun terlebih. Saya akan cuba yang terbaik lagi. Thank you korang sudi membaca *virtual hugs sambil nangis* JANGAN LUPA VOTE !! SHARE TO YOUR FRIENDS AND FAMILIES OK! ❤️

Ku Ingin Kau TahuWhere stories live. Discover now