Nama aku Zaara Elina. Aku ada ibu ayah dan 3 orang adik beradik. Seorang lelaki dan sepasang kembar tak seiras. Nama adik lelaki aku, Amsyar dan si kembar itu pula bernama Syakira dan Syafira.
Ayah aku, Hisyam hanya bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan tapi cukup untuk memberi kami anak beranak makan. Ibu aku, Zalina pula seorang suri rumah sahaja. Aku sangat menggemari apa sahaja masakan yang dimasak oleh ibu. Siapa je yang tak suka makanan ibu kan?
Aku sekarang berumur 18 tahun dan sedang menunggu keputusan SPM. 3 bulan berada di rumah boleh membuatkan aku berasa bosan sehingga jadi gila. Gurau je. Aku bahagia kot bila duduk dekat rumah. Boleh luangkan masa dengan keluarga aku. Aku takboleh berjauhan dengan mereka kot.
Aku ada kawan baik aku. Yang selalu ada time aku susah dan senang. Bukan senang nak ada kawan macam ni tau. Aku bersyukur gila dikurniakan kawan macam ni. Serious. Farisya, kawan aku ni sekali aku pandang muka dia ni macam pelawak. Asyik nak gelak je. Dia pandai tau ambik hati orang selalu buat kelakar. Aku terhibur bila dia ada dan sunyi bila dia tiada.
Farah, seorang yang montel tapi ada lah manis muka dia tu. Minat dekat budak kelas masa form 5 dulu. Apa nak jadi lah. Haha.
Zafirah pula, anak cikgu. Kadang-kadang okay kadang-kadang tak. Aku pun tak tahu. Tapi serious dia baik je dengan aku. Kalau dia tak sukakan seseorang je, kita boleh tengok dia melalui jelingan mata dia dan gerak geri mulut dia. Sila bayang.
Ini kisah aku. Kisah persahabatan, kisah cinta. Dan kekeluargaan.
YOU ARE READING
It's you, only you!
RomanceSlow Update- Stay tuned! Mengisahkan tentang Zaara Elina yang nak bekerja tapi ayahnya tidak membenarkan. Dia membuat macam-macam untuk menyejukkan hati ayahnya dan akhirnya ayahnya bagi juga dia bekerja, tapi dengan arahan dia lah. Zaara Elina disu...