Bab 12

131 7 0
                                    

Meriahnya majlis harijadi Lia. Walaupun jam sekarang berginjak ke arah jam 11:30 malam, masih ramai tetamu bersembang di dewan hotel ini. Anak-anak para tetamu yang lain sedang sibuk bermain permainan yang telah diaturkan. Lia sangat comel malam ni. Mengenakan sehelai dress putih dan flower crown di atas kepalanya.

Tak lupa juga untuk mengabadikan detik-detik bahagia Lia, Dato' dan Datin mengupah beberapa orang photographer terlatih untuk mengambil gambar. Gambar suasana di dalam dewan. Gambar potrait keluarga Dato' dan Datin. Eh, aku pun termasuk jugak. Padahal aku ni orang luar je. Segannya aku.

Lepas je habis sesi photografi, aku berjalan ke arah bufet makanan untuk memilih dessert yang disediakan. Aku meletakkan cupcake perisa coklat dan gula-gula di atas pinggan. Selepas itu, aku segera ke meja makan untuk menikmati makanan yang aku pilih itu.

Sedang aku syok-syok mengunyah makanan ada seorang mamat ni datang berdiri kat sebelah meja aku ni sambil bawa air. Dua gelas pulak tu. Aku pun mendongak ke atas. Nak tengok gerangan siapa yang berdiri kat tepi meja aku ni.

Cis! Tengku Aiman rupanya. Dia pun memandang ke arah aku. Hm.

"Boleh aku duduk kat sini?" Tanya Tenku Aiman.

Aku menoleh ke kiri dan ke kanan.

'Takda siapa-siapa pun kat sini,' desis hati kecilku.

"Er boss cakap dengan siapa?" Tanyaku.

"Aku cakap dengan kau lah pendek, dah kau sorang-sorang kat sini. Takkan aku cakap dengan makcik cleaner tu pulak,"

Amboi bos aku. Mulut memang takda insurans ke apa ni. Tahulah kaya.

"Dah tahu saya sorang-sorang duduk kat sini, apahal boss nak tanya pulak. Duduk je lah. Makcik cleaner kat sana tak marah pun kalau boss nak duduk kat sini," bidasku.

"Cakap dengan kau bukan boleh menang pun. Tapi jangan harap aku nak bagi kau menang!"

"Bos nak menang ambik lah. Bukan saya boleh anugerah pun kalau saya lawan cakap boss," aku julingkan mataku ke atas.

"Oo tahu pulak kau lawan cakap aku. Aku ni boss kau. Sedar diri sikit,"

"Whatever. Tu air tu boss nak bagi kat saya ke?"

"Taklah. Aku nak bagi kat makcik cleaner tu,"

"Oo," aku pun berdiri. Bersedia nak melangkah jauh. Eh amboi. Nak pergi ambik air je kat meja depan tu.

"Kau nak pergi mana tu pendek?"

"Pergi ambik air lah, saya nak tercekik dengar boss cakap je dari tadi,"

"Ni air kau ni. Takpayah nak rajin sangat nak pergi ambik air lain, aku tak jadi nak bagi kat makcik cleaner tu,"

Aku duduk kembali.

"Terima kasih boss," aku meneguk perlahan air yang diberi oleh Tengku Aiman tadi.

Aku perasan lah kan, mata dia kan asyik pandang muka aku. Dah kenapa boss ni?

"Boss dah kenapa pandang saya macamtu?" Tanyaku ingin tahu.

"Kau jangan perasan sangat boleh? Tadi aku tengok ada serangga terbang kat belakang kau,"

"Hah?! Serangga? Serangga apa? Lipas ke boss?!!"

Aku segera berdiri dan mengibas-ngibas kain bajuku. Bukan kuat sangat aku kibas tu. Kan terselak, free show je la aku kat situ depan semua tetamu.

"HHAHAHAHAHAHA! Poyo lah kau takut lipas. Apa lah. Asal perempuan je takut lipas. Leceh betul," kata Tengku Aiman.

Aku menjeling ke arah boss. Dah tahu bukan ada serangga pun belakang aku. Cakap je lah tadi pandang aku. Poyo takanak mengaku pulak.

It's you, only you!Where stories live. Discover now