Aku, Datin dan Mak Salmah sedang bertungkus lumus di dapur untuk menyediakan makanan kegemaran untuk Tengku Farhan. 6 tahun kan dia tak balik Malaysia, mesti tekak dia nak rasa masakan melayu balik. Asyik makan western je kat negara orang. Kalau aku lah kan, asyik telan masakan western je kan, mesti terkeluar punya anak tekak. Tak kenyang kot. Memang lah masakan western ni senang nak masak, tak leceh nak masak, tak macam masakan melayu susah, kena potong bawang lagi, blender lagi, tumis lagi, santan lagi, memanglah leceh tapi kita kan orang melayu, siapa lagi nak kekalkan tradisi makanan melayu kalau bukan kita. Acewah. Jangan kecam sis.
Okay back to story.
3 jam kami kat dapur. Datin sedang buat Chocolate cake special untuk anak kesayangan dia. Tu tengah hias-hias atas chocolate cake tu. Berseni jugak aunty ni. Design baju pun cantik, design kek pun cantik, semua cantik, apa je yang tak cantik kat Datin ni. Everything looks perfect on her.
Aku menolong Mak Salmah memasak. Aku masak ikan siakap 3 rasa, manakala Mak Salmah masak udang lemak cili api. Amboi. Sedap bau weh. Aku yang tengah lapar ni makin lapar bila bau masakan yang Mak Salmah masak ni. Siap je masak 2 hidangan ni, kami masak main menu iaitu, gulai daging dan ayam panggang. Yes i know ayam panggang tu bukan masakan kampung, but Lia tak makan benda yang pedas-pedas, jadi kena masak lah jugak masakan untuk tekak orang lain. Lain orang lain cita rasa. Tak lupa juga, telur goreng special untuk Lia. Takde telur ni, muncung lah dia.
Siap je masak, kami menghidangkan makanan yang dimasak di atas meja untuk makan malam ni. Selepas je siap hidangkan, kami semua masuk ke bilik untuk menunaikan tuntutan manusia kepada Allah sebagai hambanya.
Solat Maghrib dan solat Isyak. Pukul 8:45 malam, Dato' Zarif sekeluarga termasuk aku akan keluar menjemput Tengku Farhan di Airport.
Aku bersiap ala kadar je. Pakai bawal plain hitam, baju blouse hitam dan seluar slack hitam. Semua hitam. Macam berkabung. Eh tak boleh jadi ni, semua hitam, kan ada orang abaikan aku nanti ni. Aku tukar blouse hitam aku kepada blouse berwarna biru. Hah, ni baru okay! Aku keluar ke ruang tamu. Mungkin Lia dah tunggu aku kat situ.
Kami semua naik kereta yang telah disediakan oleh pemandu, iaitu Pak Mail. Dato'Zarif mengambil tempat di tepi isteri kesayangannya. Tengku Aiman duduk kat seat depan, sebelah driver. Aku? Paling belakang, dengan Lia. Mujur aku ada teman. Kalau takda kan, apa motif aku ikut sebenarnya.
Sampai je di airport, kami menunggu di ruang ketibaan. Setelah 10 minit menunggu, ada seorang lelaki, hm boleh tahan muka dia, tapi tak sama macam Tengku Aiman. Tengku Aiman lagi kacak kot. Takda siapa boleh lawan. Hihihi. Okay back to reality.
Lelaki tadi melambai-lambai ke arah Dato'dan Datin sambil menolak ke arah troli barang-barang dia ke arah kami yang sedang menunggu ni.
"Mama" ujarnya.
Muka Datin Zafirah kelihatan berkaca.
"Rindu mama," ujarnya lagi.
Empangan tangis Datin Zafirah mula pecah.
Datin Zafirah memeluk Tengku Farhan dengan erat.
"Mama pun rindu Paan. Paan anak mama," ujar Datin sambil menangis.
"Tsk. Tsk. Mama ada masak special untuk Paan. Nanti kita balik, kita makan ya?" Sambung Datin Zafirah lagi.
"Serious mama masak? Paan rindu dengan masakan mama. Dah 6 tahun paan larikan diri dari keluarga kita, paan menyesal sekarang," ujar Tengku Farhan.
Aku berdiri di sini sekadar memerhati.
Aku syak Lia tak kenal lagi Tengku Farhan. Umur Lia baru je 5 tahun. Tengku Farhan menetap kat Sydney hampir 6 tahun.
YOU ARE READING
It's you, only you!
RomanceSlow Update- Stay tuned! Mengisahkan tentang Zaara Elina yang nak bekerja tapi ayahnya tidak membenarkan. Dia membuat macam-macam untuk menyejukkan hati ayahnya dan akhirnya ayahnya bagi juga dia bekerja, tapi dengan arahan dia lah. Zaara Elina disu...