Bab 13

151 9 0
                                    

Pagi itu aku terbangun lewat. Dah tak boleh solat, period. Lagipun semalam tak cukup tido. Aku cepat-cepat bersihkan diriku dan mengemas bilik ku ala kadar.

Aku pergi ke ruang tamu. Nak jumpa dengan Datin. Ya lah. Nak minta maaf. Sebab terbangun lewat. Lagipun harini hari minggu, banyak aktiviti yang aku nak buat bersama dengan Lia.

Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke ruang tamu. Aku mencari-cari. 'Takda pun Datin,' getus hati aku. Aku pergi ke dapur untuk mencari Datin, hampa jugak. Datin tak ada. Aku melihat Mak Salmah sedang membasuh pinggan di dapur. Aku menghampiri lalu menegur,

"Assalamualaikum Mak Salmah," pembuka bicaraku.

"Waalaikumussalam," jawab Mak Salmah sambil memalingkan wajahnya ke arah suara yang menegur.

"Oh kamu Zaara, kenapa masuk dapur ni?" Tanya Mak Salmah kembali.

"Err," aku menggaru-garu kepala ku yang tak gatal dan aku menyambung lagi, "err. Mana Datin? Tak nampak pun?"

"Oh Datin? Dia ada hal kat butik dia. Tengah hari nanti dia balik," ujar Mak Salmah.

"Pukul berapa Datin keluar tadi Mak Salmah?"

"Dalam pukul 7 pagi tadi,"

'Awal jugak Datin keluar pagi tadi,' ujarku perlahan.

"Okay terima kasih Mak Salmah, saya pergi dulu lah, nak cari Lia,"

Mak Salmah mengangguk.

.

Aku berjalan menuju ke bilik Lia. Aku memanjat tangga perlahan-lahan. Sampai je kat depan pintu, aku terus mengetuk pintu dan aku masuk.

Aku melihat susuk tubuh Lia berada di meja belajar, sedang mewarna gambar. Rajinnya Lia. Aku menghampiri Lia,

"Hai Lia."

Lia menoleh dan dia tersenyum. Dia menyambung lagi aktivitinya itu.

"Lia, kakak nak minta maaf tau sebab kakak lambat masuk bilik Lia ni, kakak terbangun lewat,"

Aku lihat Lia menulis sesuatu, sambil tersenyum,

'Tak apa kakak. Lia tak marah.'

Aku senyum ke arah Lia dan menggosok-gosok kepalanya.

Dia menunduk dan kembali menulis,

'Terima kasih kakak bagi hadiah kat Lia semalam, comel bear tu,'

Lia menunjuk ke arah bear yang berada di atas katil sambil tersenyum.

"Sama-sama, nanti kakak beli yang lagi besar kalau kakak ada duit lebih okay?"

Lia menggeleng kepalanya. Aik dah kenapa? Dia menyambung menulis kembali,

'Lia tak nak bear, cukup kakak ada dekat dengan Lia, Lia suka,'

Aku terharu mendengar kata-kata Lia.

Aku tersenyum.

"Lia, petang ni kita keluar pergi taman nak? Kita pergi main kat sana," ujarku.

Lia mengangguk sambil mempamerkan wajah gembira.

•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●●•●•●•●•●•●•●

Tengku Aiman sedang menunggu sahabatnya Shah di starbucks.

Haih lambat betul mamat ni, kalau aku kata ada perempuan cantik ramai kat sini, laju lah dia, taknak terlepas konon, menyampah.

Sambil-sambil tu, Tengku Aiman sedang memeriksa telefon bimbit dia, dan masuk ke aplikasi whatsapp. Dia baru teringat, Zaara ada whatsapp semalam.

Dia buka chat itu dan terus menaip,

It's you, only you!Where stories live. Discover now