Selesai je makan malam, Dato' Zarif meminta semua ahli keluarga berkumpul di ruang tamu. Eh, aku pun ada sekali. Mak Salmah dan Pak Mail pun ada jugak. Eh ni bukan perjumpaan ahli keluarga ni. Ni perjumpaan isi orang dalam rumah ni. Apa aku merepek ni. Ya lah, aku, Mak Salmah dan Pak Mail bukan dari ahli keluarga Dato' Zarif dan Datin Zafirah. Ya tak? Apa-apa je lah.
Datin mengambil tempat duduk di sebelah Dato' dan Tengku Aiman duduk berhadapan dengan Datin. Lia pula duduk di atas riba Datin. Aku, Makcik Salmah dan Pak Mail berdiri kat sisi sofa. Macam bodyguard lah pulak.
"Eh, jemput lah duduk sekali Mak Salmah, Pak Mail dan Zaara. Kenapa nak berdiri pulak? Tak berguna lah kalau saya beli sofa mahal-mahal tapi tak digunakan," Kata Dato' Zarif.
"Betul tu, jemput duduk," sambung Datin zafirah.
"Terima kasih uncle," ujarku sambil tersenyum.
"Terima kasih Dato'," kata Pak Mail dan Mak Salmah serentak.
Dato' Zarif hanya mengangguk.
"Tujuan saya minta kamu semua berkumpul kat sini sebab ada perkara yang saya ingin maklumkan kepada semua," ujar Dato' Zarif.
Muka Datin Zafirah nampak happy je. Kelihatan teruja gitu. Dah kenapa eh? Berita apa? Takkan Datin mengandung lagi kot? Hah? Kalau betul lah kan, Tengku Aiman dapat adik baru lagi ke? Hahaha. Apa yang kau merepek ni Zaara?
Kembali ke alam nyata.
"Anak bongsu kami, si Farhan akan pulang ke Malaysia malam esok," ujar Datin Zafirah teruja.
Ohh. Anak lelaki dia yang lagi sorang tu nak balik rupanya. Ingatkan mengandung lagi. Eh Zaara apa kau ni mengarut sangat. Back to reality please?
"Dah berapa lama Tengku Farhan dah tak balik Malaysia Datin. Eh, aunty?" Apa aku ni asyik tersasul.
"Dah hampir 6 tahun dia menetap kat sana, ikut pak cik dia, adik uncle kamu ni. Baru harini, terbuka hati dia nak balik kat sini," Ujar Datin Zafirah lagi.
"Betul tu, lagipun dah lama dia tak pulang ke sini. Uncle dengan aunty ni dah rindu sangat dengan si Farhan ni. Tengok aunty kamu punya excited tu." Ujar Dato' Zarif.
"Mana tak excited-nya, dah lama aunty tak pegang tak jumpa tak peluk tak cium anak aunty tu. Dah jauh sangat. Nak pergi melawat pun, dia asyik mengelak je. Aunty pun tak tahu kenapa. Selama ni pun aunty dengan uncle bercakap dengan dia melalui skype je," tambah aunty lagi.
Tengku Farhan yang diam memerhati dari tadi kini bersuara,
"Betul ke mama Farhan nak balik sini?" Tanya Tengku Aiman.
"Betul lah tu Aiman oi. Kamu tak rindukan adik kamu ke?"
Tengku Aiman termenung sekejap.
'Kalau dia balik, mesti dia akan usha Zaara. Dah la dia ni sweer talker. Mulut manis,' desis hati Tengku Aiman.
"Yang kamu termenung ni dah kenapa? Tak suka ke Farhan nak balik Malaysia?" Tanya Datin Zafirah.
"Taklah mama. Of course la, Aiman suka adik Aiman nak balik sini," jawab Tengku Aiman. Kepalanya masih lagi memikirkan pasal tadi.
"Kami tak payah nak risaulah, Farhan tak akan kacaulah hak kamu tu," ujar Datin Zafirah sambil memuncungkan mulut ke arah Zaara.
"Apa ni mama," tanya Tengku Aiman sambil mengurut lembut lehernya.
Aku yang setia menjadi pendengar dari tadi menjadi pelik. Dah kenapa Datin Zafirah memuncungkan mulut dia ke arah aku semasa bercakap dengan Tengku Aiman? Sungguh aku tak faham. Apa kaitan aku?
YOU ARE READING
It's you, only you!
RomanceSlow Update- Stay tuned! Mengisahkan tentang Zaara Elina yang nak bekerja tapi ayahnya tidak membenarkan. Dia membuat macam-macam untuk menyejukkan hati ayahnya dan akhirnya ayahnya bagi juga dia bekerja, tapi dengan arahan dia lah. Zaara Elina disu...