Letih. Itu je yang mampu aku gambarkan. Bukan main gembira si Lia tu bermain tadi. Aku syak ni pertama kali dia bermain. Ya lah, takda kawan. Dato', Datin, encik boss kan sentiasa busy. Mesti takda masa nak layan karenah Lia. Sebab tu lah Dato' dan Datin cari pengasuh untuk jaga cucu diorang. Tapi bagi aku kan, Lia ni baik je. Dahlah senyuman manis. Kalau Lia boleh bercakap mesti merdu suara dia. Aku pulak yang tak sabar nak tunggu saat kegemilangan tu.
Selepas penat lelah bermain. Aku mengajak Lia ke gazebo dekat dengan kolam renang. Saja nak lepak-lepak ambil angin. Nak keringkan peluh pun okay jugak dengan angin sepoi-sepoi bahasa ni. Kawasan bukit lah katakan. Lia berbaring di sebelah aku. Aku taknak lah kacau. Biar dia berehat dulu.
Setelah beberapa minit, selepas aku rasa peluh dah kering. Aku mengajak Lia masuk. Kami berjalan beriringan ke bilik Lia. Tiba masanya nak uruskan Lia.
"Lia. Jom mandi. Kakak bersihkan badan Lia eh? Dah busuk bau Lia. Main banyak sangat tadi," ujar aku sambil membuat muka menahan busuk.
Lia mengangguk dan mengajuk perbuatanku. Aku hanya ketawa melihat telatah Lia. Selesai je uruskan Lia. Aku mengajak Lia masuk ke bilik aku pula. Ya lah. Aku nak solat maghrib dan Isya dulu. Baru kami akan pergi makan malam bersama dengan encik boss.
Menurut kata Mak Salmah, keluarga Dato' ni memang selalu makan malam selepas Isyak. Mereka akan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu. Dalam diam aku mengagumi keluarga ini. Lebih mengutamakan solat dalam segala hal. Aku tersenyum.
.
Selesai je solat Maghrib, aku mengambil al-Quran dan membaca sementara nak tunggu waktu Isyak. Sedang asyik aku mengaji al-Quran. Lia datang dan lantas duduk bersila di depan aku. Lia memandang aku dengan penuh minat. Sesekali aku hanya tersenyum ke arah Lia semasa mengaji.
Masuk je waktu Isyak aku terus bangkit dan memberi isyarat ke arah Lia untuk duduk-diam-diam kat atas katil.
Selesai je aku berdoa, ku lihat Lia berlari terkedek-kedek sambil membawa buku lukisan dia dan duduk bersila di hadapan aku. Aku melihat dia menulis, 'Sedap suara kakak mengaji, nanti kakak ajar Lia mengaji jugak eh? Lia nak pandai mengaji jugak macam kakak.'
Aku tersenyum ke arah Lia sambil tu tangan aku mengusap kepalanya dengan penuh kasih sayang sambil mengangguk dan berkata, "InsyaAllah Lia. Kakak janji kakak ajarkan Lia sampai Lia pandai macam kakak," Lia hanya tersenyum gembira setelah mendengar kata-kataku.
Bagus Lia. Ada niat nak mengaji. Budak-budak sekarang ni bukan main liat nak mengaji. Ya lah, masing-masing ada gajet tersendiri di tangan. Bukan nak salahkan mak ayah atau sesiapa. Tapi kita sebagai orang dewasa haruslah menunjukkan sikap yang baik yang boleh kanak-kanak contohi. Kanak-kanak ibarat kain putih. Kain putih ni lah yang akan menyerap warna-warna lain untuk menonjolkan diri dia yang lain. Sama ada menjadi budak baik atau nakal.
"Okay Lia. Jom keluar. Makan malam. Kesian Pak ngah Lia nanti lapar, jadi singalah dia nanti," ujarku sambil ketawa sopan. Lol.
.
Melihat Tengku Aiman duduk di meja makan sambil bermain dengan telefonnya buat aku serba-salah. Ya lah. Ibu selalu berpesan jangan buat sesiapa tertunggu-tunggu kehadiran kita. Kalau kita yang tunggu tak apa.
Sampai di meja makan aku mengangkat Lia duduk di atas kerusi. Aku mengambil tempat di sebelah Lia. Aku mengerling seketika ke arah encik Boss. Macam adudu pulak bunyinya.
Ehem. Aku berdehem sikit. Nak pulihkan suara aku. Dia yang tersedar bunyi deheman terus meletakkan phone dia di tepi. Dia pandang ke arah Lia sambil tersenyum lalu menegur Lia, "Lia dah lapar?" Ku lihat Lia mengangguk dan teruja. "Okay jom makan! Lia suka ayam masak merah kan?" Lia lagi teruja. Pelan-pelan ku lihat encik Boss mengambil lauk tersebut dan letakkan ke dalam pinggan Lia. Wahh, baik jugak boss aku ni.
![](https://img.wattpad.com/cover/119986383-288-k870805.jpg)
YOU ARE READING
It's you, only you!
RomanceSlow Update- Stay tuned! Mengisahkan tentang Zaara Elina yang nak bekerja tapi ayahnya tidak membenarkan. Dia membuat macam-macam untuk menyejukkan hati ayahnya dan akhirnya ayahnya bagi juga dia bekerja, tapi dengan arahan dia lah. Zaara Elina disu...