Bab 19

163 7 8
                                    

Setelah siap menunaikan amanat sebagai seorang hamba yang taat, aku segera ke ruang makan untuk menghidangkan makanan. Time ni Datuk, Datin dan Tengku Farhan akan pulang ke rumah untuk makan tengah hari bersama. Sudah menjadi rutin harian hidup mereka, yang mereka akan meluangkan masa bersama selagi hayat masih dikandung badan. Kecuali ada kerja yang tidak boleh dielakkan. Acewah!

Setelah siap menyusun pinggan, sudu garfu dan gelas di atas meja, aku segera menapak ke bilik Lia untuk memanggil Lia turun ke ruang makan. Setelah itu, aku dan Lia segera turun, tak mahu bersemuka dengan Tengku Farhan. Huh, menyampah.

Kedengaran bunyi deruman kereta di luar rumah. Mungkin Datuk dan Datin dah pulang. Aku pergi ke arah pintu untuk menyambut kepulangan mereka.

Aku bukakan pintu rumah. Datin Zakirah memandang pelik ke arah aku.

"Eh, kenapa Zaara bukakkan pintu untuk aunty dengan uncle ni?" Tanya Datin Zakirah.

Aku menggaru kepala aku yang tidak gatal ini. Baru je nak jawab soalan Datin tu, ada satu suara sumbang datang menjawab dari arah belakang.
Siapa lagi, Tengku Farhan lah.

"Paan suruh Mak Sal cuti hari ni separuh hari, malam ni dia ada balik," jawab Tengku Farhan.

Datin Zakirah memandang ke arah aku dan Tengku Farhan saling berganti.

"Ni mesti Paan ada buat apa-apa kan kat Zaara? Zaara cepat kasi tau aunty. Aunty tau lah nak buat apa dengan Paan ni," ujar Datin Zakirah.

"Mama, Paan tak buat apa-apa pun kat Zaara. Kan Zaara? Aku ada buat apa-apa yang menyusahkan kau ke?" Tanya Tengku Farhan.

'Eh mamat ni. Menyampah pulak aku. Ada buat apa yang menyusahkan ke tak konon. Yang kau suruh aku jadi bibik kejap ni dah kenapa. Padahal tugas aku jaga Lia je. Ni tetiba kena masak pulak. Tak menyusahkan kau kata?' Gumam hati Zaara sambil membuat muka menyampah.

Aku tarik nafas.

Aku senyum.

"Hm." Aku abaikan soalan aunty dan Paan tadi.

"Jomla aunty kita makan. Zaara dah siapkan lauk tu. Nanti sejuk pula." Ujar Zaara.

"Mana uncle, aunty?" Tanya Zaara lagi setelah menyedari yang Datuk Zarif tiada di situ.

"Oh uncle ada lunch dengan client dia. Baru selesai meeting katanya," ujar Datin Zakirah lagi.

Aku hanya mengangguk faham.

'Tengku Aiman tak balik jugak ke?' Soalan tu aku hanya lontarkan di dalam hati. Gila nak terus terang. Mampus aku nanti. Dahla tak lawa, nak anak orang kaya pulak. Adumak.

"Aiman pun tak balik lunch dengan kita hari ni, sekali dengan uncle tadi baru habis meeting," ujar Datin sambik tersenyum.

'Eh Datin dengar ke aku tanya apa tadi?' Desis hati ku.

"Aunty dengar Zaara cakap tadi tau," ujar aunty.

"Zaara cakap apa aunty tadi?" Tanya Zaara.

"Zaara tanya Aiman balik ke tak lunch kat rumah kan?"

"Mana ada aunty. Zaara diam je tau dari tadi,"

"Hahahaahaha aunty gurau je tadi. Dah-dah. Kenapa muka kamu dah merah je tu? Ni mesti betul kan apa yang aunty cakap ni kan?" Ujar Datin Zakirah.

'Ya allah. Mati-mati aku ingat Datin dengar apa yang aku cakap tadi. Aku syak kan, Datin mesti ada kuasa ni. Woah daebakk!' Eh melalut lagi. Apa ni Zaara. Sedar.

"Tengok tu termenung, betul lah tu,"

"Eh tak. Zaara tengah fikir ibu sihat ke tak kat rumah," bohongku. Ya allah ampunilah dosa ku sebab berbohong. Bohong sunat.

It's you, only you!Where stories live. Discover now