"Huh penat do!" Ujar zaara keletihan selepas penat berzumba dengan rakan-rakannya di dalam dewan kosong di kawasan perumahannya.
"Penat tapi best! Lain kali kita zumba lagi weh!" Ujar Farah. 2 lagi sahabatnya terangguk-angguk sambil meneguk sebotol air mineral.
"Fuhh lega! Apahal best sangat air mineral ni. Nikmat!" Ujar Zafirah sambil membuat aksi ala-ala model berbayar.
"Kau ingat kau cantik buat macam tu?" Ujar aku sambil memandang ke atas.
"Hah Zaara! Kau berapa hari je cuti ni?" Tanya Syakirah tiba-tiba.
"Lah ada suara! Aku ingatkan kau bisu tadi." Ujar Farah sambil ketawa. "Hah Zaara. Aku ulang balik soalan Syak. Kau berapa hari je ni dapat lepak ngan kitaorang?"
"Hek eleh. Takyah ulang la weh. Kau ingat aku pekak ke apa? Hmm," ujar Zaara sambil membuat gaya seperti berfikir sambil mengira jarinya.
"Lusa aku balik sana balik," sambung Zaara sambil membuat muka sedih. Sebenarnya lebih kepada muka mintak penampar.
"Lol. Kesian nya kau. Sikit gila cuti," sampuk Syak.
"Hm kan? Tapi takpe. Duit masyuukk. Kau apa ada? Makan tidur makan tidur, kan?" Tebakku.
"HAHAHAHA, kau macam lah tak kenal aku. Aku kan food hunter." Jawab Syak.
"Tapi aku dengki ah ngan kau Syak! Kau makan banyak pun tak pernah nak gendut, benci laaa" rengek Farah.
"Hm. No comment." Ujar Syak. "So Ahad ni la kau balik sana? Apahal diorang baik hati sangat bagi kau cuti seminggu?" Sambungnya lagi.
"Haha. Diorang memang baik lah weh! Ada ke cakap macam tu. Haha. Diorang sekeluarga pergi bercuti kat London." Ujarku.
"Oh dahtu kenapa kau tak ikut sekali?"
"Soalan kau ni memang tak pandai. Macam kau. Buat apa aku nak ikut diorang. Aku bukan ahli keluarga diorang pun. Apalah kau ni,"
"Eh. Ya tak ya jugak! HAHAHAHA. Eleh. Bukan ahli keluarga konon. Macam lah aku tak tahu kau asyik termenung je sekarang. Mesti ingatkan kat anak tuan rumah kan? Apa nama kau cakap haritu? Syakir? Bakhil? Takil?"
"Kau merepek apa do? Buang tabiat nak mampus ke apa kau ni. Syakir lah weh!"
"Amboi marahhhhh, salah sebut nama pun nak marah. Syak. Nama crush dia sama dengan kau ah!" Jerit Farah.
Zaara segera menepuk kasar lengan kanan Farah. Haa rasakan. Bising nak mampus.
"Sakit lah senget!"
"Lain kali bisingla lagi. Kenapa kau tak pergi masjid terus. Laung nama syakir kuat-kuat guna mikrofon kat sana. Entah-entah dia kat London pun boleh dengar suara kau kat sini," marahku.
"Haha. Aku gurau je la. Haa betul lah ni. Mesti kau ada hati dengan dia kan? Ececececey,"
"Ada tu ada la. Tapi sikit je, dia bukan suka aku pun,"
"Kau dah tanya ke dia? Belum cuba belum tahu weh?" Ujar Syakirah diselangi anggukan oleh kedua-dua kawannya yang lain.
"Hek eleh. Aku tau ah weh. Dia orang kaya kot, takkan nak dekat aku yang takda apa-apa ni.." ujar ku perlahan.
"Ni lah melayu. Belum cuba belum tahu. Pantang mak nenek aku..."
Belum sempat Farah menghabiskan ayatnya, aku terus menyampuk geram, "Tu mak nenek kau lah. Bukan mak nenek aku. Jangan nak mengarut. Aku sedar diri, sebab tu la aku tak confess. Buat malu kaum je," balasku."Alah. Apa salahnya mencuba. Habis tu aku tengok kat twitter ade je yang kahwin dengan crush dia. Perempuan yang make first move,"
"Tu dia. Bukan aku. Eh dahla. Kalau bincang pasal ni. Sampai esok pun belum tentu habis. Dah jom gi makan? Aku mengidam nak makan warung Uncle Jo la," ujar Zaara.
YOU ARE READING
It's you, only you!
RomanceSlow Update- Stay tuned! Mengisahkan tentang Zaara Elina yang nak bekerja tapi ayahnya tidak membenarkan. Dia membuat macam-macam untuk menyejukkan hati ayahnya dan akhirnya ayahnya bagi juga dia bekerja, tapi dengan arahan dia lah. Zaara Elina disu...