Bab 4

163 10 0
                                        

Seminggu berlalu...

"Zaara dah siap packing barang ke? Nak ibu tolong Zaara tak? Terjongol wajah Puan Zalina di sebalik pintu bilik anaknya.

"Eh ibu buat apa kat pintu tu? Dah lama ke berdiri kat situ? Meh la duduk dekat Zaara.." Ujar Zaara sambil menepuk-nepuk tilam di sebelahnya.

"Taklah. Ibu baru je berdiri kat sini. Esok anak ibu dah nak pergi sana. Lama tu, 3 bulan lah ibu tak boleh nak tengok Zaara," Puan Zalina berjalan ke arah Zaara dan melabuhkan tempatnya di sebelah Zaara.

"Alaa ibu, jangan lah buat Zaara serba salah macam ni, Zaara nak timba pengalaman je. Lagipun, 3 bulan tu sekejap je. Pejam celik pejam celik, dah habis," Zaara memegang tangan ibunya.

"Ibu mana pernah duduk jauh dengan anak-anak ibu. Mestilah ibu akan rindu kalau salah seorang anak ibu tiba-tiba jauh dengan ibu. Rindulah ibu nak dengar suara kamu potpet-potpet."

"Zaara pun mesti rindukan ibu. Ibu pun apa kurangnya kalau potpet-potpet. Zaara ikut ibu lah ni kuat potpet. Hehehe," ujar Zaara sambil mengemaskan ikatan rambutnya yang longgar.

Puan Zalina memegang tangan anaknya, "Ibu nak, anak ibu jangan tinggal solat, okay? Solat tu tiang agama kita. Zaara kan sekolah agama dulu mesti Zaara tahu tu semua kan?"

"Iya mak. Zaara ingat pesan ibu. Zaara janji akan jaga maruah diri Zaara, jaga aurat Zaara dan macam-macam lagi, Zaara janji!" Aku lantas mengangkat tanganku lalu menabik hormat ke arah ibu.

"Apa-apa je lah anak ibu ni. Cepat kemas. Pergi tidur awal. Dah solat Isyak ke belum ni?"

Aku menggaru kulit kepala ku. Acah-acah gatal. "Belum lagi ibu, nak siapkan ni dulu lepastu baru Zaara pergi solat."

"Zaara, solat mesti diutamakan dalam apa-apa hal. Jangan utamakan benda yang tidak penting. Uruskan hal ukhrawi baru duniawi. Ingat pesan ibu. Dah pergi solat dulu."

"Okay ibu, Zaara nak solat dulu lah. Ibu..."

"Ya, Zaara.."

"Zaara...nak...ibuu..tutup...pintu bilik sebelum keluar nanti hehehehe"

"Haih budak ni. Tutup sendiri ada ke suruh ibu tutup pintu bilik dia"

"Ala gurau je ibu, nanti ibu mesti rindukan Zaara kann.."

"Ya ibu tau..."

•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•

"Kakak, betul ke kakak nak kerja jauh dari adik ni?" Tanya adik kembarku, Syafira.

"Iyalah, kakak nak pergi kerja. Mana ada jauh. Dekat je. Ajak lah ayah nanti jenguk kakak dekat rumah kawan ayah tu"

"Ala tak best lah. Nanti Fira dengan Kira mesti bosan. Fira ngan Kira kan suka kacau kakak."

"Kacaulah ibu pulak. Ni asyik kakak je. Kakak pun dah bosan nak lari dari adik kakak ni,"

"Ala kakak ni, jangan lah cakap camtu ngan adik. Jangan pergi lah kakak. Adik janji adik takkan kacau kakak lagi.." ujar Fira sambil buat muka kesian diikuti oleh anggukan oleh Kira.

"Kakak gurau je adik eh. Jangan lah ambik serious. Nanti kakak dapat gaji, kakak belanja adik hadiah satu sorang okayy?"

"Yeayy kakak jangan lupa tauu"

Sementara itu, ayah berdehem. "Jom Zaara. Nanti lewat pulak sampai rumah kawan ayah tu."

"Okay ayah. Ibu nak salam" ibu menghulurkan tangannya sambil berkata, "ingat tau pesanan ibu, jangan susahkan orang tau nanti,"

"InsyaAllah ibu,"

Aku berjalan dan masuk ke dalam kereta. Aku melambai tangan ku ke arah ibu dan adik-adikku. 'Sebaknya hati aku'

Semasa dalam perjalanan ke sana, ayah sempat berpesan kepada ku, supaya jaga maruah aku, aurat aku dan sebagainya. Aku hanya mengangguk.

Sesekali juga ada aku bersembang dengan ayah di dalam kereta.

●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●

Setelah 2 jam perjalanan, akhirnya sampai ke kawasan perumahan mewah.

'Amboi, besarnya rumah' desis hatiku.

Aku bertanya kepada ayah aku, "Kawan ayah tu kerja apa? Besarnya rumah dia."

"Dia memiliki cawangan hotel 5 bintang di KL. Jadi, dia pemilik hotel lah"

"Ooh. Banyaknya. Taknak kasi kat ayah satu ke hotel dia tu,"

"Amboi anak ayah. Usaha orang dari dulu, mana ada orang nak beri aset kejayaan kepada orang. Semua orang bermula dari bawah kalau nak berjaya,"

"Apa salahnya. Haha okay ayah, Zaara gurau aja,"

"Zaara keluar kejap. Pergi tekan loceng tu,"

Zaara melangkah keluar dari perut kereta ke arah loceng rumah itu dan menekannya. Ding Dong! Ding Dong!

Tiba-tiba pagar itu dibuka dari dalam dan kelihatan seorang pemuda berusia 20-an berdiri di tepi pintu kereta BMW-nya. Ayah memandu kereta ayah ke dalam dan keluar dari kereta untuk bercakap dengan lelaki tadi.

Aku hanya memerhati lelaki tadi. 'Macam pernah lihat lelaki ni, tapi kat mana ha?' Fikirku. 'Abaikan je lah.'

Ayah bersalaman dengan pemuda itu dan bertanya tentang apa pun aku tak tahu aku malas nak ambil kisah. Mata aku melilau ke arah sekeliling rumah. 'Cantiknya!' Bila aku boleh dapat rumah macam ni?'

Mata Tengku Aiman bergerak melihat makhluk di tepi pakcik. Baginya perempuan itu macam jakun tengok pemandangan di luar kawasan rumahnya itu.

Eh kejap.

'Bukan ke tu si pendek? Perempuan pendek yang aku langgar tu? Yang kata aku jalan pakai lutut tu?' Desis hati Tengku Aiman.

'Tak salah lagi, kecik betul dunia ni kan'

Zaara terpandang lelaki tu. 'Dah kenapa laki tu pandang aku? Nak kata aku cantik, biasa je sebab aku takda pakwe, hm biarlah dia,' aku menjongketkan kening aku dan memberi isyarat kau-kenapa-pandang-aku. Haa boleh bayang kan?

Tengku Aiman tersentak, lalu mengalihkan wajah ke arah lain.

Setelah beberapa jam bersembang, ayahku lantas meminta diri.

"Pakcik dah nak balik ke? Mari lah makan tengahari dahulu sebelum pulang?"

"Tak apalah nak, pakcik ada kerja nak diuruskan lepasni. Ada orang nak hantar barang kat kedai pakcik. Nak tak nak pakcik kena balik jugak,"

"Ooh kalau begitu takpelah pakcik, nanti pakcik datang lah lagi, jenguk-jenguk anak pakcik,"

"Ada-ada saja kamu," ayah berdehen dan memanggil aku. "Zaara, ayah nak cakap sikit,"

"Ya Ayah. Kenapa?"

"Zaara buat kerja betul-betul tau? Jangan asyik bermain dengan telefon. Jaga diri Zaara. Kalau nak apa-apa inform je kat ayah. Ayah dan ibu selalu ada untuk Zaara."

"Baiklah ayah. Zaara ingat pesanan ayah. InsyaAllah."

Ayah pergi meninggalkan rumah agam itu dan aku akan memulakan hidup baharu aku selama 3 bulan dekat sini. 'Moga Allah permudahkan. Aminn.' Doaku di dalam hati.

It's you, only you!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang