Bab 9

137 8 0
                                    

Keesokan harinya..

Tengku Aiman turun tangga dan segera ke meja makan untuk bersarapan. Ku lihat wajahnya sangat gembira. Haih menang cabutan bertuah ke.

"Good morning, daddy, mama" tegur Tengku Aiman sambil melabuhkan punggungnya ke kerusi.

"Morning Aiman. Kamu dah kenapa tersengih-sengih macam kerang busuk ni?" ujar Datin zakirah.

"Hahaha. Happy sangat eh muka Aiman?,"

"Ya lah. Kamu dah jumpa calon menantu untuk mama kan? Sebab tu kamu happy, kan?" Ujar Datin Zakirah dengan ceria.

"Haish apa mama ni, Aiman dapat uruskan projek kat Pulau Pinang lah mama. Ni bahagia ni," Tengku Aiman menjawab sambil menggigit sedikit roti bakar.

"Hm. Ingatkan dah boleh dapat menantu tadi. Lambat lagi lah mama boleh timang cucu. Kan Zaara?"

Aku yang hanya mendengar perbicaraan dua beranak tersentak tatkala namaku disebut.

Sambil menggaru kepala, "Haa apa aunty?"

"Awalnya Zaara mengelamun. Aunty cakap tadi. Makin lambat lah aunty nak timang cucu. Aiman tak jumpa lagi calon isteri,"

"Err. Nanti adalah jodoh er.. boss dengan siapa-siapa aunty. Aunty sabar je. Zaara tengok aunty masih muda lagi," jujur aku katakan raut wajah aunty Zakirah tidak nampak seperti umur 40-an. Walaupun umurnya dah 45 sekarang, kulit wajahnya masih lagi tegang. Rambut pun kurang uban. Pandai Datin Zakirah jaga badan. Eh. Dah namanya datin kan. Mana ada datin selekeh. Ye tak?

"Eh kamu ni ke situ pulak," ujar Datin Zakirah malu-malu sambil memegang kulit wajahnya.

"Ya lah Datin.. eh maksud saya aunty.. saya jujur ni,"

"Nanti kalau kamu jadi menantu aunty, aunty ajar kamu cara jaga kulit kita supaya sentiasa sihat dan tegang ya?" Ujar Datin dengan senang hati.

Erkkk.

Tengku Aiman yang sedang minum air tea yang dibancuh oleh Mak salmah tadi terbatuk-batuk setelah mendengar komen ibunya tentang nak jadikan aku sebagai menantunya.

Setelah Tengku Aiman mengelap mulutnya dengan sehelai tisu, dia mula bersuara,

"Apa ni mama, tersedak Aiman dengar mama cakap macamtu, macam takda orang lain,"

"Bukan mama nak bagi kat kamu pun. Mama nak bagi kat adik kamu lah, si Farhan tu kalau kamu taknak," balas Datin Zakirah.

Aku hanya ketawa dalam hati apabila melihat muka cemberut Tengku Aiman. Perasan sangat. Padan muka dah kena dengan Datin.

"Zaara.. kamu tak kenal lagi kan dengan anak aunty yang lagi sorang tu kan?"

Aku mengangguk seketika dan menjawab, "aah belum aunty,"

"Bulan depan dia balik dari Sydney. Kamu boleh lah berkenalan dengan dia,"

"Err. Takpelah aunty,"

"Apa pula macam tu, berkenalan je. Mana tahu si Farhan berkenan kat kamu, nanti kamu boleh jadi menantu aunty,"

Lia menepuk-nepuk peha aku. Ya Allah untung Lia tolong kacau 'conversation' ni. Aku tak mampu lagi nak menjawab. Alhamdulillah ya Allah.

"Ya Lia? Lia nak apa,? Tanyaku kepada Lia.

Lia menunjukkan ke arah susu segar yang duduk di sebelah aku.

"Lia nak susu ni?"

Lia mengangguk.

"Okay, here we go," ujarku sambil menuangkan susu segar tersebut ke dalam cawan plastik dan menghulurkan kepada Lia.

Tanpa Zaara sedari, Tengku Aiman asyik melihat ke arah Zaara semasa Zaara melayan Lia.

It's you, only you!Where stories live. Discover now