Jam menunjukkan pukul 1.30 tengah hari.
'Dah nak masuk waktu zohor' getus hatiku.
Mataku menari ke kiri dan ke kanan untuk mencari Lia. Nah! Kat sana rupanya. Tengah mewarna kat depan tv. Aku melangkah beberapa langkah ke arah tv dan menegur Lia. Lia hanya tersenyum dan meneruskan aktivitinya.
Aku memulakan perbicaraan.
"Lia.. kakak nak solat kejap.. Lia tunggu kat sini ya?"
Lia pandang aku, dan membuat isyarat tunggu-sekejap. Aku tunggu Lia menulis di atas buku lukisan dia.
"Lia nak ikut kakak jugak,"
Oh nak ikut aku jugak.
"Okay jom ikut kakak." Aku berjalan sambil berpegangan tangan dengannya ke bilik ku.
Aku buka pintu bilikku dan menyuruh dia duduk di atas katil aku. Dia mengangguk. Aku masuk tandas untuk membersihkan diri sekejap.
Setelah siap membersihkan diri dan menggambil wuduk. Aku menghampar sejadah ke arah kiblat dan memakai telekung. Sebelum solat, ku melihat ke arah Lia, tekun betul dia mewarna gambar.
-----------------------------------------------------------
"Ya Allah, aku mohon kepadamu Ya Allah. Kau berikanlah aku kejayaan di dunia dan di akhirat. Kau lindungilah aku dari kejahatan jin dan manusia. Kau permudahkanlah segala urusan aku ya Allah. Hanya kepadamu aku memohon Ya Allah. Kau ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapa ku, dosa adik-adikku, dosa mukminin mukminat, muslimin muslimat. Ya Allah ya tuhanku, kau sembuhkanlah penyakit Lia. Kau berikanlah Lia kesihatan agar Lia boleh berkomunikasi dengan kanak-kanak sebaya dengannya ya Allah. Rabbana aatina fidduniya hasanah wafil aakhiroti hasanah waqina azabbannar, wassollallahu ala sayyidina muhammad wa ala ahlihi wasahbihi wassalam. Walhamdulillah hirrabil alamin. Amin."
Aku meraup muka ku setelah berdoa. Ku berpusing menghadap ke arah Lia. Tidur.
'Lia tidur kat sini, kesian dia letih'
Aku bangun dah mengalihkan posisi tidur Lia supaya dia lebih selesa. Aku mengemaskan tempat solatku dan menyarung tudung ku kembali. Aku nak ke dapur. Tiba-tiba rasa dahaga. Aku membiarkan Lia tidur dahulu.
Baru aku nak bukak pintu bilik aku, eh.. 'bukan ke aku tutup rapat-rapat dah ke sebelum aku solat, Lia kot buka, hmm apa-apa je lah.'
•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•●•
Aku membuka peti lalu aku mengambil air sejuk dan terus ke meja dapur.
Aku mengambil gelas di dalam kabinet dapur itu. Lalu ku tuang. Nikmat betul minum air sejuk ni.
"Kau ni minum air pun boleh berangan. Apa ke sedap sangat ke air sejuk kau tu?" Ujar Tengku Aiman yang tiba-tiba duduk di hadapan aku.
'Eh bila masa pulak mamat ni duduk sini,'
Aku diam je. Mana boleh lawan. Dia kan boss. Tak pasal-pasal nanti aku kena pecat. Baru sehari bekerja kot.
"Kau kenapa diam. Aku tanya tu jawab lah," ujar Tengku Aiman lagi.
"Sedap alhamdulillah boss. Hilang dahaga saya," ujarku dengan tenang.
"Hmm apa-apa je lah kau ni. Ni aku nak cakap sikit,"
'Aku jawab pun salah' hm.
"Ya boss. Ada apa?""Pasal Lia. Nanti aku nak kau uruskan jadual harian Lia tau. Kertas yang aku bagi tu jadual belajar Lia." Tengku Aiman menghulurkan kertas tu kepada aku. Selepas aku belek-belek kertas tu. Dia sambung, "hm, kau aturkan jadual Lia lepas pukul 3 hingga malam. Lepas kelas dia dengan private tutor tu, aku nak dia rehat dulu."
![](https://img.wattpad.com/cover/119986383-288-k870805.jpg)
YOU ARE READING
It's you, only you!
RomanceSlow Update- Stay tuned! Mengisahkan tentang Zaara Elina yang nak bekerja tapi ayahnya tidak membenarkan. Dia membuat macam-macam untuk menyejukkan hati ayahnya dan akhirnya ayahnya bagi juga dia bekerja, tapi dengan arahan dia lah. Zaara Elina disu...