Bab 25

135 6 3
                                    

Tengku Aiman segera menghampiri Zaara yang sedang khusyuk mendengar lagu yang dinyanyikan oleh sekumpulan band yang dibayar khas di atas pentas. Tiba-tiba...

"Oh mak kau!" Zaara melatah sambil mengurut dadanya setelah melihat siapa gerangan yang berada di sebelahnya tadi. "Ya Allah, terkejut saya! Boss dah kenapa duduk sini menyelinap macam hantu toyol je ni, bagi la salam ke apa ke, haduh la, nasib baik saya tak tunjukkan skill karate saya lagi tau. Kalau tak! Habis lebam muka boss nanti!" Kata Zaara seperti berdas-das peluru yang ditembak oleh musuh tanpa menghiraukan keadaan si musuh. Tetiba je kan? HAHAHA maaf.

Keadaan sunyi seketika.

"Dah kenapa diam boss?" Tanya Zaara aneh.

Tengku Aiman berdehem seketika dan meneruskan katanya, "Dah habis? Ingatkan nak tembak aku lagi dengan kata-kata kau tu.."

"Eh eh eh terasa ke boss? HAHAHA saya cuma cakap apa yang betul je HAHAHA," sambung Zaara.

"Apa yang betulnya?"

"Betul lah,, er yang saya ada skill karate lah.." Kata Zaara tiba-tiba sambil menggarukan kepalannya.

"HAHA apa-apalah kau, esok pun takkan habis kalau aku asyik berperang mulut dengan kau je ni kan?" Balas Tengku Aiman sambil memandang ke arah mata Zaara. Lain.. Lain dari yang sebelum ini.

"Err. OK boss. Terbuktilah kan, saya ni selalu je menang kan? Perempuan mana pernah kalah kan? kan? kan boss?" Tanya Zaara untuk mengalihkan pandangan Tengku Aiman dari memandangnya.

"Boss.. oo Boss" Panggil Zaara sambil menepuk tangannya perlahan-lahan di hadapan muka Tengku Aiman.

"Ha'ah ye. betul lah tu" Kata Tengku Aiman setelah tersedar dari lamunannya.

"Apa yang betul? Kuat termenung betul boss sekarang kan? Tengah ingatkan Awek kat negeri mat salleh tu ke?" Tebak Zaara.

"Huh apa kelas ingatkan mat salleh, baik aku ingat kat kau je,"

"Hah apa boss?"

"Apa kau ni. Dah-dah! Aku nak dengar diorang nyanyi lagu favourite aku!"

"Apa-apa je lah boss. Dia yang kacau kita dulu, hampeh betul la,"

Tersenyum senget Tengku Aiman mendengar kata-kata Zaara. Well, ayat-ayat Zaara selalu membuat dia tak tentu arah, selalu buat dia rasa macam selalu terasa di awan-awangan, macam orang gila bayang pun ada. Tapi, apakan daya, dia masih belum berani macam Naruto untuk meluahkan perasaan suka kepada Zaara.

Dia ingin membiarkan Zaara melanjutkan pelajarannya dahulu, dan meneruskan cita-cita yang Zaara impikan. Zaara masih muda, begitu juga dia. Masih belum banyak yang dia belum capai lagi. Cita-cita Tengku Aiman adalah menjadi seorang business man yang berjaya dan dikenali ramai di usia yang muda.
***
Tengku Farhan terlihat Zaara dari jauh bersama abangnya. Dia perlahan-lahan berjalan ke arah Zaara dan duduk di sebelahnya sambil berdehem.

'Tak perasan ke aku duduk sebelah dia ni?' gumam hati kecil Tengku Farhan.

"Zaara.." Tengku Farhan akhirnya bersuara setelah lama mendiamkan diri dek kerana kehadiran dirinya tidak diendahkan.

Zaara berpusing tatkala terdengar namanya disebut.

"Eh Paan!" Tegur Zaara dengan nada terjerit-jerit. Excited jumpa orang. Macam lama dah tak jumpa. Eh eh memang lama pun! 2 minggu je. HAHAHAHA.

"Iye Zaara. Saya lah ni, Paan. Your Paan."

"euw, im not yours okay? So, mind yourself." jawab Zaara sambil matanya terlihat ke arah Tengku Aiman yang ralik menatap skrin telefonnya sambil tersengih-sengih. 'Hm Boss tak kisah pun kan adik dia cakap macam ni kat aku,' gumam hati Zaara perlahan, sugul barangkali.

It's you, only you!Where stories live. Discover now