Tau tak camana rasa bila kita suka sangat kat seseorang. Kita usha dia dari sebelum ada huruf A sampai la selepas ..selepas huruf Z. Habis semua kata_kata kita keluarkan bicara. Tapi dia kata hati dia pada orang lain. Suka punya pasal.. kita buat macam taktau je.
Setiap masa kita tegur seperti biasa. Harap ada sikit rasa kat hati dia. Tapi tiap masa jugak dia bercerita pasal DIA. Beruntung la DIA.. menjauh pun masih di kejar dia. Dia yang kita kejar bukan sape-sape pun kat hati dia.
Selalu jugak dia mintak macam-macam pendapat, cara untuk lupa atau lebih dekat kat DIA. Suka punya pasal kita bagi dia berbagai pendapat. Padahal pendapat tu untuk diri kita sendiri. Tapi sebab kita suka dia. Kita buat degil je.
Satu masa dia kata... Dia dengan DIA bertegur sapa lagi. Bercerita dengan bahagia... Sedangkan dia tahu hati kita pada dia. Sampai sini hati kita dah macam takda... Boleh berhuhuhu saja lah.. sambil berdendang lagu dj dave.."kemana ku bawa ati yg pilu". Merajuk sendiri.. Bawak diri.. tapi apakah dia peduli?? ✓ tak ✓.
Sampai satu tahap kita rasa kita memang takda harapan dah. Suka dan sayang punya pasal dia tetap kita jaga.. puas jugak kita berkata.. sampai satu masa dia akan ada sikit.. sikit je rasa kesal atau sedih bila kita takda. Tapi apa dia akan rasa?? Tak.. cuma kita yang sebenarnya rasa amat sedih.. nak melepaskan rasa itu. Sedih sendiri. (Sambil lap airmata).
Kita pandang dia seperti biasa. Kita ada bila dia kata hai. Dia diam je bila kita hye. Takpa la.. dia memang macamtu. Kita pun dah boleh bercerita pasal bulan bintang dengan yang lain.. Kita dah mula terima hye yang lain. Kita dah boleh lupa sikit sedih dia terlupa pada kita. Tapi dia tetap kita jaga... Sedih bila dia sedih kerana DIA.
Tau tak macamana rasa bila kita tau sebenarnya dia suka pada kita. Kalau sebelum ini bicara kita pada dia bersulam airmata. Airmata kerana hanya kita yang suka gila kat dia. Tapi kini bicara kita dengan dia berteman airmata.. airmata kerana tahu dia suka kita.. sedangkan kita dah bercerita dengan yang lain. (Sambil lap hingus)
Tau tak macamana rasa bila kita suka kat seseorang tapi cuma kita yang ada rasa suka tu. Pedih..!!! Tapi takpe la... Kalau dah memang suka. Biar la macamtu selamanya. Mungkin macamtu perasaan dia pada DIA. Biar la dia bahagia selamanya.
YOU ARE READING
muka ketat (Cerpen)
Mystery / ThrillerCerita-cerita pendek dan bebelan terlajak yang aku kumpulkan dalam satu buku. Cerpen psikopat/psycoparth adalah percubaan aku nak lari dari rasa belas dan kelembutan dalam penulisan. Nak belajar jadi orang kejam! Muka ketat tu.. sebab muka kucing...