sangkak

150 14 2
                                    

Tahu tak apa itu sangkak?

Sangkak ni macam ni je lebih kurang maksudnya ساڠکق

Definisi : ; menyangkak, menyangkaki
1. menggalangi,merintangi;
2. menentang, melawan.

Ini kisah pemancing tegar yang degil tahap tinggi.

Selepas misi mencandat sotong kat Kemaman Terengganu kurang berjaya, walaupun masa aku turun ke laut tu beramai-ramai dengan boat-boat yang lain sebab diorang kata 22/7/2019 tu adalah malam pesta mencandat sotong.(Ingat ni aku tergelak). Kelakar bagi aku dengan Kila. Tapi mengerikan bagi mak aku. (Kena bebel la kan masa kami kat homestay). Dia kata dia bercuti macam tak bercuti tak boleh tidur malam tu sebab kat homestay angin kuat dan hujan lebat. Dia risau dua orang budak baik masih kat tengah laut.

Misi ni mulanya meriah. Laut Kemaman berlampu berwarna-warni. Ada la sotong yang sangkut. Tapi aku dah mula rasa nak menurun kungfu mabuk. Jarang tau aku mabuk. Boleh dikatakan ni kali kedua aku nak mabuk. Dari berpuluh ntah beratus kali aku ke laut dalam.

Sempat aku muntah hijau dua kali. Ini kali pertama aku muntah kat tengah laut. Selalunya aku cuma puyeng 😇 sahaja.

Dalam pukul 12 malam ombak makin hebat dan tetiba hujan. Hujan lebat sangat. Jadi lah kami semua macam tikus jatuh dalam besen. Mengigil sejuk.

Pendek cerita. Dapat la dalam 2 kilogram saja sotong untuk setiap orang. Lepas hujan kami tak tunggu pagi. Balik lah..sorang pakcik dah sakit-sakit dada.

Tak serik lagi.. plan 2/8/2019 hendak mancing dan mencandat kat Mersing. Lebih lama lagi, kalau di Kemaman cuma semalam, tapi di Mersing 3 hari 2 malam. Ok la aku dengan Kila dah happy semacam. Bersungguh siapkan kerja memasing. Hendak bercutiii.. yes! Yess!! mancing sambil menapak kat Pulau Pemanggil. Yeahh!!!.

Jumaat pagi hendak bertolak ke JB. Barang semua dah dalam kereta, tapi petang khamis whatsapp group berdenting kuat. Sekuat degup jantung Kila lah. Aku relaks je (tipu).hehe

Kawan kat JB kata tekong mintak tangguhkan hari lain atau sehingga cuaca ok baru turun ke laut.

"Wei.. baca betul-betul mesej tekong ni. Dan teliti gambar-gambar yang dia sertakan.

Sepakat 9 orang setuju.

Termenung lah aku dengan Kila membaca empat lima kali mesej yang sama. Berbincang pasal gambar boat diesel yang tenggelam menampakkan muncung je dalam laut.

Ini bermaksud batal la kan. Sebab date lain orang lain dah booking dulu. Harapan palsu  saja kata tangguh.

"Aku nak bercuti ke Perak je la Kil. Kuala Gula. Mancing dari atas chalet. Mimpi pun boleh tarik ikan tau" eh?? Kila jeling aku. Muka kalah dah cuka hehe.

Frust la Kila. Terhempas harapannya seumpama boat yang terhempas depan pintu jeti. Boat baru keluar kawasan jeti sudah dilambung ombak terhempas lalu air laut masuk dalam boat dan tenggelam. Alhamdulillah berlaku masih lagi tak jauh dari jeti.  Kalau dekat laut dalam?.

Kitorang contact tekong Sedili, pun sama. Angin kuat dan laut bergelora. Ramai pakat cancel trip. Ok lah. Aku dah bercadang nak ke utara.

Alang-alang dah cuti lama.

Wiwet!!!
Notification whatsapp Kila bersiul. Aku perhatikan muka dia cerah macam malam disirami cahaya bulan. Berseri. Senyum nak lebar-lebar.

"Babe.. esok pukol 4petang kita naik boat." Dia punya sengeh. haih.. terbantut lagi ke aku nak pergi bercuti??

"Boat mana?"

"Kongkong!! Kita mancing malam je"

"Ribut Kil.. aku nak hidup lama lagi"

"Kita mancing kat kuala sungai je. Jomm laa.. babe semua barang dalam kereta."

muka ketat (Cerpen)Where stories live. Discover now