Satu petang aku dengan adik.. duduk-duduk berehat menikmati udara segar petang depan rumah. Tiba-tiba adik aku bertanya sesuatu yang aku tak jangka.
"kak.. sekarang Malaysia dah baru.. tapi PM kita orang lama."
"nape laa.. orang-orang baru hendak sesuatu yang baru.."
Adik aku terdiam.. berkerut dahinya. Aku tahu dia hendak cakap lagi. Aku malas hendak cakap pasal Malaysia baru atau pun Malaysia lama. Sedari dulu aku di ajar untuk mendoakan kebaikkan untuk Islam dan Tanah Melayu serta diberikan perintah yang bertakwa.
"Tapi kak..."
"haaa..nape??" adik aku terkejut. Terangkat bahunya. hehehe aku dah tergelak kecil.
"Buku yang adik baca dulu tu..??"
"nape laa dik.. biar laa.. semua berlaku dengan izin Allah.. sesuai dengan doa2 rakyat Tanah Melayu.. adik tengok sape paling banyak penyokong?"
"PH.. "
"haa..tentu doa2/kata2 yang mereka semua luahkan yang terbanyakkan.. semakin ramai yang berdoa.. semakin pasti akan Allah makbulkan..sesuai lah apa yang mereka "doakan".
Kata-kata akan jadi doa kan. Sebab itu alim ulama ibu ayah amat berhati-hati dalam berkata-kata. Allah akan beri apa yang kita minta. Jadi semasa berdoa atau berkata-kata pastikan kita faham apa yang kita minta dan perkatakan. Jadi walaupun apa yang kita hadapi masa mendatang kita tahu itu salah kita.. kita tidak buruk sangka dengan Allah.
"buku tu kak.. pening laa."
"adik.. pernah pikir tak.. nape sesuatu "bukit" itu Allah izinkan manusia tarah abes.. sedangkan manusia terkenal dengan sikap perosaknya.. dan sedangkan bukit itu pelindung dari angin taufan bagi banyak kampung dan perbuatan itu akan akibatkan bencana alam."
Adik aku dah melopong.. hehe adeh la... aku malas nak layan sebenarnya.
"adik pernah pikir.. nape Allah izinkan "sungai" di rosakkan.? disekat walaupun sungai itu menjadi sumber bagi orang ramai.. punca "rezeki". (rezeki bukan hanya harta benda. rezeki meliputi hidayah kesihatan dan sebagainya)
Adik aku cuma menggeleng.
"sebab... kita memang taktau ape2.. akak pun taktau apa2.. kita cuma akan berdoa.. jangan lupa berdoa supaya kita di berikan pemimpin yang bertakwa...pastu buat ape yang kita pikir baik..bagus. sebenarnya itu lah usaha kita. Tapi ape yang terjadi lepas tu adalah ketentuan Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk semua." (sedikit kata dari surah alkahfi ayat 22).
"Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan Allah sebaik-baik perancang (membalas tipu daya)."
(Surah Ali 'Imraan : ayat 54)"jadi adik jangan la risau.. buat baik dan tawakal"
"dik.. kita elakkan buat perkara jahat.. bimbang nanti dosa-dosa kita menjadi penyebab pahala orang yang buat baik.. sedangkan kita kekal sebagai pendosa.. semoga Allah pimpin kita ke jalan yang benar." (sedikit kata dari surah alkahfi ayat 25)
"contoh..?"
"misal la A memang jahat.. B selalu buat baik.. kerana kejahatan A.. Allah jadikan A penyebab B dapat rahmat Allah.. buat macam-macam laa.. A gigit telinga B ke sampai pekak.. pahala berganda bagi B.. doa yang mustajab kerana teraniaya.. kurang dosa mendengar fitnah kerana pekak.. sedangkan A.. sentiasa berdosa selagi tidak B maafkan dan A tak bertaubat..untung la kalau sempat bertaubat."
Adik aku mengeluh. Aku tahu dia tak puas hati dengan buku-buku dan pengalaman yang dia pandang dan dengar masa di utara sikit masa dulu.
"adik mesti dah baca cerita Nabi Musa dan Nabi Khidir yang ade dalam surah al kahfi kan.." (ayat 60/82)
Adik aku mengangguk.
"pahami lah kisah tu dik.. sepandai mana kita.. sebenarnye kita taktau ape2.. yang dah Allah izinkan berlaku ada hikmahnya."
"tapi memang terjadi kan kak.."
"Allah jadikan sesuatu mesti bersebab dik..tak terjangkau pikiran kita memikirkan.. jadikan kisah Nabi Musa dengan Nabi Khidir tu sebagai pedoman.. pikir la.."
Sudahnya aku berbual panjang dengan adik aku petang itu. Aku bagi contoh-contoh semasa sejarah yang sepadan dengan Surah Al Kahfi. Rasanya memang amat tepat bila di anjurkan baca dan faham surah tu dalam situasi kelabu sekarang. Yang berlaku dulu cuma untuk kebaikkan masa akan datang.
"Allah suka orang yang bertaubat tau.. dan Allah tahu siapa yang terbaik. Sebaik2 hambaNya ialah orang yang bertaubat.. kita cuma berdoa yang baik-baik dan buat yang baik-baik saja."
Adik aku cuma mengangguk.
"waspada dalam bersangka baik.. ingat.. sape pun buat jahat akan tetap Allah balas."
"bukan saja-saja Allah tumbuhkan sepohon kelapa tepi halaman kita. Dibakar diracun tetap tumbuh. Kita marah-marah kelapa buruk dan pelepah yang jatuh tapi dalam masa yang sama kita telah kenyang makan dan minum buah dari pokok kelapa. Segalanya hasil dari pokok kelapa kita jarah. Itu kita tidak "memerhati" dan bersyukur sebenarnya jangan nanti kita dalam golongan kufur nikmat."
-setiap sesuatu yang Allah jadikan ada manfaatnya-
"bukan saja-saja Allah tumbuhkan pohon "mengkuang yang berduri" serata pulau.. mencarik melapah apa saja yang di sekelilingnya kecuali nanti dia dijadikan hamparan."
Adik aku terdiam lama. Bukan senang hendak terima. Aku dah tersenyum.
"dik..cube dengar ni.. bunyi ape" aku dengarkan suara saja dari video clip yang kawan bagi. Adik aku dengar dengan teliti. Didekatkannya telinga dengan fon aku.
"yeni.."
"dengar sekali lagi.." aku bagi dia dengar sekali lagi.
"yeniii.."
hahaha.. aku dah ada geng. yenny.
"betol ke yeni.. cube dengar sekali lagi.. "
"yeni la kak.. belum pekak lagi tau"
"hehe ye la yenny..orang kata orang muda dengar yenny orang dewasa dengar lain.. cube adik bagi nek Jah dengar." aku tunjuk kat nenek Jah kat laman membelek bunga. "bagi dengar tu je tau.." arah aku. Adik aku dah tergelak.
Sekejap dia berlari smula tempat aku duduk.."kak nek Jah cakap eni.. eni." hahaha kami dah tergelak. Nenek Jah dah pandang kami kehairanan.
"kak adik syak nek Jah masih lagi berjiwa muda."
"hish... tak baikkk.." tapi aku tergelak jugak.
Kemudian aku bagi adik aku menonton full video laurel or yenny. Berulang adik aku lihat.. tetap lah dia kata yenny.. camtu lah aku.
"tang mana laurelnye kak.."
"ntah la dik.. akak dah dengar dengan pejam mata.. yenny.. tahan nafas..yenny.. puas akak tanam dalam hati bunyi laurel..bila dengar tetap yenny.
Aku saja bagi adik aku dengar bunyi saja tanpa melihat video tu. Aku taknak dia bercelaru masa dengar bila dah tau ada bunyi lain selain yenny. Setakat ni sorang je kawan dengar laurel.. itu pun lelaki dan kaki youtube. ntah laa.
YOU ARE READING
muka ketat (Cerpen)
Mystère / ThrillerCerita-cerita pendek dan bebelan terlajak yang aku kumpulkan dalam satu buku. Cerpen psikopat/psycoparth adalah percubaan aku nak lari dari rasa belas dan kelembutan dalam penulisan. Nak belajar jadi orang kejam! Muka ketat tu.. sebab muka kucing...