"riyak pun Allah sayang"
Aku terkedu bila kawan-kawan hantar quote ini. Aku malas nak bertanya lebih. Aku pun manusia, yang terlalu payah lari dari sikap riyak apa lagi ujub. Terseksa menepis dua sikap ini. Siapa pun kita di dunia yang fana ini. Janganlah terlalu riyak dan ujub hinggakan menjadi sangat takbur, dan sanggup berkata begitu.
Sedangkan kita tahu, riyak itu salah satu sikap atau sifat yang Allah benci. Ini semua buat aku resah sedangkan banyak lagi yang Allah tak suka. Riyak itu cuma salah satu daripadanya.
Allah memang Maha Penyayang. Allah sayang semua hinggakan kerana sikap riyak yang melampau itu pun Allah masih "tegur" kita. Kalau kita selalu memerhati, Allah akan tegur kita dengan sebaik-baik teguran.
Kadang-kadang melalui sesuatu yang kita tidak sangka sama sekali. Ada kalanya melalui sesuatu yang kita rasa seremeh perkara.
Oleh itu apabila qoute itu aku terima, aku terus bercermin diri. Aku takut, akulah di situ. Lumrah manusia itu pendosa tetapi selalu mengharap kasih sayang Allah. Tidak malu kan makhluk bernama manusia ini.
Memerhatilah dengan hati. Berbicaralah dengan mata.
Kerana quote itu. insaf hati ini. sedangkan covid boleh "menegur" atau "menyapa" kita bila-bila masa, tetapi kita masih lagi bangga dengan riyak. Ini coretan terakhir aku.
Dengan rendah hati. Terhenti di sini.
Sedangkan nafas pun akan terhenti.Pesanan ayah aku:
Ikut rasa binasa, ikut hati mati.
YOU ARE READING
muka ketat (Cerpen)
Misterio / SuspensoCerita-cerita pendek dan bebelan terlajak yang aku kumpulkan dalam satu buku. Cerpen psikopat/psycoparth adalah percubaan aku nak lari dari rasa belas dan kelembutan dalam penulisan. Nak belajar jadi orang kejam! Muka ketat tu.. sebab muka kucing...