Tuan.
Seperti biasa, disaat ini aku sedang asyik dan masyuk mengukir gambar ikan di dasar permukaan rumahku. Ukiran ikan dari dasar rumah membawa ke dinding rumah. Aku mahu ukiran ku ini adalah ukiran yang paling cantik di dunia ini. Ukiran yang mampu dan akan memukau mata dan hati siapa saja yang memandang.
Aku sangat berpuas hati. Aku menari dengan tarian yang asyik sekali sambil mengukir lalu aku tambahkan ukiran ini dengan jampi serapah mabuk laila majnun aku.
Hari ini suasana di sekeliling rumah ku begitu sunyi. Hanya kedengaran suara daun-daun bergeseran apabila dibelai angin yang sepoi-sepoi bahasa. Berselang-seli dengan bunyi nafasku yang sedia kasar.
Nafasku sekasar angin yang menerjah pokok-pokok. Aku sangat berbangga dengan anugerah ini.
Sebegitu lama aku mengukir, hampir separuh daripada usiaku. Aku menghabiskan hari-hari ku dengan mengukir kerana ini saja yang mampu menghiburkan hati sepiku. Aku adalah sang sepi. Setiap masa aku mengukir hinggakan aku merasa ukiran ikan ini semakin begitu indah sekali. Aku sendiri bagaikan terpukau melihatnya apatah lagi orang lain kelak. Aku bersorak senang sendirian. Aku harap ada yang berkenan dan akan memiliki rumah indah ini.
Di pagi yang amat sunyi.
"Wahai wak Put. Kenapa sedikit yang berkunjung pagi ini"
"Aku tidak tau lah.. mungkin ada yang mencari rezeki di tempat lain. Air pasang nanti, kembali lah mereka."
Dengan wajah yang amat mendatar sekali. Ada riak kecewa yang sangat sepi pada suara aku.
"Aku ini baik sekali wak Put. Sedikit pun tiada kemarahan pada diriku ini."
Wak Put yang mendengarnya mengidik sendiri. Meremang bulu romanya bila seorang Tuan mengatakan dirinya amat baik sekali. Tuan yang tegak berdiri memandang langit dicelahan dedaunan. Kelihatan amat tenang tapi ketenangan dirinya sungguh menyeramkan bagi Wak Put.
"Aku amat menyayangi semua yang ada di sini. Dengan rasa yang sangat pemurah akan ku beri kemewahanku pada semua."
Wak Put tertunduk diam. Dia bertekad akan segera memanggil semua bawahannya kekal berkampung di sini.
"Aku rasa sangat sunyi pagi ini. Aku ingin bersiar-siar di pantai. Balik nanti akan aku bawak makanan yang banyak"
Aku ingin menikmati angin pantai dan laut. Semenjak aku sudah boleh ke pantai, menjadi rutin harian ku bermain ombak dan berurusan dengan ikan-ikan.
"Pastikan sebelum aku kembali, semua sudah berkumpul di sini seperti selalu wak Put"
Wak Put cuma tunduk mengangguk. Matanya saja liar memerhatikan pergerakan senyap dan pantas sang tuan.
.........
Dalam perjalanan ke pantai, langkahku terhenti. Di kejauhan sayup telingaku mendengar bunyi motosikal. Mataku memerhatikan pergerakan motosikal yang dinaiki seorang lelaki dan budak lelaki.Aku bersembunyi di dalam rimbunan pokok-pokok di belakang pantai. Leka aku memerhatikan dan mendengar celoteh dua makhluk di pinggir pantai.
Bibirku membentuk senyum yang manis sekali.
Aku suka melihat sibapa yang selalu mengingatkan anaknya tentang bahaya ombak dan cengkerang siput-siput.
Bapa yang penyayang. Anak yang periang!
"Abang... Jangan main tepi air. Situ banyak duri ikan berbisa."
Di situ lah, di gigi ombak itu tempat kegemaran aku bermain pasir dan ombak. Budak itu sama seperti aku.
YOU ARE READING
muka ketat (Cerpen)
Mystery / ThrillerCerita-cerita pendek dan bebelan terlajak yang aku kumpulkan dalam satu buku. Cerpen psikopat/psycoparth adalah percubaan aku nak lari dari rasa belas dan kelembutan dalam penulisan. Nak belajar jadi orang kejam! Muka ketat tu.. sebab muka kucing...