Ikatan-ikatan cinta antara dua hati.
Pemancing dan ikan.
Rela atas nama rezeki
Diri dan hati ku relakanNgeh ngeh..
Cinta itu dua hala.
Mangsa dan pemangsa.
Rela dan terpaksa.Tolong abaikan lagu kat atas. Tu lagu hiburan aku masa buat ikatan antara tali tangsi dan benang. Kekili, steel dan mata kail. Asal ada bintang bulan dalam lagu tu aku suka lah.
Video-video kat bawah nanti akan ku perturunkan serba sedikit ilmu dan sedikit petua persediaan untuk turun memancing. Tergerak pulak hati aku nak buat posting ni.
Memancing ikan meraih rezeki.
Memancing kasih merobek hati.Aku pinjam video-video Rakapok (tidak serik) mancing ni sebab cara dia mudah, ringkas dan dia tak membebel.
Nak memancing ni mudah. Kau ada tali tangsi/benang dan mata kail jek kau dah boleh dah memancing. Reel dangan joran tu kalau ada lagi bagus takde pun ra opo2.
Yang penting ikatan itu ikatan mati dan yang mematikan.Nak belajar ni jangan hanya pandang saja eh. Kalau pandang je yang akan kau dapat hanya angan-angan bukannya pelajaran. Pegang tali tangsi/benang dan mata kail sekali. Dan ikut setiap apa yang wong rakapok mancing ajar. Step by step okey.
Aku paling suka ikatan no 3. No 4 tu memang tak la aku buat. Gentel-gentel tali tak menjadi kesudahannya uwekk!! Dalam bot tu, sekali ombak ayun semua isi dalam perut pun melambung gak naik ke atas.
Dan petua aku setiap lilitan tali kat mata kail tu mesti ganjil. Tidak pernah aku tidak kira setiap kali buat lilitan tu. Paling sikit 5, 7, 9.
Lagi banyak lilitan lagi kukuh sebab aku mancing laut dalam.
Okey, video ni pula.. cara ikat mata kail dengan steel. Aku lebih suka steel warna putih dan yang tidak licin steel tu. Ada dua jenis dan dua warna eh. Hitam dan putih. Aku selalu guna steel 30 lbs/pounds. Cara ikatan ni untuk mancing guna umpan ikan hidup iaitu selar, tamban dan kembung. Target ikan yang besar-besar. Tenggiri, baracuda, talang dan sebagainya. Enteng je ikatnya. Steel tu potong jangan la pendek sangat. Nanti belajar pula cara sambung steel dangan tali tangsi atau benang.
Semasa cari video ni. Sumpah aku rindu sangat nak memancing tengah laut tu.
Video ni aku pilih untuk belajar cara ikat mata kail untuk memancing ikan besar, ikan bersisik dan semasa aku mancing waktu malam. Serius cakap ikan waktu malam biasanya lebih besar daripada ikan di waktu siang hari.
Kalau untuk mancing waktu siang. Tali tangsi mesti lebih 50/60 Ibs. Tapi tali tangsi warna putih dan talinya jenis halus. Walaupun tali untuk 60 Ibs k. Untuk waktu malam. Tali tangsi mesti lebih 60Ibs dan tali jenis kasar berwarna hitam.
Ni apa yang aku tulis ikut apa yang aku guna semasa mancing eh. Setakat ni alhamdulillah rezeki aku tak pernah mengecewakan. Selalunya sangat memuaskan hati.
Sekarang kita belajar pula cara menyambung antara dua tali yang kukuh dan takkan terlucut ditarik ikan. Malahan ikatan itu akan menjadi semakin bertaut apabila kita melawan menarik ikan.
Video ni aku pilih sebab tu lah cara aku guna untuk sambung steel yang dua mata kail tadi dengan tali tangsi atau benang utama. Yeahh.. dah boleh cangkuk ikan dan memancing. Excited kan?
Apa lagi ek nak ajar. Cara ikat kekili/kili-kili. Kekili ada beberapa jenis tau.
👇Jenis-jenis kekili.
Kita belajar pulak cara ikat rapala, umpan palsu (lure). Untuk casting dan topper.
Casting dan topper cara ikat sama je👆👆
👆Jigging
🏄🏄🏄🏄
Okey petua aku. Lilit kail atau lilit sambung tali mesti nak ganjil. Ikat dan lilit apa pun, pilih la ganjil. Tapi yang paling penting.Hati nak ikhlas. Kita memancing dalam group kan. Mesti ada perjanjian sikit2. Jadi mancing kena ikhlas terima perjanjian. Jangan ada sifat riak walaupun kau naikkan dua tong ikan sorang2.
Pergi memancing dengan gembira dan tawakal penuh kepada Allah. Doa untuk dapat rezeki yang memuaskan.
Minat sungguh-sungguh nak mancing. Minat kau yang mendalam tu akan ada belas kasihan Allah. Ada tautan perasaan antara kau dan ikan hehe. Selalu orang macamni dia memang ikhlas dan akan sentiasa happy semasa memancing.
Last.. Doa mak ayah dan orang keliling tu penting. Doa mak yang paling mujarab kita murah rezeki. Nak turun mancing. Mintak restu dan doa mak.
Ayah aku pesan. Hidup biarlah bermaafaat kepada orang keliling. Kalau mempunyai hobi biarlah share kebaikan hobi tu pada orang lain.
😊🙃😊🙃😊🙃
YOU ARE READING
muka ketat (Cerpen)
Misterio / SuspensoCerita-cerita pendek dan bebelan terlajak yang aku kumpulkan dalam satu buku. Cerpen psikopat/psycoparth adalah percubaan aku nak lari dari rasa belas dan kelembutan dalam penulisan. Nak belajar jadi orang kejam! Muka ketat tu.. sebab muka kucing...