4- pengakhiran.
Em tersenyum puas hati. Hari yang dia nanti-nantikan dan dia impikan kini sudah tiba. Es dan masjid tua ini, keduanya ada bersamanya sekarang.
"Yu, baldi dengan penyapu berus ni ai bawak g belakang" semua peralatan mencuci yang baru mereka beli tadi, dia keluarkan dari dalam bonet kereta.
Tersengih sahaja bibirnya bahagia.
"No,no. Biar ai yang cuci tandas dan bahagian belakang" kayu mop Es rampas dari tangan Em. "Yu bersihkan bahagian dalam. Sapu dan lap apa yang patut." Baldi pulak Es rampas. Di hulurnya kain pengelap dan botol air pencuci.
Dia tidak akan biarkan sahabat kesayangannya itu mencuci tandas. Cukup lah bila dia tahu Em mencuci dan memberus tempat wuduk semalam menggunakan anak tudungnya. Sekarang semua peralatan sudah lengkap.
"Nanti ai cuci tandas dan bersihkan semua lantai tu." Es terus membebel tidak hiraukan Em yang memandangnya sayu.
Perlahan Em mencapai penyapu dan plastik hitam bekas sampah "ai sapu daun dulu lah yu."
"No! kita sapu sama-sama." Sekali lagi penyapu di tangan Em, Es rampas. Biar dia yang buat kerja-kerja yang berat.
"Yuu,"
"Yee.. kita buat sama-sama lah babe" akhirnya Es mengalah sedikit apabila dia terpandang wajah Em yang sudah sedih.
Semasa mereka berpaling arah pokok mangga di tepi pagar, mereka terpandang seorang lelaki sudah pun menyapu separuh daun-daun yang ada.
"Tengok tu yu" masam wajah Em. "Ai dah janji nak sapu daun-daun tu" sedih sangat suara dan wajahnya. Kain pengelap dicapai dan digenggam erat.
"Yu janji dengan sape?" Pelik Es memandang wajah Em.
"Ai janji dengan masjid ni semalam."
Es menarik nafas lega.. terlepas laju nafasnya sambil tersenyum.
"Takpe la yu, berbagi pahala eh"
"Tapi.."
"Yu, mungkin dia pun berjanji dengan masjid ni tau." Es mengelus bahu sahabatnya yang sedih wajahnya memerhatikan lelaki itu menyapu dan mengumpul daun.
"Ai nak g jumpa dia sekejap" Em meletakkan kain dan botol pencuci atas kereta.
"Yuu. Takyah la jumpa dia." Tangan Em, Es tarik dan genggam erat. Kepala digeleng bila Em memandang arahnya.
"Biar ai yang jumpa dia." Es meletakkan semula kain pengelap di tangan Em.
Belum sempat Es bersuara. "Yee, nanti ai suruh dia letak plastik sampah kat kereta ni. Kita buang sama-sama k." Es memujuk. Menolak sedikit badan Em masuk ke dalam masjid.
Suasana sepi di waktu awal pagi. Hanya mereka bertiga yang ada di kawasan masjid tua.
Em perhatikan sahabatnya menghampiri lelaki itu, mungkin dia tukang kebun masjid ini. Di perhatikan Es melangkah laju menuju arah belakang masjid setelah meletakkan beberapa palstik sampah sebelah lelaki yang berdiri sahaja memerhatikan langkah Es.
Dia meletakkan kain pengelap dan botol berisi cecair pencuci depan pintu masjid sebelum dia berlalu memasuki ruang wudhuk. Adab memasuki masjid di jaganya. Kadang-kadang dia tergaru-garu memikirkan tingkahlakunya sendiri. Ada masa dia kekok dan ada ketikanya dia begitu bersahaja melakukan sesuatu. Seperti sekarang dia sudah pun bertelekung untuk Tahiyatul masjid.
Selesai solat sunat Tahiyatul masjid, Em mula menyapu habuk-habuk. Setelah dia yakin masjid bersih dia mula mencapai kain pengelap dan botol pencuci, mengelap semua perabut yang bercermin. Focus dia mengelap dan menyapu semua yang ada di dalam masjid. Puas rasa hatinya dapat melakukan semua ini. Hatinya bahagia sangat. Rasanya seperti dia berbakti kepada kedua ibubapanya.
YOU ARE READING
muka ketat (Cerpen)
Misterio / SuspensoCerita-cerita pendek dan bebelan terlajak yang aku kumpulkan dalam satu buku. Cerpen psikopat/psycoparth adalah percubaan aku nak lari dari rasa belas dan kelembutan dalam penulisan. Nak belajar jadi orang kejam! Muka ketat tu.. sebab muka kucing...