cerpen 9b.psikopat/psycopath

177 14 22
                                    

Psikopat/psycopath.

Mira membuka matanya. Tangan dan kakinya terikat. Terperusuk dia tepi dinding. Didepannya seorang perempuan sedang duduk santai atas katil besi sambil memerhatikannya.

"aku kat mana... Aku kat mana.." bisik Mira sendiri. Mencuba menbuka ikatan ditangannya menggunakan gigi.

Mila tergelak kecil.

"nape ikat aku.. mana Mie.??" Mira mula menangis.

"Mie kau dah mampus.. tuuu.. tunjuk Mila arah rambut palsu warna putih. Hahahaha...

"Kau dengan tomboy pun suka ehh?? Hehehe." Mila menghampiri Mira.

Pap!!! Muka Mira dia tampar kuat. Tertunduk Mira menahan sakit. Berjuraian airmatanya.

"Tolong laaa.. lepaskan aku.. aku tak buat salah ape pun.. isk isk.." rayu dan esak Mira. " Aku cuma kenal Mie..."

Bukk!!!. Satu tumbukan hinggap di perut Mira. Tersungkur Mira menahan sakit.

"Apa salah akuuuuuuuu.!!!!! Jerit Mila. Rambut Mira dia cengkam erat lalu ditarik kuat. Meraung Mira kesakitan.

"Makkk... tolong Mir mak.." rintih Mira.

Mila terdiam. Wajah Mira dia tenung. Terbayang dia perempuan 50an yang lemah lembut dengan wajah keibuan. Wajah yang banyak memberi dia bantuan dulu.

Rambut digenggaman Mila terlepas. Wajah Mira dia pandang lagi. Wajah yang serabai dengan airmata. Mila mendengus kasar.

Mila kembali duduk dikatilnya.

"Tolong laa.. lepaskan aku. "

"Bodoh..!!! kalau aku lepaskan kau.. aku bunuh diri sendiri, bengap!!!"

"Aku janji... Aku tak gtau sape-sape.. percayalah.." rayu Mira.

Mila bingkas bangun. Menuang air dalam gelas. "Benci aku dengar kau cakap macamtu" kasar Mila suapkan Mira air. Berdegup Mira menelan air tanpa henti. Tercungap-cungap.

"Kau bernasib malang sebab kau anak Musangggg!!!!"

Satu sepakan tepat di belakang Mira. Terkeluar air dari mulut Mira. Tiada suara kesakitan dari mulut Mira. Cuma esakan tertahan-tahan yang terdengar.

"apa salah aku Mie.. ape salah aku jadi anak ayah aku... apa salah akuuu..!!" Mira menangis kuat.

"Sebab bapak kau tu memang binatang laa Mira. Dia iblissss.." Mila meraung lagi.

"Ape salah akuuuuuu... Ape dosa aku dibuat macam binatang???!!!!"

"Siallll... Siall.. sialllll... aku cuma nak jadi isteri yang baikkk..."

Mira terdiam. Bertambah takut dia melihat Mila seperti hilang akal. Dia rasa nyawanya akan sampai disaat itu sahaja.

"Kau pandang aku Mira.. setahun je masa berlalu. Kau lupa aku ni jiran sekampung kau??"

Mira terdiam memerhatikan Mila.Ditenungnya Mila dalam-dalam.

"Kak Jamilah...??

"Kau bernasib malang sebab terjumpa aku malam itu. Malam aku siasat gerai Peah. Aku tak boleh lupa bila tau kau anak Musang.. ati aku sakittt.!!" Mila menumbuk-numbuk tilam nipisnya sambil mengetap kuat giginya. Dia menahan marah.

"Sepatutnya kepala peah yang aku sumbat dalam peti sejuk tu." Gumam Mila perlahan. Tapi jelas di pendengaran Mira.

"Mie... Ayah dah takde.. dia dah meninggal.."

muka ketat (Cerpen)Where stories live. Discover now