Myvi hitam.
Idea cerpen, semasa meredah jerebu menuju ke Jb nak pergi mancing laut Sedili. Balik mancing cerpen ni aku tulis beriramakan ombak di kepala yang tengah sarat pening. Mabuk darat.
Keterujaan seorang pemancing apabila dia mengikat tali kat mata kail untuk turun ke laut. Dan kelemahan seorang pemancing apabila asyik ikat tali kat mata kail semasa di lambung ombak tengah laut. Uwekkk!!!.
Tetiba: iklan.
Cerita bermula:
Highway terasa panas menyengat. Perjalanan ke Selatan dirasakan sangat jauh dan lama. Merimaskan!Lebih menyakitkan hati bila kesabarannya diuji dan dicabar berkali-kali.
"Doii, kau perasan tak myvi hitam ni. Berbuku dah hati aku."
"Yang mana."
"Sebelah kita ni." Matanya tegak perhatikan depan jalan. Muka masam kelat sudah.
"Aah..nape dengan myvi tu." Kawannya tertoleh-toleh sebelah kanan melihat lorong paling laju. Kelihatan myvi hitam elok bergerak sebelah kereta mereka.
Kereta mereka terpaksa masuk lorong kanan apabila kereta lorong tengah merangkak macam kura-kura.
Ahh.. menunda belakang myvi hitam lagi!
Tetap myvi hitam bergerak 100 km/h walaupun dihadapannya lengang tiada kereta. Bersusun kereta menunda. Hadeh semakin terasa panas. Berdesup kereta-kereta di belakangnya memotong dari sebelah kiri.
"Patut ke aku marah? Dari tadi dia halang aku ni."
"Kau potong la dari kiri, macam yang lain." Kawannya kembali melihat telefonnya.
"Aku nak je sondol kereta ni. Aku tengok ramai pulak bebudak dalam tu."
"Kau boleh sabar sikit tak Har. Kau potong la sebelah kiri."
Azhar menjeling kawannya. Matanya sedikit merah. Itu tandanya dia memang sedang marah sangat. Apabila kereta lorong tengah berada jauh dihadapan. Azhar masuk lorong tengah, ditekannya pedal minyak. Mengaum laju wira merahnya.
Dan... Yang puakanya myvi hitam pun berdesup laju seiring dengan wiranya. Nafas yang sangat panjang Azhar lepaskan apabila keretanya sudah semakin menghampiri kereta lain. Dan dia gagal cilok memotong myvi hitam.
Dia dapat rasakan myvi hitam mentertawakan dia yang gagal berkali-kali.
Terbuka mulut kawannya, terdiam memerhatikan Azhar yang sudah lebam mukanya, marah.
"Dari tadi tau. Beberapa kali aku kena. Kereta lain dia lepaskan je." Stering kereta digenggam kejap. Menonjol otot lengannya. Mengeras tulang pipinya. "Nak aku himpit je, ish pak akal ade bebudak dalam tu."
Myvi hitam ditunda lagi. Lorong tepi bersusun lori. Lorong tengah ada saja kereta. Azhar mengeluh mengatur nafas menyusun sabar.
Sehinggalah dihadapan myvi hitam ada sebuah honda yang juga bergerak perlahan. Azhar menyeringai puas hati.
"Kau rasakan la pulakkk!"
Terbrek-brek Myvi hitam mengawal kereta. Azhar menunda rapat. Dia tersenyum jahat. Lorong tengah lengang saja berdesup dia memotong dari sebelah kiri. Terus laju masuk lorong laju.
Yess!! Padan muka kau!" Dapat Azhar lihat myvi hitam berusaha mengejar. Tetapi selalu di halang honda yang juga berusaha mengejar wiranya.
"Nape dengan myvi tu Har.. eran pulak aku."
"Nak cari gaduh kot. Tak pun dah nak cepat mam...pus." Azhar menghabiskan ayatnya dalam hati. Panas juga hatinya diprovok berkali-kali. Semakin tipis kesabarannya.
YOU ARE READING
muka ketat (Cerpen)
Misterio / SuspensoCerita-cerita pendek dan bebelan terlajak yang aku kumpulkan dalam satu buku. Cerpen psikopat/psycoparth adalah percubaan aku nak lari dari rasa belas dan kelembutan dalam penulisan. Nak belajar jadi orang kejam! Muka ketat tu.. sebab muka kucing...