CERPEN 4 Aku benci dia sangat2

236 22 20
                                    

aku benci dia sangat².

Aku menghempas buku-buku yang berselarak atas lantai. Bilik aku bersepah, berselerak seperti baru lepas gempa bumi.

"nyampah betul la camni.. ingat aku kuli dia ke"

Kreeekkkkk..pintu terbuka. Aku buat taktau saja. Tahu dah siapa yang masuk. Orang yang paling aku benci. Orang pertama aku benci dalam dunia ni. Dia lah yang mengajar aku erti benci.

"Hehehe ucu maaf la.. tadi aku nak cepat. Aku cari nota sejarah aku tak jumpa."

Logik ke cari nota sejarah dia dalam bilik aku. Aku dengan dia bukan sebilik. Aku diam. Terus kemas buku-buku yang berterabur.

"Sini aku tolong.." dengan bersahaja di ambilnya buku-buku kat tangan aku. Di letakkan saja atas meja tulis. Sakit hati aku tengok buku tu tak seperti yang aku mahu.

"Bukan macamtu laaa.. masa kau selerakkan tadi. Buku aku macamni ke??!! Suara aku sedikit tinggi. Muka aku dah macam asam jeruk. Aku sangat marah. Tambah pulak aku memang benci sangat kat dia.

"Hehe tadi aku nak cepat.. aku tak perasan." Jelas dia sambil ketawa-ketawa. Dia memang macam tu. Sedikit bercakap ketawa yang lebih. Happy sangat ke buat aku sakit hati.

"Ehhh... lebih baik kau keluar sekarang..!!" tunjuk aku arah pintu. Sikit pun aku tak tengok muka dia.

"Hehe kau ni ucu.. marah pun comel tau hehe.." dia berlalu pergi. Bila sampai kat pintu. "Ucu.. maaf tau.. aku memang nak kemaskan tadi.. tapi kau dah balik dulu.. maaf eh."

" Pegi mati la dengan kau punya maaf."

Pintu bilik aku ditutup perlahan. Hampir langsung tiada bunyi. Dia memang seorang yang santun. Sifatnya itu sangat disukai ibu aku. Hingga kan aku disuruh atau lebih tepatnya dipaksa bersopan santun macam dia. Arghhh.... Aku menggaru-garu kepala yang terasa sakit. Sebenarnya hati aku yang sakit. Aku benci dia.

"ucu... mari makan." ibu aku melambai aku ke meja makan. Dia dah senyum-senyum kat aku, santai duduk tunggu aku. Nyampah betul. Hilang selera aku nak makan.

"Dah kenyang la bu."

"Tadi makan ape je ucu... ada sambal belacan ni.. sayur lemak.. nanti lapar." Pujuk ibu. Tapi selera aku memang dah mati serta merta. Walaupun perut aku pedih kelaparan.

Aku berlalu pergi kebilik. Aku rasa tidur lagi baik sekarang. Memujuk perut yang merintih minta di isi. Semakin sakit hati aku dengar dia ketawa kecil berbual dengan ibu. Eeee... Sakitnya hati ini.

Aku tertidur pulas. Lapar.. sedih lagi kena marah dengan cikgu sejarah. Kerja sekolah tak siap. Pagi ini aku malas nak pergi sekolah. Aku pura-pura demam. Ibu kata suhu badan aku okey je mana ada demam. Berulang kali dirasa nya dahi aku. Aku hampir ketawa melihat wajah kehairanan ibu. "Ucu pening la bu.." selimut aku tarik ketat kebadan.

Kreekk... Ahhh bunyi pintu tu lagi. Nyampah lah!! Selimut aku tarik menutupi seluruh kepala aku.

"Morning ibu... mmuah!! hehe.. ucu nape bu?"

"Dia pening.." dari dalam selimut aku amati perbualan mereka. Sibuk betul lah dia. Saat aku nak bermanja dengan ibu pun dia ada. Rasa hendak saja aku lempar dia keluar tingkap.

"Elok je badan dia bu.. "

Aku terkejut beruk. Berani-beraninya dia menyentuh dahi dengan pipi aku??! Ini dah melampau.. sepantas kilat tangan dia aku tepis kuat.

"Adoii... Ganas nye ucu." dia meringgis kesakitan. Di gosok-gosoknya tangan dia yang aku tepis.

"tak aku gigit dah kira untung tau." Marah aku. Aku dah terduduk. Geram.

muka ketat (Cerpen)Where stories live. Discover now