cerpen 13: cerkit (b)

125 16 1
                                    

2- Tuhan di dinding.

"Yu, yu kat mana?

Em menarik nafas penat. Fon dicampak dalam beg tangannya. Dia tak bermaksud hendak reply mesej itu.

Dengan lafaz bismillah, tangannya membuka naskah Al Quran di depannya. Diselak laju helaian bertulisan kalam Allah itu.

Dia mencari surah Al Mulk. Baru -baru ini, itu yang selalu dipesan oleh sahabatnya. Yu, selepas isyak baca lah surah Al Mulk. Dia mula mahir tentang nama surah-surah dalam Al Quran. Dia sudah boleh agak di mana terletak surah Al Mulk dalam sebuah Al Quran.

Sudah lama dia lupa. Sebenarnya itu yang diajar emaknya dari usia dia 7 tahun. dik, baca dulu surah al mulk sebelum tidur. Tidur itu mati dan gelap. Jadikan Al Mulk penyuluh adik nanti.

Dengan bacaan yang tidak lancar, dia berusaha menghabiskan surah Al Mulk. Dia sudah terlalu lama leka. Kini tergagap-gagap menuturkan bunyi kalam Allah yang telah lama dia tinggalkan.

Sesuatu yang sudah lama dia tinggalkan. Menjadi begitu asing baginya kini menyebut satu persatu bunyi ayat Al Qur'an.

Menitis air matanya. Sedih dengan kebodohan dan kepayahannya menutur ayat Allah. Dia menyesal dan sedih.

Uhuk!! Uhuk!!

Em yang sedang leka mendakap erat naskah Al-Quran itu tersentak. Terkejut mendengar suara lelaki batuk di sebalik langsir hijau masjid.

"Assalamualaikum" sapa suara itu.

Dia teragak-agak hendak menyahut. Dia menahan nafas dan focus menadah telinga. Suasana yang sepi.

Hening....

Dengan cepat dia melipat telekung dan menyimpan dalam beg tangannya yang agak besar itu. Berdiri meletakkan Al Quran di rak yang disediakan.

Semua dia lakukan dengan perlahan dan berhati-hati.

Bergegas dia menuju pintu keluar.

"Assalamualaikum" tegur suara itu di belakangnya.

"Waalaikumussalam" tergagap dia menjawab kerana terkejut.

"Nape tak balik lagi. Sudah lewat malam. Saya hendak tutup lampu" lagi suara di belakangnya bersuara.

Perlahan dia memusingkan badannya sambil menyarung kasut. Dia mengurut dada mengurangkan rasa takut. Berusaha mempamirkan senyuman.

"Er, maaf pakcik. Tadi singgah isyak. Tak perasan pulak dah..." Dia menjeling jam di tangannya.

"Pukul 12 malam??"

Dia terkejut. Dengan wajah yang penuh terkejut dan kehairanan dia memandang wajah lelaki yang agak lanjut usia di depannya.

Lelaki itu tersenyum. "Kenapa tak solat di rumah saja" Wajahnya bersih. Tutur katanya lembut.

"Maaf pakcik. Saya rasa tenang bila iktikaf dalam masjid. Saya rasa nyaman" wajahnya penuh rasa kesal. Dia menyebabkan pakcik itu menunggu lama.

"Saya mohon maaf banyak-banyak pakcik. Saya tak perasan selewat ini pakcik menunggu saya"

"Pakcik tidak kesah menunggu. Cuma waktu lewat malam begini, seorang diri. Bahaya bagi seorang perempuan. Keselamatan diri perlu difikirkan"

"Saya faham. Tapi tiada tempat lain setenang ini. Tak sama rasa seperti saya solat di masjid pakcik. Tak pernah sama khusyuknya" Dia menunduk.

"Masjid rumah Allah. Penuh dengan rahmat Allah" pakcik itu berkata tenang.

muka ketat (Cerpen)Where stories live. Discover now