matahari

128 14 17
                                    

🎶🎶 matahari tak cukup indah 🎶🎶

Ni la lirik yang aku dengar adik aku alunkan dari tadi. Teringin jugak aku nak dengar lagu ini. Tapi lirik sebaris tu lah yang dia ulang-ulang menyebabkan aku ketawa.

"Kau nape kak... ketawa-ketawa.."

"Matahari tak cukup indah??"

"Lagu laa..." Jawab adik aku tak acuh. Aku tergelak lagi tengok riak muka tak suka dia dengar aku ketawa.

"Matahari tak cukup indah sebab orang tak nampak tau dik..."

"Ermmm..."

"Cube tengok matahari tu.. nampak tak?" Tunjuk aku arah matahari. Kebetulan tengah panas berdenting masa tu.

"Tak..." Jawab dia sambil cuba melihat matahari. Kecil besar mata dia mencuba. Hahaha aku dah tergelak lagi.

"Sebab tak boleh nampak la.. adik asek cakap matahari tak cukup indah tadi." Jelas aku sambil Google lirik "matahari tak cukup indah"

"Oo.. lagu hafiz."

"Lagu la kak.. " kembali adik aku tak acuh.

"Orang yang tak boleh "lihat" indahnye matahari. Selalu tertipu dengan keindahan bulan." Kata aku perlahan. Agak perlahan menyebabkan adik aku dekatkan sikit kepala dia dekat aku. Hehehe.. budak ni.

"Nape pulak.. bulan memang cantik tau kak.. malam nanti akak la yang duduk luar ni tengok bulan."

"Matahari la yang cantik sebenarnye dik.. terlampau cantik menjadikan dunia ini cerah indah... Bulan yang pinjam cahaya matahari je dah cukup cantik... Ape lagi matahari.. cuma adik tak nampak kecantikkan dia."

Adik aku terdiam..
"Matahari terbenam cantik ape." Taknak mengalah. Aku ketawa lagi. Adik aku dah menjauhkan lagi kepala dia. Hehe marah la tu.

"Cantik.. sebab adik boleh pandang matahari masa tu." Adik aku berfikir lagi.

" Malas la layan akak... 🎶 Matahari tak cukup indah🎶"

Hehe.. adik aku memang marah sikit kat aku dari dulu sebab semua orang kat rumah panggil aku adik. Dia sorang yang panggil aku akak. Dan semua orang panggil dia acu..  aku sorang je yang panggil dia adik. Dia tak puas hati. Selalu la macam tak layan je dengan aku kecuali masa dia hendakkan sesuatu. Masa ni adik aku dari pagi sampai malam  bercerita tentang sesuatu barang kat aku.  Haaa.. dia mahu aku belikan dia barang tu. Ketika ini dia dengan aku macam kembar siam. Melekat je.  Mudah sangat diduga. Tapi aku sayang adik aku ni sepenuh hati. Satu-satunya adik yang aku ada.

Satu hari Allah bagi aku sakit. Sakit yang agak teruk. Aku tak sangka adik aku boleh menangis teresak-esak. Jaga aku kat hospital. Jaga aku kat rumah. Dan paling tak sangka..

"Kak.. jangan mati.. adik sayang akak."

Rasa terus sembuh sakit aku. Rasa je la. Rasa bersyukur sangat ada adik. Hehe.. sampai sekarang dia tidur nak peluk aku. Ada hikmah jugak aku sakit.

****
"Hehe.." aku tergelak sambil cubit pipi adik aku. Dia dah mula pandang aku macam nak makan orang. Acah je tu. Comel adik aku ni.

muka ketat (Cerpen)Where stories live. Discover now